Assalamualaikum
Okay, kali ni aku nak ceritakan pengalaman aku bercuti di Penang bersama classmate lelaki aku. Actually, aku dengan gengswek aku baru rapat dengan diorang ni. Dah nak last sem baru nak rapat macam apa tah, haha. Actually, kteorang geng perempuan nak bercuti lepas habis sem tapi disebab lepas final semester sem ni kteorang terus kena pergi praktikal. Memang tak sempat kalau nak bercuti. So, kteorang ambek peluang ni bercuti dengan abang-abang handsome Unisel, bwahaha.
Aku, Janah, Mija dengan Rahmat naik kereta Rahman. Zie, Intan dengan Fathi naik kereta si Yusof. Perjalanan dari Shah Alam ke Penang mengambil masa lebih kurang 5 jam je. Kteorang bertolak terlalu awal dalam pukul 9.45 malam, Jumaat malam Sabtu.
|
Abang Fat tamo pandang kite macam gittew, malu ittew. Hahaha Ni berehat makan&minum di R&R mana tah, hehe lupa. |
Untuk mengelakkan kteorg sampai awal ke Penang. Kteorg banyak turun dekat R&R. Rehat-rehat, makan-makan. Walaupun begitu kteorang tetap sampai awal jugak. Dan kteorang berhenti dekat area Masjid Kapitan berdekatan dengan Nasi Kandar Beratur. Masjid Kapitan pepagi buta tak buka rupanya. Turun-turun ada orang mabuk dengan gelandangan perghhh ramai. Ouh, lupa masa tu 14Feb hari Valentine rupanya patut lerr. Then kteorang macam pisang, mengantuk dan penat.. kteorang pergi hotel budget. Satu bilik RM80. Satu bilik lelaki satu bilik perempuan. Hotel kteorang berhadapan dengan Hotel Chulia. Not bad gak laa bilik dia. Air conditioner dia sejuk cuma pintu tu tak berapa nak selamat kalau nak duduk lama, hee :D
|
Dekat Jalan Kapitan |
Info Masjid Kapitan Keling:
Jalan Kapitan Keling
10450 Pulau Pinang
Call 04-264 3494
9.00am - 5.00pm daily
Admission: Free
Hotel budget:RM80/5orang = RM16 seorang
Lepas berehat dihotel budget. Kteorang bangun pergi sarapan dekat Restaurant berdekatan dengan tempat rehat kteorang. Makan roti planta dengan teh ais. Alas perut pepagi sebelum pergi Bukit Bendera.
Makanan+Air = RM3
Lepas makan sampai pun Bukit Bendera. Bukit Bendera ni di kenali sebagai Penang Hills jugak taw. Agak panas laa jugak dekat Penang ni bila matahari nak naik. Pergi balik naik train RM4 seorang. Ini pun sebab kteorang students. Tunjuk IC and tunjuk matric card dapat harga tu kalau tak kena RM10 seorang untuk warganegara. Nak tahu harga lain, refer gambar bawah.
|
Padat dan mampat, haha |
|
Keadaan dalam train kena berdiri sebab lambat tapi tade laa pack sangat, huhu |
|
First bergambar dalam ni. Nasib baik ada pakcik offer diri dia ambek gambar kteorg, huhu |
Naik train dia not bad jugak laa laju dan menyeronokan, haha. Then sampai je Bukit Bendera macam-macam ada. View dia cantik untuk bergambar. Siapa yang suka aktiviti lasak tu boleh join. Ada laluan dia. Macam nak naik BrogaHills. Boleh tahan jugak laa laluan dia. Masa kteorang beratur nak naik train ni kan takde pulak ramai orang, Alhamdulillah laa. Walaupun agak lambat sampai sana still boleh terus naik train je, huhu.
|
Inilah yang kteorang naik. Seronok~ hilang penat sekejap, hihi |
Lepas tu kteorang naik buggy ride. Dia bawa jenjalan sepanjang perjalanan dan dia jugak tunjuk tempat-tempat menarik dan bersejarah. Aku ingat atas-atas tu just rumah biasa boleh pelancong tengok, rupanya rumah orang. Perghhhh bestnya rumah atas bukit ni.
Buggy ride = RM30 untuk 4km.
RM30/5orang = RM6 seorang
Kteorang pergi jugak tempat kunci cinta tu. Hamboii, kemain mahal lagi harga mangga dia. Haishh, takdapat nak buat. Lagi pon macam membazir je, takpe laa tunggu pergi dengan bakal suami ler pulak baru kite beli tulis nama sweet-sweet kite.
|
Cantik-cantik. Banyak lagi ruang untuk korang kalau nak tulis sweet2 kat sini, hihi. |
|
Happening~ hahaha |
|
Menunggu cinta yang tiada datang dekati diri ini, acewah |
Then Janah nak masuk museum burung hantu. So singgah laa dah alang-alangkan ada dekat Bukit Bendera pergilah jugak. Entah bila lagi laa boleh pergi sini lagi kannn.. tetiba Intan nak join kteorang masuk museum burung hantu bole tangkapkan gambar, hikhiks.
Harga nak masuk Museum Burung HantuRM8 seorang itu kalau students laa.
Kalau tak RM10 kot kalau tak silap laa.
Then lepas puas tengok burung hantu. Kteorang habiskan duit beli cenderamata untuk family and diri sendiri. Aku habiskan dalam RM25 je. Dorang shopping macam-macam lagi, huhu.
|
Angkut perempuan gemok memang tak terangkat laa kan, mwahahaha |
Lepas dah berjalan, bergambar sakan kteorang check in hotel kteorang. Hotel Mingood hotel kteorang menetap untuk sehari. Hotel dia boleh tahan laa. Selesa, ada aircond, pintu bilik yang sangat safety, katil yang best cumaaaaaaa.... toilet dia.. erkkk... takde paip untuk nak buang air besaq, memang terbantut laa kan. And ada tap mandi dengan air pancuran je, so fikir sendiri laa ek macam mana kteorang survive dekat hotel ni acewah. Hotel ni aku rasa dia sediakan untuk orang2 bukan islam maybe yang tak perlukan kepala paip nak bersihkan selepas membuang, haha.
|
Ini bilik aku, Janah and Zie. Aku katil tengah. Bilik Mija dengan Intan lupa nak ambek gambar sebab excited sangat katil sorg satu. hihi |
|
Kemain lagi dorang. Bilik dorang besar untuk 4orang tapi tidur rapat2 jugak =.=' Dasar penakut, kekeke :P |
Lepas kiteorang rehat-rehat dan mandi selepas pulang dari Bukit Bendera. Perut terasa lapar dan mahukan sesuatu, aumm. Then kteorang pergi cari makanan.
Harga Hotel Mingood:
RM270 untuk 2 bilik
RM270/5orang = RM54 seorang
Err.. sambung entry yang kedua ek. Banyak sangat gambar nak tunjuk kat korang, hahaha.
Part II-Abell
No comments:
Post a Comment