Wednesday, 18 February 2015

Semester 8: Bercuti Di Penang II

Okay, sambung entri sebelum ni last masa dekat hotel kan.
Maharaja acah-acah muka serius pulak -.- haha
Permaisuri kepenatan
Lepas dah relax&mandi kteorang keluar pergi makan dekat Nasi Kandar Imigresen. Kedai ini terletak di Jalan Masjid Kapitan Keling, dekat area Asia Kafe. Standard laa nasi kandar dekat Penang ni kan. Tepi-tepi kedai, hujung-hujung kedai, celah-celah lorong, standard kedai popular dekat Penang ni lebih kurang macam tu laa. Bagi aku kureng sikit laa kalau tempat-tempat macam gini en. Tapi, apa nak buat bantai saja. Makan petang ni pon aku share dengan Janah. 

Nasi Kandar RM7/2orang = RM3.50
Milo Ais = RM2
So budget untuk makan aku semuanya RM5.50

Korang kena jaga-jaga dengan barang korang okay. Aku tengok dekat sini banyak pula orang dok pau mintak duit, lagi-lagi orang gelandangan. Ntah laa, rasa macam menakutkan sikit, Nasib baik ada abang-abang. Kalau takda lelaki tak tahu laa, kalau pau orang tak paksa takpa ni tak paksa kot, seram betei.

Lepas dah kenyang makan nasi kandaq kteorang pergi cari mee sotong. Aku baca famous mee sotong ni dekat sana, ramai giler yang suggestkan makan dan cuba mee goreng sotong dia. Cari punya cari akhirnya jumpa jugak. Memang kena beraturlah kalau nak makan. Ramai kot orang makan. 

Aku ni memang kureng makan mee-mee ni. Aku dengan Mija tak berapa berkenan sangat mee ni sebenaranya tapi.... bila masuk mulut kteorang mee goreng sotong Hameed ni terbaik ahhh. Sedap gilosss. Aku memang suggestkan korang try makan mee ni. Sumpah sedap. Cehh, sekarang aku mengidam nak makan lagi, haiyaaa. Hahaha.

Aku tengok abang cina tu makan 2 pinggan kaw tanpa minum air. Hebat ahh, nampak macam pedas actually tade laa pedas mana. Biasa-biasa je.

Info untuk Mee Sotong Penang:
Hameed 'Pata' Mee Sotong6, Kota Selera Padang Kota Lama
Jalan Tun Syed Sheh Barakbah
10200, Georgetown Penang
11am- 8pm
Hari Ahad tutup
Harga dari RM5 - RM7

Then coconut shake dekat sini wa cakap lu terbaik ahhh. Memang sedap ahh. Bagi aku yang jugak tak suka kelapa ni.. not bad ahh rasa dia. Sedap, rasa dia pekat. Sedap laa susah nak describe kan, kekeke. Perghhh menyelerakan makan dekat sini. Rindunya nak makan lagi, huhu.

Lepak minum-minum makan-makan then lepas maghrib kteorang pergi mana tah Rahman bawa aku lupa. GSC dekat Penang yang besar. Sumpah ramai gilosss orang dekat situ. Then dorang dah macam apa je dorang pergi main game dekat situ. Yang tak boleh blah dorang pergi main permainan yang menari2 tu. Kalau budak cina hebat laa main. Ni dorang dah laa lelaki dok main benda tu, haiyaa. Pecah perut tengok dorang menari macam kayu, hahaha.
Happy. Puas hati. Sedap sangat mee sotong dia.
Then lepas puas bermain dengan gembiranya. Kteorang pergi try makan nasi briyani claypot. Perghhh memang terbaiklah sedap dia. Memalam nak tidur korang bantai makan benda ni, memang terbaik. Lepas bercuti kat Penang ni sumpah aku nak diet balik, haha. Aku suggestkan kat korang makan nasi ni taim petang-petang sebab kalau malam full house. Ramai giler orang so jadi kelam kabut. Service masa aku pergi tu malam.. macam apatah.. rasa nak hempuk je orang-orang dia. Hahaha. Nasib baik sedap dan berbaloi. Kalau tak aku sekeh jugak dorang kat situ, hee.

Comel je tengok dorang menari macam kayu dan batu, hihi

Info untuk Nasi Briyani Claypot:
Restaurant Kapitan
113 Lebuh Chulia, Georgetown
Pulau Pinang
Kedai buka 24jam

Lepas makan kenyang, puas hati. Kteorang pon balik ke Hotel Mingood kteorang tu untuk tidur dan berehat. 

Okay, nanti sambung part III pula. Letih menaip tak henti, hihi.


-Abell

No comments:

Post a Comment