Wednesday 9 September 2015

Set penjagaan bibir dan gincu pilihan kita!

Assalamualaikum,

Hari ni aku nak share pasal lipstick yang aku suka guna. Lipstick ni Cika yang kenalkan dekat aku. Warna dia pun lebih natural. Sebelum-sebelum ni aku suka pakai lipstick color merah, merah-merah pink sampai budak kolej yang kenal aku gelar aku "budak bibir merah". Nak kata merah sangat tak pun, entahlah dorang ni. 

Aku pilih seakan-akan warna merah tu pun sebab muka aku ni kalau tak pakai lipstick memang nampak pucat. Bila tak pakai orang akan tanya "eh, kau tak sihat ke?" -.- taklah hari ni lupa pakai lipstick kbai, haha. Sampai macam tu sekali. Then bibir aku ni cepat kering dan mengelupas. Mestilah aku akan kupas bibir kering aku ni sampai berdarah. Tak senonoh betul perangai.

Untuk bibir aku yang selalu kering and cepat sangat mengelupas aku pakai set bibir Pinkish Lip Scrub dengan Pinkish Lips Moist. Aku beli bulan February hari tu tahan sampai sekarang. Ke aku yang terlalu berjimat pakai? Hehehe. Seriouly, memang elok gilos pakai ni. Sebelum ni bibir aku tepi-tepi ni hitam dan mengelupas. Sebab aku allergic makanan, salah makan habis mengelupas bibir aku ni then mula laa berdarah. Bila aku pakai set ni kurang dah. Alhamdulillah, bibir yang seksi dah tak buruk macam dulu kahkahkahkah.

Kalau korang ada masalah bibir ke muka boleh beli Pinkish Set ni dan cuba. Bukan aku yang jual taw ini orang lain yang jual dekat instagram: @soffyamy cuba laa follow dan cuba products dia, hee

Eh, alamak lupa pulak nak cerita pasal lipstick tadi. Okay okay kite sambung..

Inilah dia lipstick IN2IT Lasting Lipstick. Aku beli dekat Watsons je. Murah je tak mahal. Color dia pun just nice.

Cika suruh pilih color ni cantik

Tadaaaa ini hasil dia. Abaikan lubang hidung yang bosar tu, haha. Nice laa lipstick ni sebab lipstick ni bila pakai tak nampak merekah dan mengelupas. Banyak sangat lipstick yang aku cari yang tak kena dengan bibir aku. Akhirnya, aku jumpa apa yang aku nak. Seksikan mulut mak -.- redha dengan ciptaan Allah, biarlah orang nak mengata bibir tebal laa, besar laa, like nigga laa apa-apa je laa. Allah yang cipta bukan manusia yang cipta. Manusia pandai nak judge orang je, hahaha. Okay ceramah pulak.

Semua review di atas adalah review yang tidak berbayar okay. Aku just nak share je dengan korang, hihihi. Harap korang dapat hasil yang terbaik lagi dari aku, hoho.

Okay, babaii.
- Abell

Tuesday 8 September 2015

Random : "Bibir"

Setiap manusia diciptakan dengan cantik sekali oleh Allah. Tidak semua orang dilahirkan dengan sempurna. Lagi-lagi bab fizikal ni. Ramai yang sanggup bedah sana bedah sini untuk cantik. So, hari ini aku nak cakap pasal bibir. 

Cantik ke tidak? Huhuhu

Ada orang semulajadi bibir dia nipis. Ada orang semulajadi bibirnya tebal. Tak kisah laa bibir korang tu nipis ke tebal yang penting korang tetap cantik dimata Allah. Aiceh, kemain aku berkata-kata hahaha. Jujur aku cakap, pada mulanya aku pon bukan suka sangat bibir jenis macam aku ni. Yela, siapa tak sakit hati bila orang ejek or bahan kau bibir tebal laa, bibir lebar laa, bibir macam negro laa. Seriously, aku tak suka dan aku rasa rendah diri sangat. Tapi fikir dari sudut positif ramai lagi yang nak bibir tebal dan mungil bagai ni, tak faham betul aku. Ke aku sorang je yang perasan?hahaha. Tapi lain orang lain citarasa kan? Bila fikir balik, aku ni macam tak bersyukur dan redha pula. So, abaikan kata-kata binasa dari mulut orang. Biasalah manusia, hoho.

Dan ramai yang nak or gilakan bibir macam Kylie Jenner dengan Angelina Jolie, serius laa tak faham aku -.- 

Haa ambik cermin tengok bibir korang yang mana satu?

Ni alat untuk bibir takyah nak cucuk sana sini tapi tak laa aku nak pakai enn, menjonget lagi mulut aku ni hahaha.

Kesan negatif kalau korang ikutkan sangat #kyliejennerchallange kalah mulut ikan nanti engko dapat, hahahahahaha


Apa-apa pun bersyukurlah apa yang korang ada.
Kerana kesempurnaan itu hanya milik Allah SWT
:)

- Abell