Sunday, 7 February 2016

Teman Tapi Mesra

Assalamualaikum,

Hai sudah lama aku tidak mengupdate, adehhh mana kata-kata janji manisku terhadapmu haha. Okay stop sudah mengarut tu. Mari kita teruskan. Apa yang korang tahu dengan term untuk "Teman Tapi Mesra" ni atau lebih dikenali sebagai TTM secara ringkasnya. Korang rasa teman tapi mesra ni sama ke dengan "SKANDAL"? Bagi aku dan mengikut pandangan aku TTM dengan skandal adalah satu maksud yang berbeza.

TTM ini mungkin dikenali sebagai hubungan tanpa status terhadap dua pasangan berlainan jantina tetapi masing-masing masih single. Dan term untuk TTM ni "quite friendly" laa berbanding dengan SKANDAL, hoho. Maksud skandal dari fahaman aku pula, dua jantina yang salah seorang daripada mereka yang sudah mempunyai pasangan tapi masih berlaku curang dengan pasangan sedia ada. Kiranya skandal ni main "pasang-pasang" laa gittew.

Okay, mesti ramai yang pernah rasa TTM ni kan kan kan? Hubungan tanpa sebarang declaration as a partner or couple. Kebanyakan, mereka ni mempunyai perasaan satu sama lain tapi takut untuk meluahkan untuk pergi ke stage seterusnya kerana mereka kurang berkeyakinan. Ya, macam aku laa kot hahaha. 

Aku tak tahu laa hubungan TTM aku ni kekal sampai kejinjang pelamin ke tidok. Sebab sekarang ini aku pun tengah terjebak dengan hubugan TTM ni wakaka. Orang cakap TTM ni cuma sementara janganlah kau berharap lebih. Aduhhh, pedih aku mendengar kata-kata itu. Sebenarnya TTM ni macam kawan je cuma mesra lagi dari kawan. Hubungan ni tak akan berpanjangan sampailah pasangan TTM ni menemui cinta hati. 

Beza ke KAWAN dengan TTM ni?

Kawan tu kawan laa. Kawan macam kau berkawan dengan Ali dan kau berkawan dengan Ahmad dan kau tak ada perasaan lebih daripada tu dengan diorang. TTM ni special sikit dari kawan sebab tu dia gelar TTM. Mereka tu act like a real couple tapi sebenarnya mereka tak couple pun. Relationship ni bermula dari perkataan TERTARIK/ SUKA/ SAYANG dan mungkin CINTA. Diorang tertarik antara satu sama lain dan mula jatuh sayang tapi mereka tak berani nak expose diri mereka ke stage seterusnya. 

KENAPA?

Sebab kenapa bagi aku.. mungkin sebab mereka ni fobia dan takut nak bercinta. Ataupun mereka ni mempunyai pengalaman yang pahit dalam bercinta dan atau mungkin mereka ini first time nak bercinta. Kedua, mereka masih mencari soulmate oleh itu kalau diorang dah jumpa cinta hati yang lain masa TTM so diorang takda laa rasa bersalah sangat nak putuskan hubungan. Mungkin lepas ni mereka boleh menjadi kawan biasa? hahaha

TTM ini sakit kalau kau betul-betul fall in love dengan partner kau. Then tetiba partner kau dah jumpa partner baru dan masa tu dia akan tinggalkan kau begitu sahaja. Yela, kau tu TTM dia je bukan girlfriend/boyfriend dia pun. So, buat apa dia nak kisah dengan kau. Bersabarlah duhai hati. Ntah, aku sayang TTM aku dan aku memang nak naik ke stage ke seterusnya tapi apakan daya. Dia suruh kawan-kawan je dulu. Aku redha aku teruskan jugak dengan hubungan TTM ni wuuuu sedihhhh.

<3 WMA
- Abell


No comments:

Post a Comment