Saturday, 28 March 2015

Semester 8: Derma Darah di Unisel Shah Alam

Hari tu dekat Unisel ada buat derma darah. So, aku dengan excitednya ajak mija join derma darah sekali. Sebenarnya tujuan aku nak derma darah ni semata-mata nak tahu aku ni tergolong dalam jenis darah yang mana. Sama ada A, B, AB atau O?

Dengan excited aku pun isi la borang dan beratur punya laa panjang. Dan bila sampai turn aku nurse tu nak test darah aku...


Nurse ni tanya aku..
Nurse: Awak ni first time ke nak derma darah?
Aku: A'ah
Nurse: Jangan takut ea, relax je tak sakit pun.
Aku: hehe

"Pappp"
Dia dah cucuk jari aku dan test darah aku. Dannnnnn... darah aku jenis darah..... "O" Kalau darah O means aku sama laa dengan ibu aku. Orang kata darah O ni kuat. Orang kata bukan aku kata, hehe.

Stage seterusnya aku pun kena jumpa doktor cantek dekat situ.

Doktor comel ni pun check laa tekanan darah aku. Aku dengan doktor ni kuat menjawab pulak. Match pulak color aku dengan dia, hikhik.

Doktor: Dah sarapan?
Aku: Dah, makan kek.
Doktor: Kek je? Kenyang?
Aku: Boleh laa sekadar isi perut.
Doktor: Jap lagi awak pergi makan kenyang2 dulu lepas tu baru datang balik ek?
Aku: Tak mau laa, saya nak terus buat je.
Doktor: Nanti awak pengsan macam mana? 
Aku: ohh kawan-kawan saya yang ni ada, hihi

Doktor tu usha panas je dekat aku, annoying agaknya dengan aku yang suka menjawab ni. Then dia pun test tekanan darah aku.. then dia tanya lagi..

Doktor: Awak tidur berapa jam ek?
Aku: errr
Janah terus menyampuk : Dia tidur lambat doktor. Dia tidur pukul 5.
Aku: krik krikk krikkk dalam hati siut betul Janah.
Doktor: Bangun pukul berapa? 
Janah: Dia bangun pukul 8 doktor.
Doktor: 3 Jam je tidur? tak boleh laa macam tu kalau nak derma darah.
Aku: Haaa?
Doktor: Kalau kurang 5jam tak boleh derma darah, Kalau tidur tak cukup nanti takut kena sawan.
Aku: Aloooooo, hmmmm takpe laa doktor. Terima Kasih.

Dengan kecewa dan hampanya aku beredar dari dewan. Sedih gile kot baru semangat nak derma darah aku dekat orang, haiyaaa. Actually mija pun tak lepas. Sama-sama laa terlepas.


Dia lagi kecian, darah cair so tak boleh nak tahu jenis darah dia darah apa. Berat pun 44kg kurang dari 45kg so memang tak boleh nak buat laa. Keciannnnnn. Tak apa laa atleast aku tahu jenis darah aku jenis apa enn. Ouh yaa, aku tidur lambat sebab nak siapkan assignment last minit then esok tu kena present. That's why laa aku bangun pukul 8pagi then tidur memang tak cukup. Rasanya bukan 3 jam tapi 1 2 jam je dapat tidur, tak lena sangat.

- Abell



Friday, 27 March 2015

I'm officially 23rd!

Alhamdulillah, guwa officially 23 tahun 9 hari. Yeay! Guwa nak throwback balik bufday guwa hari tu 19Mac2015 (Khamis). Thanks gengs, wa tak sangka uolls buatkan birthday surprise untuk wa. Sumpah wa terharu. Wa ingat lu orang just mau celebrate biasa-biasa saja just lepak-lepak dekat padang hijau Setia City Mall hari tu. Segala plan uolls wa tak taw. 


Pagi masa birthday guwa dah kena baling dengan bedak. Nasib baik bedak. Bukan tepung dan telur kalau tak jadi cekodok laa wa pagi tu. Dengan bawa beg yang "ringan" dan buku yang "ringan" wa hanya mampu tersenyum tak mampu tuk berlari. Pandai uolls kenakan iolls kan. 


Pada mulanya janji berempat ja makan-makan sambil menikmati pemandangan dan mengisi perut yang kosong dari pagi. Petang lepas Asar start makan-makan dan selfieeeee :D




Onomnomnomnomnom....
Tiba-tiba...
"Happy birthday to you~ Happy birthday to you~...."


Cukup menjadi lakonan classmate dan housemate wa, memang hebat laa korang. Memang boleh jadi pemain layar, eh. Zie yang acah-acah ada kelas ganti. Intan yang konon-kononnya cakap yang Zie marah-marah sebab tak dapat join. Mija yang macam biasa. Janah yang buat tak tahu. Ciss korang.


Thanks uolls sanggup datang join celebrate birthday iolls ni. Iolls terharu. Thank you fit, suraya, ucop and fat bawa mama zie datang sini untuk meng"surprise"kan iolls. Thanks bebudak  rumah merangkap classmate and kawan baik wa buat plan untuk wa. Siap ada belon-belon and crown gittew, Pwincess katakan harus ler begitu, hikhiks.



Dan....
Thanks dekat...
Abang Man kite. Datang secara tetiba masa tengah leka. "Eh, ehh ada budak ni.. ohh join jugakkk.." *dalam hati* Abang kasi hadiah dekat "adik". Adik laa sangat.. okay bukan adik tapi Pwincess, mwahaha. Thanks Man kasi Doraemon. Tak tahu kenapa Doraemon, sebab aku bulat macam Doraemon kot, kekeke.

Tema tengok macam "merah dan putih je kan" tu laa tak plan pon nak pakai merah putih ni, hihi




Thanks keding-keding dan gemok-gemok kesayangan hamba sekalian. Best birthday ever masa zaman Universiti ni. Sangat-sangat terharu dan menghargai apa yang depa dok buat dekat Pwincess pada masa itu, heee

Sebelum menonton movie "DEMONIC" kteorang main bowling dulu. Juaranya ofcourse ler cik siti wan kembang, cik gie. Second, si kecik "abang" man. Kecik bukan sebarang kecik, boleh tahan jugak dia main. Dan aku second last. Dan yang paling last adalah RAHSIA.

  

DEMONIC? emm boleh laa. Tak ada laa seram mana tapi banyak benda yang buat orang terkejut-terkejut laa jugak. Yang tak boleh blah kawan-kawan lelaki aku ni rupanya bukan berani mana, penakut boleh tahan jugak laa yee, hehehe. Dalam cerita ni, last dia baru kau tahu siapa yang bunuh siapa dan siapa syaitonnnn itu, hahaha.


Hari yang paling bahagia tahun ini. Moment ni memang aku akan sentiasa ingat sampai bila-bila.


 PwincessAbell and the cockroaches, hahaha. Tiga-tiga penakut lipas.

Thank you korang semua
I Love You ALL
muahciked
:*
- Abell 



Saturday, 14 March 2015

Personal: The reason why aku tak mahu kahwin awal?

The reason why aku tak mahu kahwin awal.. baca gambar ni dulu then baru kau faham.
Kalau kau faham gambar kat atas ni kau faham aku. Aku ni bukan dari latar belakang orang senang. Aku dari family yang biasa-biasa saja. Tak senang sangat. Tak susah sangat. That's why bukan mudah untuk aku accept sesuatu pelawaan untuk aku berkahwin buat masa sekarang ni. Dengan ayat:
"Awak, sudikah awak menjadi yang halal untuk saya?"
"Awak, sudikah awak menjadi bff saya selamanya?"
"Awak, lagi 2 3 tahun saya janji kita kahwin dan saya jadi suami awak"

Jangan harap kalau kau kasi ayat macam tu aku akan terharu dan setuju. Dalam otak aku ni macam-macam aku fikir. Aku anak sulung dan aku bukan orang senang. Tergamak ke aku mengecewakan parent aku macam tu je. Sedangkan aku dah berjanji dengan diorang macam-macam.

At least aku nak jadi anak yang berguna, anak yang akan balas balik jasa mak apak, anak yang boleh buat diorang semua terharu dengan aku walaupun aku sedar aku ni tak sehebat orang lain. Tapi takpa asalkan aku tak buat dorang sakit dan penat fikir sebab aku.

Mak aku tak kisah kalau lelaki yang aku nak kawen tu baguih dan mampu jaga dan tanggung aku. Yela, mak mana nak tengok anak dia susah kannn lelagi zaman sekarang ni. Hmph!
- Abell

Saturday, 7 March 2015

Praktikal: Latihan Industri

Cakap pasal Latihan Industri (LI) ni sedar tak sedar tinggal lagi 2 bulan je lagi aku nak cari tempat praktikal. Resume dah siap. Cover letter pon dah siap. Tinggal nak call, tanya and apply. Tempat aku dah senaraikan mana nak praktikal tapi kan... malas pula nak call and tanya. Kalau nak emailkan tu tak ada masalah untuk aku.

Kalau bolehkan, tempat praktikal ni aku nak yang dekat KL. Dan yang paling best kalau dia dekat area rumah aku dekat Cheras. Bagi aku KL ni senang sikit dari Shah Alam. Yela, Shah Alam public transport dia tak macam dekat KL then aku tak berapa pandai sangat tempat-tempat kat Shah Alam tu walaupun aku dah study dekat sana hampir 3 Tahun, haha. Aku memang macam ni susah nak hafal tempat. 

Hmm, nak taknak next week kena juga paksa diri cari and call tempat untuk praktikal. Alangkah bagus kalau tempat praktikal aku sama dengan kengkawan aku yang lain, huwaaaa :'(

Tahu tak mana-mana tempat yang sesuai untuk aku buat Praktikal?

Salam Tuan/Puan,
Saya Salsabilah Binti Mashuri. Pelajar jurusan Pengurusan Perniagaan. Pelajar tahun akhir di Universiti Selangor (UNISEL) Ingin mengisi kekosongan untuk membuat Praktikal di tempat Tuan/Puan pada 18 Mei - 29 Ogos 2015 selama 15 minggu.  Jika terdapat kekosongan bolehkah saya mengisi kekosongan tersebut?
Saya sertakan resume saya dan maklumat yang berkaitan.
Terima Kasih.
Salsabilah Mashuri


Nampaknya kena merayu macam gini laa. Yela, rezeki bukan datang bergolek. Kena usaha juga kan? Lagi 2 bulan je Salsabilah hoii. Cepat laa cari tempat praktikal weh kalau tidak merangkak laa kau.

- Abell

Thursday, 19 February 2015

Tutorial: VSCOCAM | Picsart | Trick Gambar Pegang Fon Yang Di Screenshot

Hallo, korang nak try edit macam ni tak?

Haa, kalau nak meh follow tutorial aku. Actually aku ni newbie je. Baru berjinak-jinak nak belajar edit pakai picsart. Aku memang suka main edit-edit and trick gini. Kalau ada sifu nak ajar kite, kite lagi suka. Excited sangat :D hee.

Eh, bebel pulak. Jom teruskan membaca, hoho

Haa, lupa nak cakap. Android ke IOS ke ada je apps Vscocam dengan Picart ni. Tak caya pergi cari download, hehe (kalau yang tak ada apps tu lagi)

Step 1
>> Ambil gambar korang yang konon-konon korang macam pegang fon, Contohnya macam yang aku buat ni. Tengoklah cara korang pegang fon macam mana. 
Step 2
>> Screenshot gambar benda yang korang rasa nak pegang. Contohnya korang nak pegang FB ke, Instagram ke, Twitter ke kalau macam aku, aku acah-acah pegang blogspot aku gittew

Step 3
>> Buka picsart > Click "Edit" > pilih gambar tangan yang korang dah ambil tu

Step 4
>>Nampak tak button "Add Photo" tu, okay click situ then pilih gambar korang yang dah discreenshot tu

Step 5
Korang edjust laa dia punya opacity ke, tak pun tukar dia dari normal ke multiply ke kan. Then rasa-rasa dah puas hati pergi dekat VSCOCAM. Pilih laa filter yang korang rasa umph dengan gambar korang tu. Tadaaaa~ siap sudah :)

Semester 8: Bercuti Di Penang III

Sambungan dari Part II

Lepas malam tu makan nasi briyani kteorang balik bilik masing-masing. Esok pagi dah nak kena check out. Esok tu bangun, siap-siap kemas barang semua then check out. Pukul 9.00am kteorang check out. Lepas tu kteorang nak pergi makan. Then jenjalan dalam kereta akhir ternampak "Jeruk Madu Pak Ali" Apa lagi cepat-cepat cari parking then jalan kaki sikit semata-mata nak beli jeruk madu. Actually, malam tadi dok cari jeruk ni dok celah mana. Then tanya orang yang menetap dekat area situ. Dia kata Jeruk tak buka malam dia dari pagi sampai pukul 8pm gitu, aku pon tak berapa nak ingat, hekhek :P
Jeruk Madu yang kteorang pergi ni dekat area Pasar Jalan Chowrasta (Chowrasta Market) yang terletak dekat Penang Road, Georgetown Pulau Pinang. Sepanjang perjalanan celah-celah kedai, lorong macam-macam ada jual. Boleh laa sesiapa yang nak beli cenderahati tu, hehe. 
Aku refer dekat blog ni (clicksini) Lupa nak tangkap gambar excited jumpa Jeruk Madu Pak Ali sampai lupa. Dan aku juga refer dekat sini
Habis aku shopping jeruk dekat sini. Mak aku suka jeruk. So aku shopping bebanyak. Habis dalam RM65 juga laa, haha.
Lapar yee abang-abang, kakak-kakak
Lepas dah beli letak jeruk dalam kereta kejap. Yela, tujuan utamanya sebenarnya nak pergi makan. Dah alang-alang park dekat depan Komtar. Kteorang berani mati lintas jalan yang sesak kereta yang lelaju. Nasib baik ada hero-hero malaya lead kteorang perempuan ni, hihi. Then kteorang makan dekat Georgetown White Coffee. Ouh, aku tak makan aku tak minum. Sebab aku tak berapa berkenan dekat tempat ni, mwahahaha. Aku layan tengok dorang makan je.
Tengok lukisan makin hilang dimakan oleh masa, acewah
Lepas dorang dah kenyang isi perut makan, Kteorang jalan dekat area Georgetown ni. Sebenarnya kteorang nak cari streets art, Actually, streets art ni merata taw. Then aku, Janah, Mija membuat keputusan untuk berjalan kaki. Tengah hari buta yang panas terik nak mampus kteorang redah jugak semata-mata nak bergambar dekat streets art ni. Intan pun turut serta. Siapa nak bergambar kena follow kteorang. Hahaha. Yang lain pergi makan.
Panas bhai kena pakai topi hangus la kau kalau tak, haha
Jalan punya jalan. Kteorang cari peta untuk ke Street Art ni.  Bukan senang taw nak cari street art ni, dengan panas terik, tempat dia merata. Betul laa kata blogger-blogger yang berpengalaman pergi Penang ni. Memang payah nak cari arts ni dekat celah-celah lorong. Padahal dia belakang korang je, korang boleh tak perasan. 
Comelkan basikal pink ni? Sesuai dengan aku, kekeke :P

Dok tanya orang sana sini. Then sewa basikal jumpa apek ni dia cakap kalau sewa dekat kedai lain RM10 tu untuk warganegara kalau untuk foreigner dorang kena RM15 macam tu laa.  Pastu apek tu cakap ambek basikal dia, dia kasi RM8 plus 1botol mineral water. Nasib baiklah uncle tu baik kasi sekali air mineral. Kering kontang tekak kau jenjalan ke streets art walaupun naik basikal. Kteorang ni dengan pakai kain. Nasib baik skirt aku ni tak kembang so senang nak kayuh. Si Intan, Janah dengan Mija habislah skirt dorang, hahaha.
1basikal = RM8
mamamiyaa~ dorg minat laa coconut ni, kalau aku, aku tak layan, haha
Tengah cari jalan nak bergambar. Tetiba kteorang tengok si Rahmat dengan Rahman pun naik basikal sekali. Terkejut juga laa dorang nak join. Ingatkan taknak. Tapi seriusly panas sangat-sangat walaupun dah petang. Merah jugalah kulit aku. Macam sotong bakar, eh apa kena mengena dengan sotong, hahaha
Pakcik&Makcik bak kata Ucop, hahaha. Sawittt sangatttt~
Kteorang tanya si Rahmat and Rahman berapa harga basikal dorang. Dorang cakap RM8 jugak. Ciss, apek tu tipu kteorang betul. Kalau korang jenjalan lagi. Macam-macam jenis basikal korang boleh dapat taw. Basikal couple, basikal berbumbung, basikal comel macam-macam laa. Korang kena pandai-pandai survey laa.
Aku paling suka gambar ni. Sawittt sangat. Nak kata macam adik beradik pon ye jugak, haha.
Cool juga laa si Rahmat dengan Rahman ni follow kteorang. Sebenarnya kteorang nak pergi perlabuhan ni.. sanggup melintas jalan dengan jalan yang banyak sangat kereta laju. Memang berani matilah cakap kaw. Lepas lintas ingat nak masuk satu lorong, sekali anjing kaw, hahaha. Mencicit jugak laa aku nak lari. Then dorang cakap "Jangan lari, Jangan lari". Kteorang acah-acah cool. Padahal dah cuak gila.  Then anjing-anjing tu patah balik tempat dia. So terbantut laa hajat kteorang. Kteorang teruskan misi mencari street arts. 
Lepas kena kejar anjing, tak guna punya anjing. Penat kteorang lintas -.-'
Kteorang nak ingatkan. Street arts ni panas. Baik korang pakai sunblock dengan topi kalau taknak terbakaq kulit. Then mintak peta dengan no telephone apek kedai basikal. Takut korang lupa jalan and kedai apek basikal korang tu, hahaha. Then banyak street arts dekat sini hampir pupus, huhu. Sedihnya. Aku rasa tak lama lagi pupuslah kalau tak ada orang cover balik arts tu. 
Nak refer street art refer dekat sini.
Mija dengan aku lagi kacak dari abang2 sebelah ni, haha
Sampai ke petang laa jugak kteorang main basikal. Sebenarnya kteorang kena check out Hotel kteorang dekat Batu ferringhi pukul 3.00pm tapi dalam pukul 5.00pm baru kteorang gerak lepas lepak-lepak minum teh ais dekat nasi kandar beratur.
Air teh ais RM1.50 x 4orang = RM6
Teh ais dia umphh laa wa cakap lu. Mesti nasi kandar dia pon umphhh kan? entahlah, haha
Style ark kteorg? Hahaha
Kteorang pon terus pergi Batu Ferringhi. Bayu apatah apartment kteorang. Tapi okaylah apartment dia. Besar pun besar. Selesa sangat. Rumah dipenuhi aircond perghhh nikmat. Cuma slek sikit tandas dia air dia ciput. Alahai, kena penuhkan air dekat tong dulu baru laa boleh nak mandi dengan penuh nikmat, acewah.
Apartment kteorang satu hari RM240
RM240/5orang = RM48seorang
Sumpah letih gila main basikal untuk ke street art tapi kann sangat berbaloi. Sebab kau berbasikal dengan kawan-kawan kau dekat tempat orang. Rasa macam zaman kanak-kanak laa juga. Dalam berbasikal ni ada kerjasama antara kteorang. Seronok sangat. Sekarang rindu dah nak naik basikal, huhu. Rumah kteorang tingkat 10. Cantik view dia dekat atas sekali.
Dekat sini parking sehari untuk orang luar kena bayar RM12/5orang = RM2.40seorang
Lepas siap solat, mandi semua. Kteorang pergi makan dekat Slow Rock Cafe. Berhadapan dekat Hard Rock Cafe. Terbaik jugaklah nasi goreng dia dekat sini. Aku suggestkan korang makan nasi goreng slow rock terbaik. Ada sotong, udang macam-macam lagi laa.
Mat dengan Cop ni mengantuk ke? ke kekenyangan sgt ni? hahaha
Aku makan nasi goreng janji rock. Macam ayam berempah so biasa je bagi aku sebab takda kuah, haha. Budak-budak lelaki dorang dok makan ikan bakaq 3 rasa. Perghhh sodap kaw! Hahaha. Nasib baik si Rahman baik hati kasi sikit rasa ikan dorang, hohoho. 
Nasi aku RM12 plus air bandung RM2. So total RM14
Kenyang gila dan sangat puas hati.

Malam tu kteorang lepas pantai. Perghhh seronok suasana pantai tu sepoi-sepoi bahasa je angin dia. Dok lepak-lepak main pasir. Gosip-gosip sikit. Cuci mata tengok mat saleh laki bini. Makin tua makin sawit kaw! Hahaha. 

Actually dekat batu ferringhi ni ada night market. Orang kata macam uptown, downtown je. Harga dia not bad laa boleh laa. Jalan dekat batu ferringhi ni pusing2 macam dekat Genting. Fuhhhh, pening orang belakang dok corner2, haha. 
Actually, banyak tempat lagi kteorang pergi. Penat dah nak taip. Penat dah edit gambar. Penatlah. Nak update cite lain pulak ni. Dah sampai part III cukup la ek, hehehe. Kita belanja gambar je ek :D
Ouh lupa nak cerita pasal budget. Bajet pergi balik aku termasuk makan dan minum serta tempat tinggal dan transport semuanya under RM400 serius aku cakap. Lagi jimat kalau korang jenis tak kuat makan sangat macam aku.

Penang ni ibarat pusat makanan. Kalau korang suka makan. Suka cuba macam-macam makanan yang sedap-sedap boleh bercuti di Penang. Seriusly, memang penuh dengan makanan, hahaha.


-Abell