Friday 6 November 2015

Confession: Kepada seseorang yang pernah hadir dalam hidup aku

Ada sesuatu yang ingin aku sampaikan kepada orang-orang yang pernah hadir dalam hidup aku walaupun sekali, mahupun hanya untuk sementara sahaja. Maksud aku, yang pernah berkawan rapat dan berkongsi cerita dan pendapat dengan aku dulu-dulu gittew. Dan jugak kononnya yang pernah dok "crush" dekat aku, hahahahaha *perasan* dan pernah melawak dan menyakat aku masa tu *berapa banyak DAN* Aku luah dekat sini sebab aku tak mampu nak berdepan dengan korang dan aku juga tak mampu untuk "personal text" dengan korang *malas ah nak text macam apa je nnt* 

Aku bukan nak sombong ke, lupa kawan ke, bukan. Ada satu perasaan yang buat aku jauh atau berdiam diri dari korang iaitu perasaan "segan". Aku bukan apa, aku tengok semuanya sudah ada kehidupan masing-masing, sudah pun bahagia. Ada yang dah berkahwin, ada yang nak berkahwin, ada yang dah bermakwe daa... aku je yang masih mencari dari dulu sampai sekarang pon tak jumpa-jumpa lagi.. Allah tahu aku tak ready tu yang takda tu sampai sekarang, hahaha. kemonnnn laa takkan aku nak kacau korang wehhh, kekok kottt.

       Kepada seseorang yang telah berkahwin dan sudah dikurniakan anak iaitu Mr.S. Pertama, aku nak cakap tahniah dekat kau dan terima kasih atas jemputan ke majlis perkahwinan kau masa tu. Aku bukan taknak wish atau sombong masa tu dengan kau. Aku tak perasaan laa ada invitation dari kau dekat FB tu. Asal laa tak PM je aku, cakap kau dah nak kahwin. Kau ingat aku marah ke? Dok aihh. Itu pun Janah yang kasi tahu kalau tak sampai kesudah aku ingat kau "single" kahkahkah. Sebenarnya enn, aku segan wehhh nak wish "Tahniah" dekat kau masa tu. Kite kan dah lama tak bertegur sapa, tak pernah nak "like-like" status masing-masing *nampak sangat aku tak matang masa tu* Tapi kite memang kawan pun kan... 

          Kedua, sebelum kau kahwin tu (setahun lebih tak silap aku ke dua tahun lepas? lupa dah aku) thanks laa sebab pernah bagi nasihat "abang-abang" dekat aku dulu. Yela, kau kan tua 5 tahun dari aku. Setelah titik kematangan aku sampai *acewah* aku baru sedar nasihat kau semuanya sangat berguna. Bagus ahh kau. Thanks laa sebab kau tak pernah down kan aku masa result STPM aku keluar. Kau tak banyak tanya pasal result aku masa tu. Yela, result aku tak segempak kau kot haha malu laa aku harharhar. Tapi masa aku kerja part time dulu aku ada ngadu penat, letih, sedih semua dekat kau.. kau layan je cerita aku.. kau tak pernah marah aku. Kau tetap bagi semangat dekat aku supaya aku kuat sebab aku "kakak" dalam family aku. Dan paling penting! Kau orang yang tak pernah miss ingatkan aku pasal SOLAT! *thorbaik laa wa cakap lu* Thanks bro. Apa-apa pun tahniah aww.. dah berfamily dah kau. Doakan aku dapat suami yang baik-baik, soleh, dan boleh tahan perangai aku dan terima aku seadanya. Kau fefaham laa aku kan keras kepala :P ehehe. 

         Dan yang terakhir, aku nak cakap dekat kau yang aku OKAY! Serius okay :) *kesah pulak kau enn dgn aku, hahaha* dan jangan salah faham dengan aku kay. Kau still kawan aku walaupun kite tidak pernah/selalu bersapa. Lagipun kau dah kahwin buat apa nak contact laki orang wehh walaupun kawan *aku nak cari lelaki bujang,eh*, haha. Aku doakan kehidupan kau dan keluarga kau dilindungi dan dirahmati Allah. Btw, comel anak perempuan kau hahaha. Kbaii Mr.S!

Yang lain-lain yang kononnya "crush" dengan aku tu nantilah aku confess apa yang aku nak cakap. Sekarang takda ide, hehehe. Okay bye.

- Abell

Thursday 5 November 2015

Istiadat Konvokesyen ke-10 Unisel

*maaf entri ni penuh dengan gambar, kite kasi tahu awai2 naa*

Alhamdulillah. I'm officially graduated kaw. Dah nak masuk 2 minggu jugaklah graduate ni dan dah sebulan lebih tak update blog. Bukan taknak update tapi busy sangat, haha. Ini baru ada masa nak update. *alasan*

24 hari bulan 10 , 2015 Sabtu (Petang)

Orang ketiga last naik pentas bagi Ijazah Sarjana Muda Kepujian Pengurusan Perniagaan. Janah, aku, Intan then last Mija bagi course kteorang. Asalnya nak beratur masuk sama dengan fakar and the geng. Tapi fefeham laa geng aku ni. Paling bagus. Masa kelas pon datang lambat, masa ni pun lambat jugak. Penat aku tunggu dorg kelam kabut gak laa masa nak masuk tu. Dah laa masa awal tu tak dapat bergambar. Mujurlah ada Zie, Fit dgn Usop datang. Dapat laa dorang ambek gambar kteorg berlima.

Thanks zie berlakon konon-konon tak dapat datang konvo kteorang. Tetiba boleh pulak kau muncul. Buat sebak jee taww gie ni. Inilah kawan-kawan aku selama 3 tahun belajar. Susah senang gaduh nanges buat masalah bersama. Kau dah tahu perangai bughuk masing-masing.  Diorang laa classmate, coursemate, housemate and roomate. Macam-macam peel dah kteorang buat bersama.

Semua dok menyelit nak bergambar sama. Masa ni tengah beratur nak masuk dalam dewan. Tengah tu nik, housemate, coursemate, classmates aku. Huii budak pandai tu, kelas pertama kau. Tahniah mek Nik Athirah.

Empat terakhir
Nini pon join skali kteorang. Gengs BBM lain semua duduk depan, haha nasib laa. Janji kteorang berempat sama, huhu.

Hakak and abang-abang sado, hikhiks

Ohh, lupa nak cite.. Untuk falkulti perniagaan kteorg sidang kedua, petang dalam pukul 2 sampai 5 petang. Nasib baik petang kalau pagi mahu terkejar-kejar kteorg. Entah-entah Intan tak sempat nak grad sekali dengan kteorg atas hal-hal tertentu.. hmm mesti sedih. Alhamdulillah sempat bersama tak laa rasa kosong sangat.

Okay, aku just continue cerita lepas Istiadat tu ea...

Lepas keluar dari dewan melulau cari ibu ayah aku. Call ibu tak jawab.. nasib baik ada Ikram dengan baby boleh jaga barang aku, ambilkan gambar untuk aku.. kalau tak aku tak tahu laa nak mintak tolong siapa. Sebab semua orang busy dengan family and kawan masing-masing. Yela, aku yang sulung yang konvo lain ahh adik aku last tu yang konvo boleh laa 1 family datang. Aku tak kisah pon semua family aku tak ada yang penting ibu ayah aku mai :)

Lepas jumpa and bergambar sikit dengan family aku berlari mencari kawan aku. Serius sakit gila kaki aku maklum laa pakai wedges. Konon nak nampak lain sikit and tinggi laa dari biasa. 

Taraaa dapat bergambar dengan abah, kaw hado? Nasib baik terjumpa abah. Abah dah ngamuk siapa yang tak cari dia lepas majlis tu. Nasib baik aku jumpa dia kurang sikit kemarahan dia, hihi.

Yeay! Jumpa dengan madam Lana. Hari tu dua lecturer je aku jumpa. Tak larat wei aku nak jalan mencari, melecet kot kaki. Acah-acah kuat je sebab nak bergambar punya pasal, hahaha. Cari Intan, Intan dah balik hantar mak dia ke TBS so tak dapat laa bergambar dgn si gemok tu, hihi. Cari Janah, Janah ada photo studio dengan family dia hmm. Cari Mija.. mija hilang tak dapat dikesan. So yang tinggal aku, zie, fit and usop je merata mencari yang lain.

Thanks korang bertiga datang konvo kteorang. Nasib baik ada korg bertiga, dapat jugak bergambar dengan ramai orang sampai naik bosan korang tunggu and ngadap muka aku je kt situ, huhu. Thanks tolong ambilkan banyak sangat gambar, hihi. Suka kite.

Hikhiks, ada orang bagi bunga tapi pinjam sat jee

Ini merangkap budak-budak yang selalu sangat cari pasal dengan aku masa kelas or luar kelas. Ada je benda nak digaduhnya. Biasalah gaduh-gaduh (gurau-gurau) manja yang boleh dijadikan kenangan. Lepas ni siapa pulak yg nak cari pasal dengan aku ek? Huhu.  Tapi sorang tu special sikit festaim tegur depan-depan masa ajak bergambar tu, itu pun dgn bantuan Zie. Padahal dah 3 tahun duk 1 kolej 1 kelas tak pernah bercakap apatah lagi nak tegur. Jumpa nak senyum pon tak, buat macam tak kenal je bila jumpa hahahaha. Harap lepas ni jumpa kt luar bercakap laa ek? Hihi

Cari gak crush-crush skandal-skandal masa belajar dulu tapi tadak pulak diorang, hahaha. Kalau diorang ada depan mata dengan tak malunya aku akan mintak Zie panggil diorang bergambar, hewhewhew :3

Tunggu punya tunggu hari pon nak hujan. Pastu aku pon cakap dengan zie nak balik sebab ayah park kereta jauh. Fuhhh, perjalanan hakak nak kereta makan masa sambil hujan pun turun. Balik rumah tukar kasut dengan baby. Habis melecet teruk jari kelingking aku, wehhh tolong laa simpati sikit. Masa dok jalan cakap sorang-sorang macam orang gila "Beauty is PAIN" hahaha pastu sempat berborak dengan sorang pacek ni mana tahu rupanya bakal pakmentua ke hehe


Konklusinya, kenangan paling indah dalam hidup aku. Rasa nak konvo sekali lagi weh. Macam tak cukup masa nak bergambar sama dengan budak-budak BBM yang lain, terkilan kt situ sikit. Lain post, aku cerita pasal photoshoot and family aku yaa. Maaflah kalau ada terkurang dalam post ni. Maaf juga panjang sangat entri kali ni. Tahniah sumorang! Babaii semua, muahciked :*


- Abell