Saturday 28 March 2015

Semester 8: Derma Darah di Unisel Shah Alam

Hari tu dekat Unisel ada buat derma darah. So, aku dengan excitednya ajak mija join derma darah sekali. Sebenarnya tujuan aku nak derma darah ni semata-mata nak tahu aku ni tergolong dalam jenis darah yang mana. Sama ada A, B, AB atau O?

Dengan excited aku pun isi la borang dan beratur punya laa panjang. Dan bila sampai turn aku nurse tu nak test darah aku...


Nurse ni tanya aku..
Nurse: Awak ni first time ke nak derma darah?
Aku: A'ah
Nurse: Jangan takut ea, relax je tak sakit pun.
Aku: hehe

"Pappp"
Dia dah cucuk jari aku dan test darah aku. Dannnnnn... darah aku jenis darah..... "O" Kalau darah O means aku sama laa dengan ibu aku. Orang kata darah O ni kuat. Orang kata bukan aku kata, hehe.

Stage seterusnya aku pun kena jumpa doktor cantek dekat situ.

Doktor comel ni pun check laa tekanan darah aku. Aku dengan doktor ni kuat menjawab pulak. Match pulak color aku dengan dia, hikhik.

Doktor: Dah sarapan?
Aku: Dah, makan kek.
Doktor: Kek je? Kenyang?
Aku: Boleh laa sekadar isi perut.
Doktor: Jap lagi awak pergi makan kenyang2 dulu lepas tu baru datang balik ek?
Aku: Tak mau laa, saya nak terus buat je.
Doktor: Nanti awak pengsan macam mana? 
Aku: ohh kawan-kawan saya yang ni ada, hihi

Doktor tu usha panas je dekat aku, annoying agaknya dengan aku yang suka menjawab ni. Then dia pun test tekanan darah aku.. then dia tanya lagi..

Doktor: Awak tidur berapa jam ek?
Aku: errr
Janah terus menyampuk : Dia tidur lambat doktor. Dia tidur pukul 5.
Aku: krik krikk krikkk dalam hati siut betul Janah.
Doktor: Bangun pukul berapa? 
Janah: Dia bangun pukul 8 doktor.
Doktor: 3 Jam je tidur? tak boleh laa macam tu kalau nak derma darah.
Aku: Haaa?
Doktor: Kalau kurang 5jam tak boleh derma darah, Kalau tidur tak cukup nanti takut kena sawan.
Aku: Aloooooo, hmmmm takpe laa doktor. Terima Kasih.

Dengan kecewa dan hampanya aku beredar dari dewan. Sedih gile kot baru semangat nak derma darah aku dekat orang, haiyaaa. Actually mija pun tak lepas. Sama-sama laa terlepas.


Dia lagi kecian, darah cair so tak boleh nak tahu jenis darah dia darah apa. Berat pun 44kg kurang dari 45kg so memang tak boleh nak buat laa. Keciannnnnn. Tak apa laa atleast aku tahu jenis darah aku jenis apa enn. Ouh yaa, aku tidur lambat sebab nak siapkan assignment last minit then esok tu kena present. That's why laa aku bangun pukul 8pagi then tidur memang tak cukup. Rasanya bukan 3 jam tapi 1 2 jam je dapat tidur, tak lena sangat.

- Abell



Friday 27 March 2015

I'm officially 23rd!

Alhamdulillah, guwa officially 23 tahun 9 hari. Yeay! Guwa nak throwback balik bufday guwa hari tu 19Mac2015 (Khamis). Thanks gengs, wa tak sangka uolls buatkan birthday surprise untuk wa. Sumpah wa terharu. Wa ingat lu orang just mau celebrate biasa-biasa saja just lepak-lepak dekat padang hijau Setia City Mall hari tu. Segala plan uolls wa tak taw. 


Pagi masa birthday guwa dah kena baling dengan bedak. Nasib baik bedak. Bukan tepung dan telur kalau tak jadi cekodok laa wa pagi tu. Dengan bawa beg yang "ringan" dan buku yang "ringan" wa hanya mampu tersenyum tak mampu tuk berlari. Pandai uolls kenakan iolls kan. 


Pada mulanya janji berempat ja makan-makan sambil menikmati pemandangan dan mengisi perut yang kosong dari pagi. Petang lepas Asar start makan-makan dan selfieeeee :D




Onomnomnomnomnom....
Tiba-tiba...
"Happy birthday to you~ Happy birthday to you~...."


Cukup menjadi lakonan classmate dan housemate wa, memang hebat laa korang. Memang boleh jadi pemain layar, eh. Zie yang acah-acah ada kelas ganti. Intan yang konon-kononnya cakap yang Zie marah-marah sebab tak dapat join. Mija yang macam biasa. Janah yang buat tak tahu. Ciss korang.


Thanks uolls sanggup datang join celebrate birthday iolls ni. Iolls terharu. Thank you fit, suraya, ucop and fat bawa mama zie datang sini untuk meng"surprise"kan iolls. Thanks bebudak  rumah merangkap classmate and kawan baik wa buat plan untuk wa. Siap ada belon-belon and crown gittew, Pwincess katakan harus ler begitu, hikhiks.



Dan....
Thanks dekat...
Abang Man kite. Datang secara tetiba masa tengah leka. "Eh, ehh ada budak ni.. ohh join jugakkk.." *dalam hati* Abang kasi hadiah dekat "adik". Adik laa sangat.. okay bukan adik tapi Pwincess, mwahaha. Thanks Man kasi Doraemon. Tak tahu kenapa Doraemon, sebab aku bulat macam Doraemon kot, kekeke.

Tema tengok macam "merah dan putih je kan" tu laa tak plan pon nak pakai merah putih ni, hihi




Thanks keding-keding dan gemok-gemok kesayangan hamba sekalian. Best birthday ever masa zaman Universiti ni. Sangat-sangat terharu dan menghargai apa yang depa dok buat dekat Pwincess pada masa itu, heee

Sebelum menonton movie "DEMONIC" kteorang main bowling dulu. Juaranya ofcourse ler cik siti wan kembang, cik gie. Second, si kecik "abang" man. Kecik bukan sebarang kecik, boleh tahan jugak dia main. Dan aku second last. Dan yang paling last adalah RAHSIA.

  

DEMONIC? emm boleh laa. Tak ada laa seram mana tapi banyak benda yang buat orang terkejut-terkejut laa jugak. Yang tak boleh blah kawan-kawan lelaki aku ni rupanya bukan berani mana, penakut boleh tahan jugak laa yee, hehehe. Dalam cerita ni, last dia baru kau tahu siapa yang bunuh siapa dan siapa syaitonnnn itu, hahaha.


Hari yang paling bahagia tahun ini. Moment ni memang aku akan sentiasa ingat sampai bila-bila.


 PwincessAbell and the cockroaches, hahaha. Tiga-tiga penakut lipas.

Thank you korang semua
I Love You ALL
muahciked
:*
- Abell 



Saturday 14 March 2015

Personal: The reason why aku tak mahu kahwin awal?

The reason why aku tak mahu kahwin awal.. baca gambar ni dulu then baru kau faham.
Kalau kau faham gambar kat atas ni kau faham aku. Aku ni bukan dari latar belakang orang senang. Aku dari family yang biasa-biasa saja. Tak senang sangat. Tak susah sangat. That's why bukan mudah untuk aku accept sesuatu pelawaan untuk aku berkahwin buat masa sekarang ni. Dengan ayat:
"Awak, sudikah awak menjadi yang halal untuk saya?"
"Awak, sudikah awak menjadi bff saya selamanya?"
"Awak, lagi 2 3 tahun saya janji kita kahwin dan saya jadi suami awak"

Jangan harap kalau kau kasi ayat macam tu aku akan terharu dan setuju. Dalam otak aku ni macam-macam aku fikir. Aku anak sulung dan aku bukan orang senang. Tergamak ke aku mengecewakan parent aku macam tu je. Sedangkan aku dah berjanji dengan diorang macam-macam.

At least aku nak jadi anak yang berguna, anak yang akan balas balik jasa mak apak, anak yang boleh buat diorang semua terharu dengan aku walaupun aku sedar aku ni tak sehebat orang lain. Tapi takpa asalkan aku tak buat dorang sakit dan penat fikir sebab aku.

Mak aku tak kisah kalau lelaki yang aku nak kawen tu baguih dan mampu jaga dan tanggung aku. Yela, mak mana nak tengok anak dia susah kannn lelagi zaman sekarang ni. Hmph!
- Abell

Saturday 7 March 2015

Praktikal: Latihan Industri

Cakap pasal Latihan Industri (LI) ni sedar tak sedar tinggal lagi 2 bulan je lagi aku nak cari tempat praktikal. Resume dah siap. Cover letter pon dah siap. Tinggal nak call, tanya and apply. Tempat aku dah senaraikan mana nak praktikal tapi kan... malas pula nak call and tanya. Kalau nak emailkan tu tak ada masalah untuk aku.

Kalau bolehkan, tempat praktikal ni aku nak yang dekat KL. Dan yang paling best kalau dia dekat area rumah aku dekat Cheras. Bagi aku KL ni senang sikit dari Shah Alam. Yela, Shah Alam public transport dia tak macam dekat KL then aku tak berapa pandai sangat tempat-tempat kat Shah Alam tu walaupun aku dah study dekat sana hampir 3 Tahun, haha. Aku memang macam ni susah nak hafal tempat. 

Hmm, nak taknak next week kena juga paksa diri cari and call tempat untuk praktikal. Alangkah bagus kalau tempat praktikal aku sama dengan kengkawan aku yang lain, huwaaaa :'(

Tahu tak mana-mana tempat yang sesuai untuk aku buat Praktikal?

Salam Tuan/Puan,
Saya Salsabilah Binti Mashuri. Pelajar jurusan Pengurusan Perniagaan. Pelajar tahun akhir di Universiti Selangor (UNISEL) Ingin mengisi kekosongan untuk membuat Praktikal di tempat Tuan/Puan pada 18 Mei - 29 Ogos 2015 selama 15 minggu.  Jika terdapat kekosongan bolehkah saya mengisi kekosongan tersebut?
Saya sertakan resume saya dan maklumat yang berkaitan.
Terima Kasih.
Salsabilah Mashuri


Nampaknya kena merayu macam gini laa. Yela, rezeki bukan datang bergolek. Kena usaha juga kan? Lagi 2 bulan je Salsabilah hoii. Cepat laa cari tempat praktikal weh kalau tidak merangkak laa kau.

- Abell