Hari ni aku nak share sedikit mengenai kelebihan join segmen, giveaway dan contest. Sebenarnya, bukan setakat ini je yang ada bila kite dah mula blogging. Macam-macam jenis contest, segmen yang para blogger buat. Contohnya, segmen exchange link, follow and followback lebih kurang gitulah. Bagi blogger yang baru jinak-jinak tu mesti diorang akan join. Jom aku cerita apa kelebihan dia yang aku nampak bila join semua ni.
1- Dapat berkenalan dengan blogger-bloger
Kalau kita rajin join segmen yang dibuat oleh blogger-blogger lain. Kita dapatlah berkenalan dengan mereka. Sambil tu kita dapat bertukar-tukar pendapat, berkongsi maklumat, berkenal-kenalan dan dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim.
2- Dapat penuhkan entri semasa ketiadaan idea
Ni memang betul. Bila dah lama sangat tak update. Mulalah kekeringan idea untuk update sesuatu. Ini salah satunya cara aku nak kekal aktif berblogging. Yela, mana taknya. Rajin blogwalking tapi entri tahun lepas punya entah berapa bulan/tahun tak update. Macam mana nak tarik minat blogger lain datang ke blog kau, yedak?
3- Dapat tingkatkan bilangan follower
Yang ni aku setuju. Sebelum ni, follower aku dua tiga orang je, serius tak tipu. Sejak aku join segmen, giveaway baru-baru ni. Followers aku dah naik jadi lapan belas (HAHA). Serius, lapan belas je. Sebenarnya, ini blog baru aku. Blog lama aku, aku dah delete. Bak kata orang, kenangan lama usah dikenang. Sekarang ni tengah rajin nak blogwalking dekat blog-blog orang lain. Kalau free/rajin join laa segmen-segmen diorang. Dari situ kite boleh support diorang, yedak? hehe
4- Dapat tingkatkan trafikblog
Kalau korang betul-betul rajin join segmen blogger-blogger lain, serius trafikblog korang akan naik. Lagi-lagi korang yang kuat blogwalking tu. Serius tak tipu. Rajin-rajinlah tinggalkan jejak korang then join macam-macam segmen, giveaway and contest. Tak rugi punyalah! haha
5- Dapat hadiah/reward
Kalau betul masa tu rezeki korang kan.. korang akan terkejut yang korang akan dapat hadiah. Aku bersyukur gila kalau aku join segmen blogwalking/bloglist kan lepas tu tiba-tiba blog aku tersenarai jadi blogwalking diorang. Alhamdulillah, rezeki gak tu.
Okaylah. Kalau korang tak caya cuba korang buat lima-lima dekat atas ni. InsyaAllah berjaya, huhu. Thanks sudi membaca. Kalau korang nampak kelebihan lain, bolehlah share kelebihan tu dekat komen bawah ni okay.
- Abell
sy pun baru berjinak dalam blog, skrg sy join segmen dgn giveaway dulu,cari kawan n blogwalking dulu ..
ReplyDeletejemput blogwalking :)
ReplyDeletehttp://chenta-taugeh.blogspot.my/2016/11/scar-solution-body-bar-by-wr-empire-sdn_16.html
sokong sokong sokong. :D hehe
ReplyDelete