Saturday, 14 March 2015

Personal: The reason why aku tak mahu kahwin awal?

The reason why aku tak mahu kahwin awal.. baca gambar ni dulu then baru kau faham.
Kalau kau faham gambar kat atas ni kau faham aku. Aku ni bukan dari latar belakang orang senang. Aku dari family yang biasa-biasa saja. Tak senang sangat. Tak susah sangat. That's why bukan mudah untuk aku accept sesuatu pelawaan untuk aku berkahwin buat masa sekarang ni. Dengan ayat:
"Awak, sudikah awak menjadi yang halal untuk saya?"
"Awak, sudikah awak menjadi bff saya selamanya?"
"Awak, lagi 2 3 tahun saya janji kita kahwin dan saya jadi suami awak"

Jangan harap kalau kau kasi ayat macam tu aku akan terharu dan setuju. Dalam otak aku ni macam-macam aku fikir. Aku anak sulung dan aku bukan orang senang. Tergamak ke aku mengecewakan parent aku macam tu je. Sedangkan aku dah berjanji dengan diorang macam-macam.

At least aku nak jadi anak yang berguna, anak yang akan balas balik jasa mak apak, anak yang boleh buat diorang semua terharu dengan aku walaupun aku sedar aku ni tak sehebat orang lain. Tapi takpa asalkan aku tak buat dorang sakit dan penat fikir sebab aku.

Mak aku tak kisah kalau lelaki yang aku nak kawen tu baguih dan mampu jaga dan tanggung aku. Yela, mak mana nak tengok anak dia susah kannn lelagi zaman sekarang ni. Hmph!
- Abell

No comments:

Post a Comment