Friday 4 March 2016

Escape Window

Hai, hari ni aku nak bercakap mengenai "relationship". Dan yang penting ini bukan pasal aku sorang je. Kenyataan ini adalah umum. Okay, mari kita teruskan...

#copypaste
Kau dilahirkan dengan wajah persis buah sukun. Bulat dan bertekstur kulit kasar. So, kau selalu bernasib malang dalam percubaan mencari cinta. So one day ni, kau telah memberanikan diri untuk memulakan sesuatu "hubungan" dengan seseorang. Walaupun dalam hati kau dah tanam siap-siap bahawa orang itu tarafnya lebih tinggi, kau try je jugak. Surprisingly mungkin kerana kau baik or kelakar, orang tu pun memberikan reaksi positif.

Tapi, kau wonder, dia betul-betul berminat dengan kau ke tak ni? Selama ni kau dok mesej dia reply je. Ke dia just being nice? Haa kau terus 6 sebab tak dapat mencari jawapan! Haha

So one day ni, kau decide untuk TAK contact/mesej/call/komen IG dia langsung. Kau dissappear. Kau reka drama kononnya kau lesap diculik bunian aneh. Semuanya sekadar untuk tengok sama ada orang tu akan CARI kau balik ke tak? Pada kau, kalau orang tu CARE and INTERESTED dengan kau, dia akan cari kau balik.

Malangnya selepas 3 hari, bukan sahaja dia tak contact kau, tapi bila kau cek IG dia, dia pergi holiday dengan kekasih dia di Kepulauan Galapogos. Terus kau mati berangan.

Benda ni dinamakan ESCAPE WINDOW. #escapewindow ni adalah peluang yang kau berikan kat seseorang di awal perkenalan untuk menunjukkan dia interested dekat kau ke tak.

Contohnya, selama ni kau gigih dok tunjuk kat dia yang kau minat kat dia. Then sampai satu tahap, KAU KENA STOP and bagi dia escape window. Tengok, dia cari kau balik ke tak. Kalau dia cari maknanya dia maybe berminat tapi kalau dia pun buat bodoh je, maknanya paham-paham sendirilah! haha

Bagusnya #escapewindow ni. At least kau tak terhegeh-hegeh sorang and tak buang masa mengejar sesuatu yang tak pasti. Untuk orang tu pulak, escape window is the best opportunity untuk kau menyatakan kau berminat or tidak dengan cara tidak menyakitkan hati.

Cuma satu je masalah. Kalau dua-dua pihak guna #escapewindow, mampus. Tiada siapa datang kecuali sekawan gagak masuk window kau untuk berak. Hahahaha


Aku jumpa ni dekat facebook aku yang aku share 2 tahun lepas tak silap aku, hewhew. So, korang pernah ber escapewindow ni? Kalau aku confirm laa pernah. Bagi aku, kalau dia minat/suka aku biar dia yang cari aku. Kekadang aku rasa benda ini tak bagus jugak. Salah sorang kena berterus terang. Kang melopehhh aihhh, haha. Tapi kalau jodoh tak kemana.