Thursday 5 January 2017

ONLINE SELLER PENIPU? (PART II)

Assalamualaikum,

Ini merupakan sambungan semalam berkenan online seller. Nak tahu cerita sebelum ini? Boleh klik sini. Sambungan ini aku cuma nak ulas sedikit sebanyak peranan "Seller and Buyer".

Kau bole tgk gambar yg aku upload. Kau rasa seller ni JUJUR KE? Tapi barang nko sampai? ðŸ˜…
 


1# Aku tak nak cakap dia JUJUR KE TAK at least dia hantar jugak barang aku walaupun tersangatlah lambat, satu. Then, dia refund jgk duit customer dia, dua.


2# Yang aku nak komen/ulas/tanya mana laa etika dia sebagai penjual? Lepas aku text "thanks n bla bla dalam wasep" lalu dia screenshot perbualan kami. Ohh yaa, sebelum screenshot.. dia delete text yang aku tanya dia macam-macam (text yang aku spam, actually tak laa spam and paksa-paksa seller ni sangat) dan yang dia tak reply tu.. lepas tu dia post dalam IG. Gambar yang dia post tu sangat tak jujur bagi aku. 
a) Kenapa dia perlu delete conversation yang aku tanya tu? 
b) Kenapa perlu delete and crop?
c) Kenapa perlu buat macam tu?

Nak nampakan yang EVERYTHING OKAY & TIADA MASALAH?
Adakah perbuatan yang dia lakukan itu HALAL?
Adakah perbuatan tersebut BERETIKA?


3# Aku minta banyak kali tracking number. Kenapa laa susah sangat nak bagi. Ye Aku faham mungkin dia ada banyak sangat customer tapi tolonglah manage masa tu untuk bagi tracking number. Bukan memudahkan buyer sahaja malah memudahkan kerja kau juga.

Aku selalunya, lepas dah post barang customer aku terus bagi tracking number dia walapun dia tak mintak. Kadang-kadang, aku tolong check kan.. dah sampai ke belum.

4# Dia sebagai seller sepatutnya bertuah dpt customer macam aku. Tak fussy and push banyak kali. Aku cool and steady je ( tapi dalam hati.. Siap nko tak pos barang aku, aku viral kan hihihi ðŸ™Š)

5# Dah sempat screenshot tu tak reti-reti ke reply text orang? At least reply "thanks" itu pun cukup. As seller, kite kena appreciate customer kite. Haiyooo mcm mana customer nak repeat order kalau gini caranya.

6# Kite jadi seller, kena jujur. If tak hantar lagi cakap belum hantar lagi. Mintak maaf dulu ke sebab lambat hantar. Kalau ada masalah sekali pun at least cakap then sorry tu pun dah cukup. Baru customer TRUST KAU! Ini tak, buat customer ragu-ragu tertanya-tanya kedai dia ni betul ke tidak, yedak?

7# Aku pun menjual jugak. Jual produk lain tapi masa sistem jejak pos laju masalah, aku pos je parcel customer aku. Alhamdulillah dapat je jejak and sampai je barang walaupun agak lambat sedikit. Entahlah aku tak faham dengan seller yang aku berurusan ni.

8# Sebagai penjual juga, customer tanya tu jawab laa. Walaupun semalam punya text yang kau tak jawab, jawablah janganlah diam dah dua tiga hari customer wasep marah-marah baru terhegeh nak reply? Harini mungkin bisnes awak maju tp kalau laa dah setiap kali perangai awak macam ni sampai bila boleh maju mcm harini? Hmm

Itu je kot, bebelan aku. Aku just share apa ilmu yg aku ada, apa yang aku faham. Sharing is caring kan. Maaf kalau ada silap dan salah. Mungkin aku ada tak tahu keadaan seller tu macam mana, aku minta maaf. Aku just luahkan apa yang aku rasa. Mungkin seller tu tak salah cuma keadaan yang macam tu, entahlah. Maaf aku masih baru. 

No comments:

Post a Comment