Monday 31 October 2016

Hello, November 2016!


Sekejap je dah bulan sebelas. Bulan depan dah masuk bulan dua belas. Lepas tu masuk tahun baru 2017. Harghhhh, apa yang aku dah achieve tahun ni? Macam tak ada apa-apa. Sedihnya. Kemon... sampai bila nak macam ni Salsabilah hoiii? Hmm. 

- Abell

Tuesday 25 October 2016

Throwback : Kenangan Konvo 2015


Happy 1 Years Anniversary! Haha. Setahun sudah berlalu konvo sis. Rasa sedih, rindu semua ada. Rindu kawan-kawan, rindu suasana kampus, rindu buat assignment sampai tak tidur, rindu nak tidur sebilik bersama, rindu nak story mory. haihhh rindu semualah! 

Nak usha throwback sis boleh klik sini.

Dulu ingat lagi masa tu aku nak dekat konvo. Boipren aku sekarang ni dengan aku tak ngam. Dia asyik marah aku je masa tu. Layan aku pun acuh tak acuh. Sampai aku benci dia sekejap bila dia whatsapp dengan aku. Sibuk je suruh aku kerja laa lepas tu nak marah-marah aku. Sakit hati aku. Aku tak layan dia sangat, haha. Lepas tu acah-acah whatsapp baik-baik. Kononya, tak dapat datang majlis konvo aku. Memang pun tak dapat datang. Sebab abang dia kawen masa tu. Kiranya harini Anniversary abang dia jugaklah. Boleh laa aku kira berapa tahun anniversary abang dia, hahaha. Esok adik dia yang UPNM tu pulak yang konvo. Senang betul aku nak ingat benda-benda macam ni, haha.

Wish kite konon harini. Dulu takda wish pong. Wish pon sebelum konvo. Lepas konvo tu senyap je. Lelaki ni janji kemain. Nak datang laa, bagi hadiah laa, apa laa. Kau jangan percayalah lagi-lagi orang tu tak ada apa-apa relationship dengan kau masa tu. Tahun lepas aku je dok syok kat dia. 

Masa ni aku pulak yang tahniah dekat dia sebab dapat akak ipar baru, Untunglah~ Yang penting masa konvo aku happy. Masa konvo tu aku dok main hati gak dengan orang lain, hahaha. Tapi apakan daya jodoh tak lama. Kteorang lost contact masa awal bulan 2 haritu. Aku getback balik dengan boipren aku sekarang ni. Dia dah frust. Dia cari aku. Aku ni sementara je dulu-dulu, tempat persinggahan. Hahaha

Tapi kite tak tahu kan jodoh kite macam mana. Aku pun nak kawen lambat 3 tahun lagi. Tak tahu laa aku dengan DIA ke dengan orang lain. Kalau aku cakap macam tu dekat dia. Tak pasal-pasal telinga aku kena piat, hahaha. Padan muka, dulu tak sayang kat aku. Sekarang ni dia macam orang gila sayang dekat aku, hahaha padan muka. Bukan takat jatuh suka je tapi jatuh cinta terus. 

For your information, acewah. Aku dengan dia guna panggilan "Kite" dengan "Dia" Tak tahu macam mana boleh "dia kite dia kite" sekarang ni kurang dah bahasakan yang tu. Sekarang guna lain, hehehe. Hopefully, dia laa jodoh aku. Aku malas nak cari orang lain memandangkan aku ada hati kat dia ni nak dekat 2 tahun lebih. 

Kepada yang sedang berkonvo tu. Aku wish selamat maju jaya. Semoga korang dapat kerja yang halal dan dapat berbakti dengan family korang. Semoga dimurahkan rezeki dan success selalu. Fighting! 

- Abell 

Monday 24 October 2016

Aktiviti : Air Terjun FRIM, Kepong Selangor

Hari ni aku nak bercerita mengenai aku dan kawan-kawan aku pergi ke FRIM. Sebenarnya kteorang tak rancang pon nak pergi sana. Tiba-tiba Mija whatsapp dekat group ajak keluar. Biasalah dekat group macam-macam cadangan keluar. Nak pergi Broga la, Bukit Cerakah la, FRIM laa, macam-macam laa. Last-last kteorang decide nak pergi FRIM. Kau bayangkan, keputusan dibuat pada pukul 12 tengah malam. Memang tak semua join. Intan kat Pahang bila pula dia nak turun kan? Zie kat Shah Alam tapi dia malas nak hiking2 ni, hihi. So, yang pergi aku, Janah dengan Mija.

Kteorang pergi hari Khamis, hari orang bekerja. So, memang tak ramai laa kan orang nak pergi FRIM hari tu. Pagi-pagi dari KL nak ke Damansara sebab nak ambik Mija memang jem sikit laa kan tapi takpa kejap je takda masalah. Lepas ambik Mija kteorang pergi ke FRIM terus. Sampai je sana nak masuk pintu pagar tu. Pak Guard tanya nak pergi mana? So kteorang jawab la nak masuk FRIM. Then Pak Guard tu cakap, kalau nak masuk boleh tapi Canopy Walk tu tiket habis. Kalau nak naik canopy walk tu kena tempah seminggu awal. Pehhhh rapuh harapan kteorang nak naik Canopy Walk. Then kteorang cakap takpa laa kteorang nak pergi air terjun. Pastu Pak Guard tu cakap, okay. 

Korang nak tahu, betapa hancurnya harapan kteorang. Kemain semangat taw kteorang nak ke sana semata-mata nak naik Canopy tapi tak ada rezeki. Takpalah, next time. Janji dapat luangkan masa bersama. Nak jumpa Mija ni bukan senang, busy orangnya. Kekeke

Kteorang ke kawasan berkelah kalau tak silap. So, kawasan ni ada air terjun. Kteorang kagum gila dapat tengok air terjun. Tapi air sungai dekat sini macam cetek je tapi bersih dan jernih. Cantik tengok air sungai dia, hihi. Kteorang pon berfikiran positif. Mungkin air terjun yang besar lagi dekat atas lagi kot. Kteorang naik laa sikit-sikit nak cari air terjun yang kteorang bayangkan.

Excited taw, siap bawa bekal lagi. Nampak monyet cepat-cepat simpan dalam beg takut kena rampas, hahaha. 

Kteorang rehat seketika sambil menikmati nasi lemak damansara, haha. Kalau pergi mana-mana dengan mija mesti kena makan dulu, kalau tak sepanjang perjalanan kau nanti dia akan mengadu "Lapar, lapar..." mengade betul nasib baik ada Janah tak perdaya dengan pujuk rayu dia nak makan tu, hahaha. Orang lain hiking pepagi takda pon makan. Kteorang siap nasi lemak lagi sambil duduk tepi sungai. Ada uncle cina dia tegur lepas tu gelakkan kteorang. Siut je kena gelak. Tapi kteorang jaga kebersihan okay, makan dan buang sampah ditempat yang betul okay.

Kteorang teruskan perjalanan kteorang untuk mencari air terjun bayangan kteorang, hahaha. Penat seh, serius rasa lebih kurang macam naik broga. Panjat sana-sini keluar masuk sana sini. Macam kau tengah join mana-mana kem sekolah. Kteorang just follow track yang dah sedia ada. 

Ini Mija, si keding.

Ini Janah, si keding lagi sorang.

Ini aku, si panda gemok pendek -.-'

Dan kteorang berasa hampa sekali lagi. Air terjun bayangan kami tidak pun wujud. Dekat atas sekali kteorang nampak empangan air sungai tersebut, huhu. Penat weh mendaki sekali hampeh tapi tidak mengapa, peluh jugak kteorang. Dan akhirnya kteorang turun balik ke bawah, fuhhhhh. Bacah tiak!

Taraaaaa, akhirnya kteorang jumpa laluan ke canopy walk ni. Bukan terus sampai je okay, kena naik lagi 500 meter. Mula-mula kteorang naik sikit lepas tu fikir balik macam jauh lagi je. Lepas tu kteorang turun balik, hahaha. Macam buang masa je kan? Tapi takpa, asal dapat berpeluh okay dah. 

Lepak kejap sambil tu selfie sikit. Nak sampai balik ke permulaan tadi kemain jauh. Entah ke mana-mana kteorang jalan. Haaa, korang nak tahu cerita tak? Masa kteorang nak turun balik ke tempat awal kteorang datang. Tiba-tiba ada pekerja FRIM ni tegur kteorang. Kteorang ingat dia nak cakap apa je. Rupanya dia tanya kteorang dari mana jalan ke mana? Kteorang pon ceritalah apa kteorang buat dan laluan kteorang lalu tadi. 

Sebenarnya kan, kawasan hutan FRIM ni tak boleh main terjah jaa. Kalau nak lalu atau jalan dekat sini mesti ada orang guide. Then kteorang pelik ah, sumpah kteorang tak tahu apa-apa sebab ini pertama kalinya kteorang datang ke FRIM ni. Pastu orang tu pun dok cakap sebenarnya laluan yang kteorang lalu tu laluan yang tidak dibenarkan masuk. Hekeleh, mana kteorang tahu. Kteorang tengok Aso-aso dengan Apek-apek cina selamba je lalu. Siap panjat atas-atas sana lagi. Kteorang cuma ikut diorang je. Kteorang ingat boleh lalu. Mana laa kteorang tahu enn. Kalau ya pun tempat larangan. Lain kali buatlah papan kenyataan besar-besar ka kawasan mana yang tak boleh lalu. Ini penanda kecik-kecik pun takda so, takleh nak salahkan kteorang gak la. 

Lepas tu orang tu cakap lagi, kalau pegawai-pegawai hutan yang lalu sini nampak kteorang lalu kawasan larangan nanti kteorang akan dikenakan saman. Tapi takpa dia lepaskan. Sambil tu kteorang tanya pasal canopy walk tu. Rupanya, nak naik tu pun mesti ada orang yang guide jugak so barulah kteorang tahu. Kalau tak sumpah tak tahu apa-apa. Len kali datang lagi main terjah lagi, hihihi. Maaflah ya, kteorang tak tahu tempat kteorang lalu tu tempat larangan. 

Kteorang dah sampai ke bawah lepak laa sambil menikmati air sungai yang mengalir. Air takat paras lulut je weh tak dalam pong, huhu. Masing-masing kepenatan dan habiskan bekalan yang kteorang bawa dari rumah.

Next time laa ye kite book tiket ke Canopy Walk tu ye. 

Okay, last yang ini untuk pengetahuan korang je laa.

Frim buka pada setiap hari Isnin - Sabtu kecuali Ahad (tutup). Masa dari pukul 8 pagi sampai 6 petang. Masuk satu kereta RM5. Haritu kteorg pergi satu kereta, 3 orang. Jumlah RM7.40 termasuk GST. Ada GST okay! haha
Untuk Canopy Walk yang kteorang perasan dia tutup pada hari Isnin dan Jumaat. Hari lain dia buka tapi tak tahu laa hari Ahad tu buka ke tak. Tak perasan pulak. Nak naik Canopy Walk ni RM5 tak tahu laa ada GST ke tak, lupa nak tanya. Kalau boleh sebelum datang book seminggu awal dahulu kata Pak Guard kepada kami. Nak book boleh call nombor yang ada dekat website.

Araso? 
Itu saja dari aku. Thanks sudi membaca :)
- Abell


GIVEAWAY SALAM PERKENALAN by MASHITAHMAMAT


Klik banner/gambar untuk join!

Ada hadiah best taw!



BLOGLIST NOVEMBER BY AINUL AQMA


Klik gambar/banner di atas untuk join segmen Ainul Aqma ;]

Blogwalking & Bloglist SVIORS



Banyaknya segmen kite join hari ni, hihi. Saja je blogwalking sambil usha-usha blogger-blogger lain. Jom laa join segmen ni. Nak join boleh klik gambar ataupun klik sini.

Segmen Ucing Nak Bloglist

http://ucingkadayan.blogspot.com/2016/10/segmen-ucing-nak-bloglist.html

Segmen Ucing Nak Bloglist.

Hi Blogger.Melihat Banyak Blogger yang membuat Segmen Bloglist pada kali ini jadi Ucing pun nak buat Segmen ini juga.Segmen ini adalah mudah Semua yang Join Segmen ini akan Saya masukkan dalam Bloglist Blog Ucing.

Syarat syarat nya adalah mudah.:

1) Masukkan "  http://ucingkadayan.blogspot.com  " dalam Bloglist Anda dengan Nama Ucing Kadayan.
2) Buat Tajuk Post " Segmen Ucing Nak Bloglist "
3) Copy Semua Coding yang telah disediakan dalam box dan Paste ke dalam Ruangan Html dan Publish.
4) Tinggalkan Url Post Anda ke Ruangan Komen Disini.

Itu Je...mudah kan (^_^) Tag Rakan Anda .Segmen Tamat 28-10-2016.



Yeay! Sempat lagi nak join. Jom cepat-cepat join segmen ucing ni :)

Segmen Bloglist Azhafizah.com Nov & Dec 2016

Kembali lagi dengan Segmen Bloglist Azhafizah.com untuk bulan November dan December. Segmen Bloglist yang terakhir untuk tahun 2016. Macam biasa syaratnya mudah je. Hanya perlu copy paste je coding yang Fiza dah sediakan. Mudah je kan? Mana yang tak sempat join haritu, boleh join untuk bulan November dan December ni ye. Macam biasa pemilihan 10 blog akan dibuat melalui random.org.

KLIK BANNER UNTUK SERTAI SEGMEN



Langkah Penyertaan Segmen
1. Buat entry bertajuk : Segmen Bloglist Azhafizah.com Nov & Dec 2016
2. Copy coding dalam kotak bawah ni dan paste di ruangan HTML entry

3. Publish dan tinggalkan link entry dalam kotak komen di entry asal Segmen Bloglist Azhafizah.com Nov & Dec 2016 


Tarikh Tamat : 28 Oktober 2016
  Terima kasih atas sokongan semua ^__^
Read more: http://www.azhafizah.com/2016/10/segmen-bloglist-azhafizahcom-nov-dec.html#ixzz4Nz5NUmLo

SEGMEN PENCARIAN BLOGLIST BULAN NOVEMBER BY KINAH


Jom kite join segmen by Kinah. Klik sini untuk join! Yukkk~

Sunday 23 October 2016

Novel Giveaway by Arrien Amani

Assalamualaikum :)
Arrien Amani kembali lagi dengan Giveaway terbaru! novel giveaway. Mencari hanya 3 orang pemenang bertuah, Pemenang top referrel akan mendapat 2 buah novel, manakala 2 orang pemenan lagi akan dipilih random dan akan mendapat 1 novel seorang, Semua pemenang boleh memilih novel kesukaannya. Jom ramai-ramai memeriahkan giveaway ini ^^ Click banner to JOIN ^_-

Apa lagi, moh laa kite join!

Wednesday 19 October 2016

Aktiviti : Air Terjun Sungai Gabai

Okay, ini adalah sambungan dari entri aku yang lepas dekat sini. Selesai pergi ke Taman Eko Rimba KL, aku dan kawan-kawan aku pon singgah ke tempat seterusnya iaitu Air Terjun Sungai Gabai. Meh aku cerita pengalaman aku eh. Sebenarnya, ini kali kedua aku datang sungai gabai. Sebelum ni aku pergi dengan housemate aku lepas kteorang naik Broga kteorang ke Gabai.

Jalan sebelum nak masuk ke Air Terjun Sungai Gabai perlu melalui jalan kampung. Jalan kampung ni agak kecil dan sempit. So, janganlah bawa kenderaan tu laju-laju sangat sebab kat sini jalan dia berliku-liku gittew. Di sebabkan kteorang pergi pada hari Ahad, jadi ramailah manusia yang datang ke sungai gabai ni. Parking agak penuh dan dikenakan bayaran sorang RM1.00 sebelum masuk ke sungai gabai. Orang cakap air terjun ni bertingkat. Makin naik atas makin menarik dan orang cakap bahagian atas ni dalam dan sesuai untuk orang yang pandai berenang. 

Taraaa, ini tangga dia. Tinggi tak? Hahaha. Kecian weh aku tengok orang-orang tua dok gigih nak naik atas. Kalau aku bawa family aku yang kebanyakkan orang-orang tua. Air terjun ni memang aku reject awal-awal. Tangga dia bukan rendah-rendah weh. Nak tercabut kepala lutut kau nak panjat. Aku yang muda ni pun dah lelah apa lagi orang tua yang kurang sihat tu. Kecian.

Mula-mula kteorang ingat nak mandi bawah tapi apakan daya. Orang dah ramai lepas tu banyak family yang bawa anak-anak kecik je mandi bawah tu. Air dia pun cetek macam air kolam kat KLCC tu je, hahaha. 

Gigih nko nak ke seberang dengan bawa makanannya, hahaha.

Bila dah lepas tangga tu nak cari port kemain susah weh. Orang ramai sangat sampai kau tak tahu kau nak duduk celah mana, haha. Mostly, kat atas-atas ni ramai gile lelaki. Kteorang gigihkan diri panjat atas sikit lagi nak cari port yang lebih privacy acewah. Nasib baik ada. Takda laa kena panjat lagi, dah laa atas lagi ramai puak lelaki, rimas hakak! haha, Aku rasa kalau ada orang tua kat atas ni tak dan ahh dia nak panjat atas lagi sebab bagi aku nak panjat atas ni pun takut-takut weh. Seram, sempit, curam, licin dan agak bahaya ye kalau waktu hujan. Acehhh aku ni.. Alahhh, ini pandangan aku. Kalau korang tak tahu laa. Korang pi rasa dulu macam mana. Lain orang lain pendangannya, yedak? hehe

Kteorang tak bawa baju untuk kteorang tukar kat atas tu. Sambil nak turun ke bawah balik baju kteorang pun dah kering sikit. Kalau bawa baju tukar pon tak tahu nak tukar dekat mana dengan nak daki tangga yang panjang nak mampus tu, kahkah! Panjang takpa ni tinggi nau nak naik satu anak tangga ke satu lagi anak tangga.. rasa macam melebih-lebih lak aku bercerita haha. 

Masing-masing muka kepenatan hahaha. Kesimpulannya, aku tak berapa nak suka sangat laa air terjun kat sini. Bukan apa aku rasa macam tempat dia tak menarik ahh. Kat bawah tu air dia macam kotor dan berbau. Kat atas, aku tengok banyak sampah. Yela, orang yang dok bawa makanan tu bukan tahu nak bersihkan masa nak balik. Habis alam sekitar. Lagi satu yang tak bestnya, bilik persalinan, tandas dan surau tidak memuaskan. Kteorang mana tukar baju kat sini terus balik rumah je. 

Dan paling tak bestnya, aku terpijak tahi ke apatah. Woi tak sanggup weh aku nak bau ke tengok kaki aku tu, Geli weh hampir termuntah aku, hahaha. Nasib baiklah air dekat terus aku terjun sungai basuh kaki sambil kesat-kesat kaki kat pasir-pasir dalam sungai, haha. Malang betul aku hari tu. Sabar je laa, 

Esok tu kaki kteorang pon sakit-sakit. Yela, lama tak exercise. Memang liat lew otot tu, huhu. Thanks ler sudi membaca blog sis yang biasa-biasa ni, hee. Adios amigos, muahhhhh!

Note: Gambar-gambar sis, semua sis edit guna VSCO okay. Jangan complaint gambar sis gelap  ke apa hokay! Haha. Sayang semua. Babaii~

- Abell






Tuesday 18 October 2016

Aktiviti : Taman Eko Rimba - Hutan Simpan Bukit Nanas Kuala Lumpur

Taman Eko Rimba - Hutan Simpan Bukit Nanas Kuala Lumpur. Nama je orang KL tapi baru sis tahu wujudnya tempat ni di tengah-tengah bandar. Pada mulanya, sis dengan kawan-kawan sis nak pergi FRIM, Canopy Walk Selangor. Tapi apakan daya, hari ahad FRIM tutup. Kemain semangat semua orang, hahaha. Fikir punya fikir, Fie teringat tempat yang aku share dekat FB pasal Taman Eko Rimba KL. Di sebabkan plan semua tak jadi, kitaorang pon menuju laa ke lokasi seterusnya iaitu Taman Eko Rimba.

Taman Eko Rimba ni terletak di Bukit Nanas, Kuala Lumpur. Berdekatan dengan Menara Kuala Lumpur (KL Tower) di Golden Triangle of Kuala Lumpur. Walaupun KL ni tempat kitaorang, kitaorang boleh sesat taw, haha. Confuse gila guna maps dengan waze pon boleh salah jalan. Dekat sini ada parking banyak dan luas tapi akan dikenakan caj bayaran sebanyak RM6.00 sekali masuk. Ada sorang apek yang jaga parking kat sini. Kitaorang pergi hari Ahad sampai sana dalam pukul 8.45am. 

Taman ni beroperasi dari jam 8.00 pagi sehingga 6.00 petang pada setiap hari.
Masuk adalah PERCUMA! Yeay!

Memulakan perjalanan ke Canopy Walkway! 

Perjalanan ke Canopy ni boleh tahan laa. Tempat ni sesuai dengan semua golongan. Nak menikmati permandangan indah boleh, nak relax-relax tenangkan fikiran boleh, nak bawa anak-anak jalan sini pon boleh. Tak extreme dan tak bahaya sangat pon.

Haa lagi satu tempat ni sesuai untuk yang suka bergambar contohnya nak wedding photoshoot ke apa ke semua boleh. Masa kteorang pergi ni ada orang tangkap gambar jubah konvo dia kat sini.

Nampak tak Menara KL tu? Maaflah kalau kabur dan gelap. Sis edit guna VSCO je hehe

Canopy Walk ni agak panjang laa jugak lebih kurang 200 meter. Ketinggiannya lebih kurang 15 meter. So, Tak gayat ahh. Jangan takut best taw tengok view kat atas ni.



Sis kagum sangat. Tengah-tengah bandar ada taman yang macam ni. Seronok dapat luangkan masa cuti dengan aktiviti macam ni. Bagi sesiapa yang suka aktiviti macam ni cuba laa datang sini. Jalan-jalan ambil angin, hidup udara segar, haha. Boleh tahan laa pergi tempat ni. Berpeluh laa jugak.

Tempat seterusnya kteorang pergi Sungai Gabai. Nanti sis update pasal Sungai Gabai tu pulak yee sayang :) Thanks sudi membaca. Muahciked!
- Abell