Monday, 24 October 2016

Aktiviti : Air Terjun FRIM, Kepong Selangor

Hari ni aku nak bercerita mengenai aku dan kawan-kawan aku pergi ke FRIM. Sebenarnya kteorang tak rancang pon nak pergi sana. Tiba-tiba Mija whatsapp dekat group ajak keluar. Biasalah dekat group macam-macam cadangan keluar. Nak pergi Broga la, Bukit Cerakah la, FRIM laa, macam-macam laa. Last-last kteorang decide nak pergi FRIM. Kau bayangkan, keputusan dibuat pada pukul 12 tengah malam. Memang tak semua join. Intan kat Pahang bila pula dia nak turun kan? Zie kat Shah Alam tapi dia malas nak hiking2 ni, hihi. So, yang pergi aku, Janah dengan Mija.

Kteorang pergi hari Khamis, hari orang bekerja. So, memang tak ramai laa kan orang nak pergi FRIM hari tu. Pagi-pagi dari KL nak ke Damansara sebab nak ambik Mija memang jem sikit laa kan tapi takpa kejap je takda masalah. Lepas ambik Mija kteorang pergi ke FRIM terus. Sampai je sana nak masuk pintu pagar tu. Pak Guard tanya nak pergi mana? So kteorang jawab la nak masuk FRIM. Then Pak Guard tu cakap, kalau nak masuk boleh tapi Canopy Walk tu tiket habis. Kalau nak naik canopy walk tu kena tempah seminggu awal. Pehhhh rapuh harapan kteorang nak naik Canopy Walk. Then kteorang cakap takpa laa kteorang nak pergi air terjun. Pastu Pak Guard tu cakap, okay. 

Korang nak tahu, betapa hancurnya harapan kteorang. Kemain semangat taw kteorang nak ke sana semata-mata nak naik Canopy tapi tak ada rezeki. Takpalah, next time. Janji dapat luangkan masa bersama. Nak jumpa Mija ni bukan senang, busy orangnya. Kekeke

Kteorang ke kawasan berkelah kalau tak silap. So, kawasan ni ada air terjun. Kteorang kagum gila dapat tengok air terjun. Tapi air sungai dekat sini macam cetek je tapi bersih dan jernih. Cantik tengok air sungai dia, hihi. Kteorang pon berfikiran positif. Mungkin air terjun yang besar lagi dekat atas lagi kot. Kteorang naik laa sikit-sikit nak cari air terjun yang kteorang bayangkan.

Excited taw, siap bawa bekal lagi. Nampak monyet cepat-cepat simpan dalam beg takut kena rampas, hahaha. 

Kteorang rehat seketika sambil menikmati nasi lemak damansara, haha. Kalau pergi mana-mana dengan mija mesti kena makan dulu, kalau tak sepanjang perjalanan kau nanti dia akan mengadu "Lapar, lapar..." mengade betul nasib baik ada Janah tak perdaya dengan pujuk rayu dia nak makan tu, hahaha. Orang lain hiking pepagi takda pon makan. Kteorang siap nasi lemak lagi sambil duduk tepi sungai. Ada uncle cina dia tegur lepas tu gelakkan kteorang. Siut je kena gelak. Tapi kteorang jaga kebersihan okay, makan dan buang sampah ditempat yang betul okay.

Kteorang teruskan perjalanan kteorang untuk mencari air terjun bayangan kteorang, hahaha. Penat seh, serius rasa lebih kurang macam naik broga. Panjat sana-sini keluar masuk sana sini. Macam kau tengah join mana-mana kem sekolah. Kteorang just follow track yang dah sedia ada. 

Ini Mija, si keding.

Ini Janah, si keding lagi sorang.

Ini aku, si panda gemok pendek -.-'

Dan kteorang berasa hampa sekali lagi. Air terjun bayangan kami tidak pun wujud. Dekat atas sekali kteorang nampak empangan air sungai tersebut, huhu. Penat weh mendaki sekali hampeh tapi tidak mengapa, peluh jugak kteorang. Dan akhirnya kteorang turun balik ke bawah, fuhhhhh. Bacah tiak!

Taraaaaa, akhirnya kteorang jumpa laluan ke canopy walk ni. Bukan terus sampai je okay, kena naik lagi 500 meter. Mula-mula kteorang naik sikit lepas tu fikir balik macam jauh lagi je. Lepas tu kteorang turun balik, hahaha. Macam buang masa je kan? Tapi takpa, asal dapat berpeluh okay dah. 

Lepak kejap sambil tu selfie sikit. Nak sampai balik ke permulaan tadi kemain jauh. Entah ke mana-mana kteorang jalan. Haaa, korang nak tahu cerita tak? Masa kteorang nak turun balik ke tempat awal kteorang datang. Tiba-tiba ada pekerja FRIM ni tegur kteorang. Kteorang ingat dia nak cakap apa je. Rupanya dia tanya kteorang dari mana jalan ke mana? Kteorang pon ceritalah apa kteorang buat dan laluan kteorang lalu tadi. 

Sebenarnya kan, kawasan hutan FRIM ni tak boleh main terjah jaa. Kalau nak lalu atau jalan dekat sini mesti ada orang guide. Then kteorang pelik ah, sumpah kteorang tak tahu apa-apa sebab ini pertama kalinya kteorang datang ke FRIM ni. Pastu orang tu pun dok cakap sebenarnya laluan yang kteorang lalu tu laluan yang tidak dibenarkan masuk. Hekeleh, mana kteorang tahu. Kteorang tengok Aso-aso dengan Apek-apek cina selamba je lalu. Siap panjat atas-atas sana lagi. Kteorang cuma ikut diorang je. Kteorang ingat boleh lalu. Mana laa kteorang tahu enn. Kalau ya pun tempat larangan. Lain kali buatlah papan kenyataan besar-besar ka kawasan mana yang tak boleh lalu. Ini penanda kecik-kecik pun takda so, takleh nak salahkan kteorang gak la. 

Lepas tu orang tu cakap lagi, kalau pegawai-pegawai hutan yang lalu sini nampak kteorang lalu kawasan larangan nanti kteorang akan dikenakan saman. Tapi takpa dia lepaskan. Sambil tu kteorang tanya pasal canopy walk tu. Rupanya, nak naik tu pun mesti ada orang yang guide jugak so barulah kteorang tahu. Kalau tak sumpah tak tahu apa-apa. Len kali datang lagi main terjah lagi, hihihi. Maaflah ya, kteorang tak tahu tempat kteorang lalu tu tempat larangan. 

Kteorang dah sampai ke bawah lepak laa sambil menikmati air sungai yang mengalir. Air takat paras lulut je weh tak dalam pong, huhu. Masing-masing kepenatan dan habiskan bekalan yang kteorang bawa dari rumah.

Next time laa ye kite book tiket ke Canopy Walk tu ye. 

Okay, last yang ini untuk pengetahuan korang je laa.

Frim buka pada setiap hari Isnin - Sabtu kecuali Ahad (tutup). Masa dari pukul 8 pagi sampai 6 petang. Masuk satu kereta RM5. Haritu kteorg pergi satu kereta, 3 orang. Jumlah RM7.40 termasuk GST. Ada GST okay! haha
Untuk Canopy Walk yang kteorang perasan dia tutup pada hari Isnin dan Jumaat. Hari lain dia buka tapi tak tahu laa hari Ahad tu buka ke tak. Tak perasan pulak. Nak naik Canopy Walk ni RM5 tak tahu laa ada GST ke tak, lupa nak tanya. Kalau boleh sebelum datang book seminggu awal dahulu kata Pak Guard kepada kami. Nak book boleh call nombor yang ada dekat website.

Araso? 
Itu saja dari aku. Thanks sudi membaca :)
- Abell


1 comment: