Wednesday, 10 February 2016

Tips : Tabung Hijau

Hai, hari ini aku nak bercakap pasal tabung hijau. Korang suka menabung tak? Kalau aku dulu memang kuat menabung. Dan sampai orang gelarkan aku ni kedekut korang tahu, haha. Masa sekolah dulu kawan-kawan ajak makan kepci pon aku berkira. Aku sanggup beri fries dia je semata-mata nak teman kawan aku makan kepci, hahaha. Apa teruk sangat aku punya tahap berjimat aku. Kawan aku pun tengok aku macam kesian je dia pun bagilah rasa sikit kepci diorang. Cukuplah sekadar aku merasa walaupun aku tak beli.

Okay, now aku nak cakap pasal tabung hijau. Kau tahu apa itu tabung hijau? Tabung yang kau hanya menyimpan RM5 sahaja. Maksudnya setiap kali kau berbelanja dan dapat baki RM5 sekeping kau kena cepat-cepat asingkan duit itu dari dompet kau. Sebab apa kena buat demikian?

1- Kau akan terlupa 
2- Kau akan terbelanja
3- Kau akan terbagi duit RM5 sekeping kau tu sewaktu kau membuat pembayaran. Kadang-kadang orang akan tanya kau, eh ada duit kecil tak? Kau pun tengok dompet kau then kau nampak duit RM5 kau tu. Dengan rasa serba salah kau pun terpaksalah kasi. Aku paling tak suka situasi macam ni. Kau nak kumpul duit tu kau terpaksa keluarkan pula.

Orang cakap kalau kau terguna duit RM5 kau tu. Kau kena double kan duit kau tu dua kali ganda. Maksudnya kau kena simpan RM10 dalam tabung kau. Kira macam denda laa. Tapi aku tak pernahlah buat gitu. Kalau ikut denda tu kering dompet aku, hewhew.

Aku start kumpul duit hijau ni bermula bulan satu tahun ni. So, sekarang aku tengok je duit tu usik tak ahh. Nafsu betul tengok duit banyak-banyak. Aku start kumpul duit ini untuk "Tabung Kahwin" aku akan datang. Tak tahu bila pula aku nak kahwin. Calon pon masih kabur-kabur. Takpa, at least aku bersedia sebelum tiba masanya acecehhh.

Selain duit hijau (RM5) korang juga boleh kumpul duit oren (RM20). RM20 ni nilai dia besar sangat bagi aku laa bagi korang aku tak tahu laa kan. Buat masa ni aku kumpul duit hijau je. Nah ini ada beberapa tips untuk korang yang aku jumpa dekat FB by imuslimshop.com






- Abell

No comments:

Post a Comment