Sunday 18 December 2016

SEMINAR MBK


Tak janji pun pakai sama color tapi dah tersama, semuanya hampir sama. Nampak tak yang kiteorang ni memang sehati sejiwa gittew.

Semalam 17/12/2016, Sabtu. Merupakan satu pengalaman yang sayang seronok yang tak pernah aku rasai dalam hidup aku. Ini merupakan seminar pertama untuk aku dan business aku. Sebelum ni, memang dah lama berniat untuk join seminar-seminar "success business" and so on tapi tidak berkesempatan memandangkan aku tiada kenderaan mahu ke tempat seminar dan aku juga tidak mempunyai teman untuk bersama menyertai pelbagai jenis seminar. 

Mostly, kawan terdekat aku tidak menjalani sebarang jenis business sama ada online mahupun offline. Untuk pertama kalinya dalam hidup aku. Aku mengambil keputusan untuk join THE JUNNI PINKISH WHITE sebagai AGENT mereka. Aku mengambil risiko dan cuba memberanikan diri untuk terjun dalam bidang perniagaan ini. Dan aku juga masih bertatih-tatih lagi dalam dunia perniagaan.

Mujurlah, Ariff classmate aku dulu whatsapp aku dan ajak aku join program yang dianjurkan oleh Majalah Niaga. Majalah niaga menawarkan beberapa pakej untuk ke seminar ini. Aku mengambil peluang keemasan ini dengan mengajak sahabat aku, Janah untuk hadir ke seminar ini.

Bagi aku, ilmu yang aku dapat untuk seminar ini sangat-sangat berbaloi tak setanding dengan jumlah pembayaran yang aku buat. Jujur aku cakap. Seminar ini MDK kali ini memang AWESOME! Hasbul brother terbaik!

Work Book yang diberikan setiap seorang

Dalam seminar ini kami diberikan Work Book untuk mencatit apa saja ilmu dan tips yang kami dapat pada hari itu. Harga yang ditawarkan sangat-sangatlah berbaloi dan semua orang mampu untuk pergi ke seminar ini. Nilai wang yang ditawarkan sangat murah berbanding ilmu yang diberi, sungguh tak ternilai. Bersyukur Alhamdulillah sebab diberikan kesempatan untuk menghadirkan diri ke seminar ini.
Siapa lagi nak support busines orang islam dan bangsa melayu kita, kalau bukan kita?
*betul ke ayat aku ni? hehe*

InsyaAllah, jika diberikan kesempatan dan peluang.. aku akan join lagi program Majalah Niaga. Aku berterima kasih dengan Majalah Niaga dan aku mendoakan mereka terus berjaya. Aku akan sentiasa menyokong perjuangan mereka untuk membantu usahawan kecil untuk terus berjaya. 

Tak silap aku, ini seminar MBK yang kelima kot, hihi.

Lokasi : Dewan Tan Sri Abu Zahar, Menara Lembaga Pertubuhan Peladang, KL

Friday 16 December 2016

MESIN AIR "BERHANTU"


Title Post kemain macam gempak je kan nak cerita. Nak cerita laa ni, sat sat. Sabar sattt! Hahaha.

Okay okay, sambung.

Semalam lepas lepak dengan Wawa, Fifie, Papa & Mama dekat Qbistro.. kteorang bertiga (Aku, Wawa, Fie) pergi lepak Dataran Merdeka, KL. Sebenarnya, aku dengan wawa tak pernah lepak sini lagi malam-malam. Dulu kalau lepak dataran, selalunya akan lepak dekat Dataran Shah Alam. Bagi aku, aku tak suka lepak dataran ni. Bosan dan agak menakutkan dari segi keselamatan, gittew.

Kteorang lepak dataran dari pukul 10 malam kot sampai laa pukul 12 malam. Seronok jugak laa lepak. Sambil borak-borak cerita pasal zaman sekolah dulu-dulu. Tepat pukul 12 malam, jam dekat dataran tu pon berbunyi. Kteorangkan Cinderella, that's why kteorang kena balik. Nanti kuda jadi labu, hihi *berangan*

Lepas balik tu, Fifie hantar Wawa dulu. Disebabkan wawa takut. Dia ajak fie teman dia sampai naik rumah. Dan disebabkan fifie pon takut nak teman wawa sorang-sorang. Aku pun merelakan diri untuk teman sekali. 

Haaa.. ini yang nak cerita. Lepas kteorang parking kereta fifie dekat bawah blok wawa kejap. Kteorang pun tunggu lift. Sambil tunggu lift tu. Kteorang pun usha sekeliling. And then, kteorang nampak laa satu mesin air dekat depan lift tu. Aku pun tegur lebih kurang macam ni "Weh, gila ahh mesin air ni ada dekat sini.." Sebenarnya aku kagum kot. Rumah flat wawa ada mesin air then depan lift pulak tu. Sumpah, aku sedikit excited hahaha. Lepas tu, aku pun tegur... "Weh, tapi kan musik dia macam SCARYYYY doe.."  

Fifie dengan pantas.. menjawab.. "A'ah weh, aku pun baru nak cakap macam tu.." Demmmm...

Kteorang senyap, pandang satu sama lain. Then si fifie dah gelak-gelak. Aku pulak marah si fifie sebab dia macam cakap lepas korang tahu dalam masa yang sama aku pun nak tergelak jugak sebab tak tahu nak takut ke nak gelak. Perasaan tu bercampur dengan kagum, excited, takut tapi berani macam tu laa. Yang si wawa pulak dah takut-takut "wehhh, dah laaa janganlah cakap lagi..."

Korang nak tahu mesin tu bunyi macam mana? Mesin tu bunyi macam kau masuk rumah hantu. Mendayu-dayu tapi nyaring. Kau tahu tak bunyi macam mana? Bunyi dia macam kau tengok cerita hantu omputih laa senang cite. 

Then, si fifie tegur lagi "weh, ada video laa.. video apa tu?". Aku dengan pantas tengok video tu. Sumpah seram seyhhhhh! Video tu kan ada gambar macam orang rambut panjang then muka dia merah-merah darah. Haaa engko! Scary tak? Cepat-cepat aku pandang lift. Then lift pon sampai, kteorang pon naik. Dalam lift fifie dok gelak-gelak. Aku pulak senyap. Wawa memang tak cakap apa laa. Fie cakap sambil gelak-gelak dia tu "hahaha.. muka sal dah merah weh!" si wawa gelak kecil. Aku tengah cuak tapi takda laa cuak sangat tapi cuak gak laa, hahaha.

Lepas hantar wawa, aku dengan fie nak turun balik ke parking kereta. Mujurlah, kereta tu kteorang park dekat dengan lift. Masa nak turun lift tu, tetiba lift berhenti dekat tingkat 4. Fefaham laa, kalau orang cina mesti dah cakap nombor 4 ni nombor suweh! Lift terbuka then takde orang. Kteorang senyap je. Dah sampai bawah aku cepat-cepat jalan ke kereta tamau dah pandang mesin tu. 

Serius weh, kteorang dengan bunyi pelik. Serius pelik. Then pagi tadi, wawa hantar gambar mesin tu. Wawa cakap mesin tu takda pulak bunyi pelik macam semalam. Mesin tu buat iklan kartun. Habis tu apa yang kteorang dengan and nampak semalam?

Demmmmm....

Aku just fikir positif je laa. Mungkin orang yang buat mesin tu guna sound/melodi yang seram supaya, malam-malam tak ada laa orang nak menjahanamkan mesin tu. Maklumlah, manusia ni kekadang kalah monyet. Tapi kalau orang dah niat jahat, jahat jugak khennn? Takdanya dia nak rasa takut takat benda kecik macam tu kan? hahaha.

Tapi janganlah jahat sangat kalau nak letak melodi seram kat mesin tu. Sian orang nak balik kerja malam-malam ke then tunggu lift sorang-sorang.. tak ke scary? huhuhu

Okay, ini mesin dia.. taraaaaa~

MESIN "BERHANTU"

Maaf penggunaan kata yang agak kasar dalam entri ni, hihi. Sorry awak :D

Wednesday 14 December 2016

THE JUNNI - ACNE SET

Set ni memang lain daripada yang lain. Hanya orang tertentu sahaja boleh pakai set ni. Bukan semua orang tau sesuai dengan set ni. Set ni untuk orang yang betul-betul ada masalah jerawat tapi kulit muka dia tak sensitif atau breakout. Kalau sensitif dan breakout memang sangat-sangatlah tidak digalakkan pakai set ni. Kita akan kasi basic set atau normal set.

Nak tahu kelebihan Acne Set ni? Nak tahu meh sambung baca hihi.

Antara kelebihan Acne Set :
  1. Membantu mengecut jerawat pasir dari dalam
  2. Mengurangkan jerawat pasir/nasi
  3. Sesuai digunakan bagi mereka yang mengalami jerawat pasir/nasi seluruh muka sahaja
  4. Membersihkan kulit dari dalam
So kalau korang ada jerawat pasir yang teruk boleh laa cuba set acni ni, insyaAllah. Tapi kalau korang tak yakin korang sesuai pakai set yang mana. Boleh je, contact kite. Just nak tanya saja saja pun boleh. Kita tak marah pun :) hee

Anything, contact dibawah okay?

WhatsApp:
0173552997

WeChatID:
isabylaa

InstaShop:
@isabylaa

Tuesday 13 December 2016

KENAPA THE JUNNI FOKUS DEKAT INSTAGRAM?

Mesti diantara korang yang pelik. Kenapa The Junni ni tak popular dekat Facebook? Kalau kita buka facebook ada pelbagai iklan yang dipaparkan kepada kita setiap hari. Nak tahu kenapa The Junni tak fokus dekat Facebook? Ini antara sebabnya:


Kenapa ella lebih fokus di Instagram berbanding Facebook?
-
Kami kalau boleh nak naikkan semua media sosial yang kami ada. Instagram, Facebook, Twitter, Wechat dan banyak lagi tapi disebabkan produk kami lebih khusus untuk remaja perempuan, yang mungkin sekarang Remaja lebih suka update di Instagram. Update pasal life, gambar, and mcm mcm lagi
-
Jadi kami nak ikut perkembangan Remaja melalui Instagram.
Sebab tu kami lebih focus on instagram.
Kalau facebook mungkin kene softselling. Even di Page / personal . Memang kena softselling. Kalau terlalu update pasal produk orang kecam pulak nanti 😂
-
Best buat kat instagram, boleh main susun susun IG kasi cantik. Hehe
Sebab ella tahu ramai suka tengok gambar / video berbanding bebel bebel kosong
-
Itu sekadar pendapat ella je.
Lain orang lain cara ✌🏻😌
Ikhlas, Puan Suhaila
Founder The Junni

Haa so dah tahukan kenapa dia famous dekat Instagram berbanding Facebook :)
.
.
Untuk pertanyaan lebih lanjut boleh hubungi contact dibawah:

WhatsApp :
017-3552997

WeChatID :
isabylaa

InstaShop :
@isabylaa


PERASAN TAK?

PERASAN TAK?...Duit RM50 kelihatan begitu besar bila dibawa ke kotak derma masjid, tapi begitu kecil bila dibawa ke StarHill, MegaMall dan seangkatan dengannya...
PERASAN TAK?...30 minit terasa begitu lama untuk berzikir, tetapi begitu pendek untuk menonton drama2 di televisyen...
PERASAN TAK?...Betapa lamanya 2 jam berada di masjid, tetapi betapa cepatnya 2 jam ketika menonton wayang di panggung...
PERASAN TAK?...Susah sungguh merangkai kata untuk dipanjatkan doa ketika solat, tapi betapa mudahnya cari bahan bersembang bila bertemu kawan-kawan...
PERASAN TAK?...Betapa seronoknya mendengar seruan dan teriakan yang berpanjangan waktu perlawanan bola sepak, tapi betapa bosannya bila imam solat terawih bulan Ramadhan lama dan panjang...
PERASAN TAK?...Susah sangat baca Al-Quran 1 juzuk saja, tapi majalah hiburan dan novel best seller 100 halaman pun habis ditelaah...
PERASAN TAK?...Orang berebut depan untuk menonton bola dan konsert, tapi berebut saf paling belakang bila solat Jumaat supaya boleh cepat keluar....

Ada 3 Hal dlm hidup yg tidak boleh kembali :
1. Waktu
2. Kata-kata
3. Kesempatan
Ada 3 Hal yg dapat menghancurkan hidup seseorg :
1. Kemarahan
2. Keangkuhan
3. Dendam ..
Ada 3 Hal yg tidak boleh hilang :
1. Harapan
2. Keikhlasan
3. Kejujuran
Ada 3 Hal yg paling berharga :
1. Kasih Sayang ..
2. Cinta
3. Kebaikan
Ada 3 Hal dlm hidup yg tidak pernah pasti :
1. Kekayaan ..
2. Kejayaan
3. Mimpi
Ada 3 Hal yg membentuk watak seseorg :
1. Komitmen
2. Ketulusan
3. Kerja keras
Ada 3 Hal yg membuat kita sukses :
1. Tekad
2. Kemahuan
3. Fokus ..
Ada 3 Hal yg tidak pernah kita tahu :
1. Rezeki ..
2. Umur
3. Jodoh
TAPI, ada 3 Hal dalam hidup yg PASTI :
1. Tua
2. Sakit
3. Kematian bila - bila masa..??
Ya اللّه , insan yg membaca ini adalah insan yg soleh n solehah, kuat, sabar, pengasih & penyayang - maka sayangilah dia serta kasihilah dia, bantulah dia meningkatkan taraf kehidupannya, murahkan rezekinya, sihatkan tubuh ., jika dia melangkah, selamatkanlah dia, permudahkan & lancarkan segala pekerjaannya.
Kirimlah kpd insan2 yg anda kenali
Aaminn
Allahu Akbar
#Kredit_kepada Miqdad Ashaari
#MuhasabahDiri
#Kata-kata ini just untuk aku kongsi dengan korang yang telah dishared oleh Faisal Abdullah post. Harap bermanfaat.

Friday 2 December 2016

Testimoni TJ 001

Seperti yang aku janjikan dipost sebelum ni. Aku akan bagi testimoni testimoni yang berjaya. Alhamdulillah, bukan sorang bukan dua tapi ramai yang dah cuba. Then, kalau korang nak cuba apa salahnya. Tapi ada syarat juga nak pakai produk ni tau. 

Kenapa ada syarat? Sebab kiteorang taknak nanti korang pakai TJ ni then korang dapat negatif feedback pulak. Padahal bukan sebab produk TJ ni tapi masalah korang sendiri. 

Alright, ushalah gambar-gambar dibawah. Nak banyak lagi boleh pergi instagram:@thejunni_testimoni

Hanya dua minggu dah ada perubahan. Jerawat makin kurang. Muka makin bersih.

Muka yang kusam pun boleh terai. Muka jadi makin flawless dan segar je.

Kan aku ada cakap, sabun dia memang tak keringkan muka. Best pakai.

Burn, muka korang terbakar teruk ke apa ke still bole dirawati, okay.

4hari saja dah putih. Ikut individu juga sebenarnya, ada cepat ada lambat.

Jeragat pun boleh hilang, ramai juga orang yang berumur guna produk ni.

Muka makin halus dan nampak tak berminyak. See, ramai je yg dah dapat positif efek korang tak caya korang kena cuba dulu, okay :)


Okay laa, banyak lagi sebenarnya. Tak apalah, next post laa i post lagi okay, kalau u tak percaya boleh pergi instagram TheJunni okay? 

Babaii :)




THE JUNNI - BASIC SET



Okay, ini adalah Basic Set yang dikeluarkan oleh THE JUNNI MALAYSIA. Basic set ini sesuai bagi sesiapa yang mempunyai masalah muka seperti dibawah :

  1. Sunburn (muka berbelang)
  2. Kulit Jeragat + Kering
  3. Jeragat + berminyak
  4. Kering + Jerawat
  5. Kulit kering sahaja
  6. Kulit Jeragat Sahaja
  7. Jerawat Kemerahan
  8. Jerawat Batu (sensitif)
  9. Parut Jerawat
  10. Parut Jerawat (kemerahan)
  11. Kulit Sensitif
  12. Blackhead & Whiehead
  13. Kulit Kusam
  14. Kulit Gelap
  15. Kulit Kurang Masalah
  16. Kulit Jenis Normal (tiada masalah)
  17. Jerawat Hormon (period/stress)
  18. Kulit Breakout Akibat Skincare Merkuri

Kelebihan yang terdapat pada TJ PINKISH SOAP ini adalah :

  1. Melembabkan kulit wajah
  2. Menghilangkan jerawat
  3. Mencerahkan & memutihkan
  4. Mengurangkan parut jerawat yg lama/baru.
  5. Menyamaratakan tona kulit
  6. Tidak rasa pedih/tegang selepas menggunakanya
  7. Tiada kesan pengelupasan
  8. Sangat lembut (creamy)

Jujur, aku sendiri pun just pakai basic set ni. Sabun dia tak macam sabun sabun lain. Bila pakai sabun ini kulit rasa licin je. Sebab dalam sabun dia terdapat minyak almond yang baik untuk kulit. Ramai gak positif feedback tau. Alhamdulillah, kulit muka aku pun dah tak sekusam dulu. Lagi pun basic set ni teramatlah murah. Murah tapi berkualiti, gittew. 

100% TIADA MERKURI & HYDROQUINONE 
Lelaki & perempuan pun boleh pakai juga
Seawal 12 tahun boleh pakai TJ 

Kalau korang tak caya, cuba korang terai satu. Then kalau korang tak tahu nak pakai set yang mana boleh je whatsapp aku laju-laju dan aku akan reply laju-laju. Kalau korang ada masalah muka, kasi gambar masalah muka korang sekarang, then aku akan suggestkan korang sesuai pakai produk yang mana.

Anything, just contact aku dekat bawah. Sumpah aku tak makan orang. Aku ni baik somel somel je. So, don't worry laa chuolls. Hihi

WhatsApp : +6017-3552997
WeChatID : isabylaa
InstagShop : @isabylaa
TJCodArea : Bandar Sri Permaisuri


Next post i'll post testimoni2 yang berjaya, acewah huhu

KENALI SKINCARE ANDA. BAHAYA ATAU TIDAK?

Hai, Korang kalau korang beli/pakai apa-apa jenis produk skincare kan. Korang check tak dia punya content? Korang tahu tak cara nak kesan skincare korang tu bahaya atau tidak bahaya? Kalau nak tahu, baca bawah okay :)

Ciri-cirinya adalah:
  1. Krim melekit.
  2. Krim tidak homogen (tidak menyatu dan kasar).
  3. Warna umumnya kuning untuk krim siang dan warna kelabu cair/ putih pearly bagi krim malam (berkilat). TAPI todak semua krim berwarna kuning mempunyai merkuri. Hanya yang berkilat sahaja. SEBABNYA, Merkuri adalah logam jadi akan nampak berkilat di krim
  4. Apabila dioleskan pada lengan/ belakang cuping telinga terasa panas/ gatal/ timbul kemerahan
  5. Kulit terasa terbakar dan kemerahan apabila di bawah cahaya matahari
  6. Tidak tumbuh jerawat sama sekali akibat lapisan dalam kulit telah tebal dan rosak akibat merkuri
  7. Akan berlaku breakout (radang kulit/ jerawat tanpa henti) selepas berhenti atau tukar produk organik atau tanpa merkuri
  8. Kesan produk merkuri tersebut akan berlaku pengelupasan semasa penggunaan
  9. Akan timbul jeragat selepas berhenti menggunakan produk merkuri
  10. Krim yang mengandungi merkuri juga melekit semasa dioleskan dikulit wajah dan rasa tidak selesa apabila menggunakanya
Korang tak risau ke?


Tapi dengan THE JUNNI korang jangan risau. Sebab... THE JUNNI SKINCARE menggunakan bahan SELAMAT & dari SUMBER SEMULAJADI. 100% TANPA MERKURI & HYDROQUINONE


Yang mana masih tak tahu harga The Junni Pinkish White Skincare mesti terkezuttt! 😱 Skincare ini semuanya harga mampu milik, TJ memang nak bantu awak awak semua yang ada masalah kulit sampai dapat kulit yang betul betul sihattt! 😍 . Yang penting kena usaha dulu tau! Kalau awak usaha sungguh2 nak kulit sihat dan bersih, insyaAllah Allah pun tolong awak 😊


Jika korang masih kurang faham untuk mengambil set yang mana, kite segera bantu korang. Korang hanya perlu hantar gambar melalui whatsapp dan menyatakan masalah kulit. InsyaAllah, kite akan suggestkan mana yang terbaik 😊👍 


Meh whatsapp kite untuk keterangan lanjut 😉
📲 +6017-3552997
✔ WeChatID : @isabylaa
 InstaShop : @isabylaa

Thursday 1 December 2016

THE JUNNI - NORMAL SET

Alright, sebelum ni aku ada perkenalkan korang THE JUNNI MALAYSIA. So, kalau korang nak tahu update lepas boleh klik sini. Seperti yang dijanjikan dalam entry lepas, aku akan cerita sikit mengenai Normal Set yang dikeluarkan oleh TJ.

Inilah Basic Set keluaran TJ

Apa yang ada dalam Normal Set ni?

3 Item boleh didapati dalam pinkishwhite ni:

1- Sabun pinkishwhite
2- Pinkish 2in1 Cream
3- Pinkish Day Cream

Fungi yang terdapat dalam Sabun Pinkishwhite
ialah:

1- Melembabkan kulit wajah
2- Menghilangkan jerawat
3- Mencerahkan & memutihkan
4- Mengurangkan parut jerawat yg lama/baru.
5- Menyamaratakan tona kulit
6- Tidak rasa pedih/tegang selepas menggunakanya
7- Tiada kesan pengelupasan
8- Sangat lembut (creamy)

PERBEZAAN 2IN1 CREAM DGN DAY PINKISH CREAM

PINKISH 2IN1 CREAM

1. Dijadikan krim malam
2. Boleh digunakan sebagai pelembab (moisturizer) pada siang hari
3. Boleh dijadikan krim kecut jerawat hormon/period/stress
4. Tekstur meresap

PINKISH DAY CREAM

1. Digunakan pada siang hari untuk lebih perlindungan UV
2. Tekstur seperti BB Cream
3. Boleh digunakan ketika keluar siang/malam
4. Sesuai untuk semua jenis tona kulit
5. Putih & mencerahkan serta merta


Nak tahu lagi? Haha, tunggu post seterusnya. Excited nak tahu?
Boleh contact kite dibawah mmuahhh :*

Whatsapp:
017-3552997
017-3552997

WeChatId:
@isabylaa
@isabylaa

InstaShop:
@isabylaa

TJCodArea:
Bandar Sri Permaisuri, Cheras 

Monday 28 November 2016

THE JUNNI MALAYSIA


Hai, korang pernah dengar THE JUNNI???
Yang tak pernah dengar mesti korang rasa apa pelik ark?

Alright, meh kite nak kongsi.

     THE JUNNI dikenali sebagai TJ. Okay, TJ merupakan satu produk skincare yang diperbuat daripada sumber bahan asli dan ianya 100% FREE daripada merkuri dan hydroquinone. So, dalam produk TJ ini tiada langsung bahan yang berbahaya yang boleh memberi kesan buruk kepada pengguna. Jangan risau guna TJ sebab kite pun guna, eh? Haha


THE JUNNI terdapat empat jenis barang. Buat masa ni, TJ telah mengeluarkan Normal Set/ Basic Set, Acne Set dan juga Whitening Lotion.

A) SET NORMAL
Set ni ramai orang suka ambil sebab set ini lengkap. Dalam set ni terdapat 3 jenis item iaitu, Pinkish 2in1 Cream, Pinkish Soap dan Day Cream. Harga untuk satu set ni? Murah jer dan sangat berbaloi. Susah tau nak jumpa skincare yang harga bawah seratus ringgit. 

B) SET BASIC
Set ni ramai adik-adik sekolah suka, student student IPT ke kolej ke ramai sangat yang suka set ni. Sebab ianya lagi murah daripada SET NORMAL. Belajar lagi, mana ada duit banyak sangat nak beli produk mahal-mahal. Dalam set ni ada Pinkish Soap dan Pinkish 2in1 Cream. Dia sama je macam set normal cuma tiada day cream. Sesetengah orang kan dah ada day cream sendiri. So, pakai yang basic pun dah cukup.

C) SET ACNE
Set acne ni sama macam set basic. Perbezaan dia adalah sabun dia. Untuk set acne kite ada letak Acne Soap iaitu sabun bunga cengkih untuk merawat jerawat awak yang degil-degil tu, hiks. Bagi yang ada jerawat teruk tu kite akan suggestkan pakai set acne ni.

D) LOTION WHITENING
Yang ni lotion untuk tangan dan badan, sesetengah orang muka cantik, flawless, putih lepak-lepak sekali tengok leher, tangan, kaki? Alamakkk! Takkan laa nak muka je putih, tangan hitam? yedak. Jadinya, untuk dapatkan kulit yang sekata sama macam muka gunalah Lotion The Junni. InsyaAllah dengan pemakaian kerap warna kulit akan putih dan sekata.


Next post, Bell akan update setiap item kasi korang faham.

Alright, dah tahu kan apa tu THE JUNNI? Kalau nak tahu lebih details ke, boleh je tanya kite. FAST RESPOND gittew. 

Whatsapp:
017-3552997
017-3552997

WeChatId:
@isabylaa
@isabylaa

InstaShop:
@isabylaa

TJCodArea:
Bandar Sri Permaisuri, Cheras

SEMAKAN KEPUTUSAN PEGAWAI TADBIR DIPLOMATIK M41

Hari ni adalah hari semakan result untuk peperiksaan online PTD bagi sesi Nov2016. Exam PTD haritu pada 23hb November 2016, Rabu. Bagi aku soalan dia memang betul-betul tough. Siapa yang lepas exam online ni, dia betul-betul hebat laa. Haritu aku jawab dekat rumah fifie. Mama papa yong yang tolong aku jawab soalan PTD tu. Walaupun tiga empat orang yang tolong aku... hmmm


Dengan dukacitanya, Salsabilah Binti Mashuri. GAGAL!


Aku redha je, aku dah agak. Aku tak pun berharap sangat yang aku akan lulus ujian ni. Mungkin belum rezeki dan mungkin aku kurang bersungguh kot. Anyway, terima kasih sangat-sangat dengan family Fifie. Siap belanja aku dengan adik aku makan, minum bukan tu je.. siap jemput dengan hantar aku balik rumah lagi. Serius terharu weh. Fifie yang selalu bagi aku semangat. I love you fie <3


Bagi sesiapa nak buat semakan boleh pergi ke link sini.

Bagi yang berjaya, Tahniah. Yang gagal teruskan semangat jangan putus asa okay :D

- Abell

Sunday 27 November 2016

DASHBOARD BLOG BERWAJAH BARU

Hai korang, lama dah Bell tak aktif blog. Rindu pulak dekat korang. Buka-buka je, dashboard blog dah baru. Terkejut kite. Korang dah lama ke perasan? Bell baru je haa. 


Bell rasa dashboard baru ni lebih friendly kot, yeka? Korang rasa macam mana? Apa pendapat korang dengan dashboard baru ni? Mesti ada rasa macam awkward sikit kan? Hahaha. Sama laa macam Bell.

Btw, korang tahu tak mana nak tengok follower kite ek? Bell cari tak jumpa laa. Reading list following kite, tapi followers kite belah mana ek? Hehehe

Kalau korang tahu share laa dengan Bell ;) hiks

- Abell

Sunday 6 November 2016

KELEBIHAN JOIN SEGMEN, GIVEAWAY & CONTEST

Hari ni aku nak share sedikit mengenai kelebihan join segmen, giveaway dan contest. Sebenarnya, bukan setakat ini je yang ada bila kite dah mula blogging. Macam-macam jenis contest, segmen yang para blogger buat. Contohnya, segmen exchange link, follow and followback lebih kurang gitulah. Bagi blogger yang baru jinak-jinak tu mesti diorang akan join. Jom aku cerita apa kelebihan dia yang aku nampak bila join semua ni.


1- Dapat berkenalan dengan blogger-bloger
Kalau kita rajin join segmen yang dibuat oleh blogger-blogger lain. Kita dapatlah berkenalan dengan mereka. Sambil tu kita dapat bertukar-tukar pendapat, berkongsi maklumat, berkenal-kenalan dan dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim. 

2- Dapat penuhkan entri semasa ketiadaan idea
Ni memang betul. Bila dah lama sangat tak update. Mulalah kekeringan idea untuk update sesuatu. Ini salah satunya cara aku nak kekal aktif berblogging. Yela, mana taknya. Rajin blogwalking tapi entri tahun lepas punya entah berapa bulan/tahun tak update. Macam mana nak tarik minat blogger lain datang ke blog kau, yedak?

3- Dapat tingkatkan bilangan follower
Yang ni aku setuju. Sebelum ni, follower aku dua tiga orang je, serius tak tipu. Sejak aku join segmen, giveaway baru-baru ni. Followers aku dah naik jadi lapan belas (HAHA). Serius, lapan belas je. Sebenarnya, ini blog baru aku. Blog lama aku, aku dah delete. Bak kata orang, kenangan lama usah dikenang. Sekarang ni tengah rajin nak blogwalking dekat blog-blog orang lain. Kalau free/rajin join laa segmen-segmen diorang. Dari situ kite boleh support diorang, yedak? hehe

4- Dapat tingkatkan trafikblog 
Kalau korang betul-betul rajin join segmen blogger-blogger lain, serius trafikblog korang akan naik. Lagi-lagi korang yang kuat blogwalking tu. Serius tak tipu. Rajin-rajinlah tinggalkan jejak korang then join macam-macam segmen, giveaway and contest. Tak rugi punyalah! haha

5- Dapat hadiah/reward
Kalau betul masa tu rezeki korang kan.. korang akan terkejut yang korang akan dapat hadiah. Aku bersyukur gila kalau aku join segmen blogwalking/bloglist kan lepas tu tiba-tiba blog aku tersenarai jadi blogwalking diorang. Alhamdulillah, rezeki gak tu. 

Okaylah. Kalau korang tak caya cuba korang buat lima-lima dekat atas ni. InsyaAllah berjaya, huhu. Thanks sudi membaca. Kalau korang nampak kelebihan lain, bolehlah share kelebihan tu dekat komen bawah ni okay. 

- Abell

Saturday 5 November 2016

CARA NAK FOLLOW BLOG SESEORANG

Sebelum ni ada blogger lain yang tanya Bell macam cara untuk follow blog Bell dekat ruangan chatbox. Okay, disebabkan permasalahan ini timbul. Bell rasa Bell nak buat tutorial laa bagaimana cara untuk follow blog seseorang (blogger). Hal ini berlaku mungkin disebabkan template blog Bell baru dan mungkin mereka tidak menjumpai button untuk follow blog Bell. Sayangnya, Bell lost follower Bell. 

Ini tidak mengapa. Hal ini boleh diselesaikan. Sebenarnya, step ini sangat berguna untuk follow blog yang dikehendaki. Ini juga merupakan perkara basic berblogging apabila kita mahu follow blogger lain. Baiklah, mari mulakan.

1. Pergi ke dashboard >> Cari butang "ADD" bahagian kiri yang telah dia petakkan >> dan tekan butang "ADD" tersebut.



2. Selepas tekan butang tersebut. Akan keluar ruangan kosong dan isi ruangan tersebut dengan url/link blog yang dikehendaki. Alamak, Bell lupa nak tunjukkan contoh url tapi Bell rasa korang tahu kot. Contohnya, korang masukkan link/url blog Bell : https://pwincessabell.blogspot.com

Lepas dah masukkan url/link tersebut, automatik dia tersenarai dalam reading list kita. 


Berikut adalah salah satunya. Bagi sesiapa yang hendak follow blog Bell ni. Boleh lihat gambar dibawah, nampak tak "Follow This Blog"? Kalau nampak tekan/klik dekat situ. Selepas itu, automatik jadi following awak.


Faham tak apa yang Bell ajar ni? Kalau tak faham. Jangan segan-segan Cbox Bell ataupun tinggalkan komen diruangan komen yang telah disediakan. InsyaAllah, Bell guide dan tolong korang. Terima kasih sudi membaca. Maaf kalau kurang faham dengan tutorial Bell.

Babaii korang :D
- Abell

Friday 4 November 2016

Tersenarai dalam bloglist KINAH!

Assalammualaikum.

Yeay! Alhamdulillah. Tak sangka tersenarai dalam "Segmen Pencarian Bloglist Bulan November 2016 by KINAH". Sebenarnya tak perasaan ingatkan satu segmen je terpilih, rupanya segmen yang Kinah buat pun blog Bell terpilih. Alhamdulillah tenkiuuuuuuu huhuhu

Tak sangka boleh terpilih. Sebenarnya lama juga blog ni tak aktif. Baru-baru ni idea banyak pulak dan tiba-tiba je rajin. So, ini yang dikatakan rezeki. Hihihi. Buat laa segmen lagi nanti kite join. Teheee :D

- Abell

Thursday 3 November 2016

Yeay! Terpilih jadi bloglist SVIORS


Alhamdulillah.
Banyak-banyak segmen yang aku join. Ini first segmen yang aku bertuah. Selalu join je tak pernah tersenarai hihi. Dapatlah jadi bloglist dari Nov-Dec 2016. Yahoo!

 Yeay! Aku yang nombor 17 tu. Yahoo!
Happy sangat dapat tersenarai, ini yang dikatakan rezeki. Rezeki pelbagai bentuk. Tahniah bagi yang tersenarai tu dan tahniah juga buat pemenang bertuah, 

- Abell

Monday 31 October 2016

Hello, November 2016!


Sekejap je dah bulan sebelas. Bulan depan dah masuk bulan dua belas. Lepas tu masuk tahun baru 2017. Harghhhh, apa yang aku dah achieve tahun ni? Macam tak ada apa-apa. Sedihnya. Kemon... sampai bila nak macam ni Salsabilah hoiii? Hmm. 

- Abell

Tuesday 25 October 2016

Throwback : Kenangan Konvo 2015


Happy 1 Years Anniversary! Haha. Setahun sudah berlalu konvo sis. Rasa sedih, rindu semua ada. Rindu kawan-kawan, rindu suasana kampus, rindu buat assignment sampai tak tidur, rindu nak tidur sebilik bersama, rindu nak story mory. haihhh rindu semualah! 

Nak usha throwback sis boleh klik sini.

Dulu ingat lagi masa tu aku nak dekat konvo. Boipren aku sekarang ni dengan aku tak ngam. Dia asyik marah aku je masa tu. Layan aku pun acuh tak acuh. Sampai aku benci dia sekejap bila dia whatsapp dengan aku. Sibuk je suruh aku kerja laa lepas tu nak marah-marah aku. Sakit hati aku. Aku tak layan dia sangat, haha. Lepas tu acah-acah whatsapp baik-baik. Kononya, tak dapat datang majlis konvo aku. Memang pun tak dapat datang. Sebab abang dia kawen masa tu. Kiranya harini Anniversary abang dia jugaklah. Boleh laa aku kira berapa tahun anniversary abang dia, hahaha. Esok adik dia yang UPNM tu pulak yang konvo. Senang betul aku nak ingat benda-benda macam ni, haha.

Wish kite konon harini. Dulu takda wish pong. Wish pon sebelum konvo. Lepas konvo tu senyap je. Lelaki ni janji kemain. Nak datang laa, bagi hadiah laa, apa laa. Kau jangan percayalah lagi-lagi orang tu tak ada apa-apa relationship dengan kau masa tu. Tahun lepas aku je dok syok kat dia. 

Masa ni aku pulak yang tahniah dekat dia sebab dapat akak ipar baru, Untunglah~ Yang penting masa konvo aku happy. Masa konvo tu aku dok main hati gak dengan orang lain, hahaha. Tapi apakan daya jodoh tak lama. Kteorang lost contact masa awal bulan 2 haritu. Aku getback balik dengan boipren aku sekarang ni. Dia dah frust. Dia cari aku. Aku ni sementara je dulu-dulu, tempat persinggahan. Hahaha

Tapi kite tak tahu kan jodoh kite macam mana. Aku pun nak kawen lambat 3 tahun lagi. Tak tahu laa aku dengan DIA ke dengan orang lain. Kalau aku cakap macam tu dekat dia. Tak pasal-pasal telinga aku kena piat, hahaha. Padan muka, dulu tak sayang kat aku. Sekarang ni dia macam orang gila sayang dekat aku, hahaha padan muka. Bukan takat jatuh suka je tapi jatuh cinta terus. 

For your information, acewah. Aku dengan dia guna panggilan "Kite" dengan "Dia" Tak tahu macam mana boleh "dia kite dia kite" sekarang ni kurang dah bahasakan yang tu. Sekarang guna lain, hehehe. Hopefully, dia laa jodoh aku. Aku malas nak cari orang lain memandangkan aku ada hati kat dia ni nak dekat 2 tahun lebih. 

Kepada yang sedang berkonvo tu. Aku wish selamat maju jaya. Semoga korang dapat kerja yang halal dan dapat berbakti dengan family korang. Semoga dimurahkan rezeki dan success selalu. Fighting! 

- Abell 

Monday 24 October 2016

Aktiviti : Air Terjun FRIM, Kepong Selangor

Hari ni aku nak bercerita mengenai aku dan kawan-kawan aku pergi ke FRIM. Sebenarnya kteorang tak rancang pon nak pergi sana. Tiba-tiba Mija whatsapp dekat group ajak keluar. Biasalah dekat group macam-macam cadangan keluar. Nak pergi Broga la, Bukit Cerakah la, FRIM laa, macam-macam laa. Last-last kteorang decide nak pergi FRIM. Kau bayangkan, keputusan dibuat pada pukul 12 tengah malam. Memang tak semua join. Intan kat Pahang bila pula dia nak turun kan? Zie kat Shah Alam tapi dia malas nak hiking2 ni, hihi. So, yang pergi aku, Janah dengan Mija.

Kteorang pergi hari Khamis, hari orang bekerja. So, memang tak ramai laa kan orang nak pergi FRIM hari tu. Pagi-pagi dari KL nak ke Damansara sebab nak ambik Mija memang jem sikit laa kan tapi takpa kejap je takda masalah. Lepas ambik Mija kteorang pergi ke FRIM terus. Sampai je sana nak masuk pintu pagar tu. Pak Guard tanya nak pergi mana? So kteorang jawab la nak masuk FRIM. Then Pak Guard tu cakap, kalau nak masuk boleh tapi Canopy Walk tu tiket habis. Kalau nak naik canopy walk tu kena tempah seminggu awal. Pehhhh rapuh harapan kteorang nak naik Canopy Walk. Then kteorang cakap takpa laa kteorang nak pergi air terjun. Pastu Pak Guard tu cakap, okay. 

Korang nak tahu, betapa hancurnya harapan kteorang. Kemain semangat taw kteorang nak ke sana semata-mata nak naik Canopy tapi tak ada rezeki. Takpalah, next time. Janji dapat luangkan masa bersama. Nak jumpa Mija ni bukan senang, busy orangnya. Kekeke

Kteorang ke kawasan berkelah kalau tak silap. So, kawasan ni ada air terjun. Kteorang kagum gila dapat tengok air terjun. Tapi air sungai dekat sini macam cetek je tapi bersih dan jernih. Cantik tengok air sungai dia, hihi. Kteorang pon berfikiran positif. Mungkin air terjun yang besar lagi dekat atas lagi kot. Kteorang naik laa sikit-sikit nak cari air terjun yang kteorang bayangkan.

Excited taw, siap bawa bekal lagi. Nampak monyet cepat-cepat simpan dalam beg takut kena rampas, hahaha. 

Kteorang rehat seketika sambil menikmati nasi lemak damansara, haha. Kalau pergi mana-mana dengan mija mesti kena makan dulu, kalau tak sepanjang perjalanan kau nanti dia akan mengadu "Lapar, lapar..." mengade betul nasib baik ada Janah tak perdaya dengan pujuk rayu dia nak makan tu, hahaha. Orang lain hiking pepagi takda pon makan. Kteorang siap nasi lemak lagi sambil duduk tepi sungai. Ada uncle cina dia tegur lepas tu gelakkan kteorang. Siut je kena gelak. Tapi kteorang jaga kebersihan okay, makan dan buang sampah ditempat yang betul okay.

Kteorang teruskan perjalanan kteorang untuk mencari air terjun bayangan kteorang, hahaha. Penat seh, serius rasa lebih kurang macam naik broga. Panjat sana-sini keluar masuk sana sini. Macam kau tengah join mana-mana kem sekolah. Kteorang just follow track yang dah sedia ada. 

Ini Mija, si keding.

Ini Janah, si keding lagi sorang.

Ini aku, si panda gemok pendek -.-'

Dan kteorang berasa hampa sekali lagi. Air terjun bayangan kami tidak pun wujud. Dekat atas sekali kteorang nampak empangan air sungai tersebut, huhu. Penat weh mendaki sekali hampeh tapi tidak mengapa, peluh jugak kteorang. Dan akhirnya kteorang turun balik ke bawah, fuhhhhh. Bacah tiak!

Taraaaaa, akhirnya kteorang jumpa laluan ke canopy walk ni. Bukan terus sampai je okay, kena naik lagi 500 meter. Mula-mula kteorang naik sikit lepas tu fikir balik macam jauh lagi je. Lepas tu kteorang turun balik, hahaha. Macam buang masa je kan? Tapi takpa, asal dapat berpeluh okay dah. 

Lepak kejap sambil tu selfie sikit. Nak sampai balik ke permulaan tadi kemain jauh. Entah ke mana-mana kteorang jalan. Haaa, korang nak tahu cerita tak? Masa kteorang nak turun balik ke tempat awal kteorang datang. Tiba-tiba ada pekerja FRIM ni tegur kteorang. Kteorang ingat dia nak cakap apa je. Rupanya dia tanya kteorang dari mana jalan ke mana? Kteorang pon ceritalah apa kteorang buat dan laluan kteorang lalu tadi. 

Sebenarnya kan, kawasan hutan FRIM ni tak boleh main terjah jaa. Kalau nak lalu atau jalan dekat sini mesti ada orang guide. Then kteorang pelik ah, sumpah kteorang tak tahu apa-apa sebab ini pertama kalinya kteorang datang ke FRIM ni. Pastu orang tu pun dok cakap sebenarnya laluan yang kteorang lalu tu laluan yang tidak dibenarkan masuk. Hekeleh, mana kteorang tahu. Kteorang tengok Aso-aso dengan Apek-apek cina selamba je lalu. Siap panjat atas-atas sana lagi. Kteorang cuma ikut diorang je. Kteorang ingat boleh lalu. Mana laa kteorang tahu enn. Kalau ya pun tempat larangan. Lain kali buatlah papan kenyataan besar-besar ka kawasan mana yang tak boleh lalu. Ini penanda kecik-kecik pun takda so, takleh nak salahkan kteorang gak la. 

Lepas tu orang tu cakap lagi, kalau pegawai-pegawai hutan yang lalu sini nampak kteorang lalu kawasan larangan nanti kteorang akan dikenakan saman. Tapi takpa dia lepaskan. Sambil tu kteorang tanya pasal canopy walk tu. Rupanya, nak naik tu pun mesti ada orang yang guide jugak so barulah kteorang tahu. Kalau tak sumpah tak tahu apa-apa. Len kali datang lagi main terjah lagi, hihihi. Maaflah ya, kteorang tak tahu tempat kteorang lalu tu tempat larangan. 

Kteorang dah sampai ke bawah lepak laa sambil menikmati air sungai yang mengalir. Air takat paras lulut je weh tak dalam pong, huhu. Masing-masing kepenatan dan habiskan bekalan yang kteorang bawa dari rumah.

Next time laa ye kite book tiket ke Canopy Walk tu ye. 

Okay, last yang ini untuk pengetahuan korang je laa.

Frim buka pada setiap hari Isnin - Sabtu kecuali Ahad (tutup). Masa dari pukul 8 pagi sampai 6 petang. Masuk satu kereta RM5. Haritu kteorg pergi satu kereta, 3 orang. Jumlah RM7.40 termasuk GST. Ada GST okay! haha
Untuk Canopy Walk yang kteorang perasan dia tutup pada hari Isnin dan Jumaat. Hari lain dia buka tapi tak tahu laa hari Ahad tu buka ke tak. Tak perasan pulak. Nak naik Canopy Walk ni RM5 tak tahu laa ada GST ke tak, lupa nak tanya. Kalau boleh sebelum datang book seminggu awal dahulu kata Pak Guard kepada kami. Nak book boleh call nombor yang ada dekat website.

Araso? 
Itu saja dari aku. Thanks sudi membaca :)
- Abell