Wednesday, 9 September 2015

Set penjagaan bibir dan gincu pilihan kita!

Assalamualaikum,

Hari ni aku nak share pasal lipstick yang aku suka guna. Lipstick ni Cika yang kenalkan dekat aku. Warna dia pun lebih natural. Sebelum-sebelum ni aku suka pakai lipstick color merah, merah-merah pink sampai budak kolej yang kenal aku gelar aku "budak bibir merah". Nak kata merah sangat tak pun, entahlah dorang ni. 

Aku pilih seakan-akan warna merah tu pun sebab muka aku ni kalau tak pakai lipstick memang nampak pucat. Bila tak pakai orang akan tanya "eh, kau tak sihat ke?" -.- taklah hari ni lupa pakai lipstick kbai, haha. Sampai macam tu sekali. Then bibir aku ni cepat kering dan mengelupas. Mestilah aku akan kupas bibir kering aku ni sampai berdarah. Tak senonoh betul perangai.

Untuk bibir aku yang selalu kering and cepat sangat mengelupas aku pakai set bibir Pinkish Lip Scrub dengan Pinkish Lips Moist. Aku beli bulan February hari tu tahan sampai sekarang. Ke aku yang terlalu berjimat pakai? Hehehe. Seriouly, memang elok gilos pakai ni. Sebelum ni bibir aku tepi-tepi ni hitam dan mengelupas. Sebab aku allergic makanan, salah makan habis mengelupas bibir aku ni then mula laa berdarah. Bila aku pakai set ni kurang dah. Alhamdulillah, bibir yang seksi dah tak buruk macam dulu kahkahkahkah.

Kalau korang ada masalah bibir ke muka boleh beli Pinkish Set ni dan cuba. Bukan aku yang jual taw ini orang lain yang jual dekat instagram: @soffyamy cuba laa follow dan cuba products dia, hee

Eh, alamak lupa pulak nak cerita pasal lipstick tadi. Okay okay kite sambung..

Inilah dia lipstick IN2IT Lasting Lipstick. Aku beli dekat Watsons je. Murah je tak mahal. Color dia pun just nice.

Cika suruh pilih color ni cantik

Tadaaaa ini hasil dia. Abaikan lubang hidung yang bosar tu, haha. Nice laa lipstick ni sebab lipstick ni bila pakai tak nampak merekah dan mengelupas. Banyak sangat lipstick yang aku cari yang tak kena dengan bibir aku. Akhirnya, aku jumpa apa yang aku nak. Seksikan mulut mak -.- redha dengan ciptaan Allah, biarlah orang nak mengata bibir tebal laa, besar laa, like nigga laa apa-apa je laa. Allah yang cipta bukan manusia yang cipta. Manusia pandai nak judge orang je, hahaha. Okay ceramah pulak.

Semua review di atas adalah review yang tidak berbayar okay. Aku just nak share je dengan korang, hihihi. Harap korang dapat hasil yang terbaik lagi dari aku, hoho.

Okay, babaii.
- Abell

Tuesday, 8 September 2015

Random : "Bibir"

Setiap manusia diciptakan dengan cantik sekali oleh Allah. Tidak semua orang dilahirkan dengan sempurna. Lagi-lagi bab fizikal ni. Ramai yang sanggup bedah sana bedah sini untuk cantik. So, hari ini aku nak cakap pasal bibir. 

Cantik ke tidak? Huhuhu

Ada orang semulajadi bibir dia nipis. Ada orang semulajadi bibirnya tebal. Tak kisah laa bibir korang tu nipis ke tebal yang penting korang tetap cantik dimata Allah. Aiceh, kemain aku berkata-kata hahaha. Jujur aku cakap, pada mulanya aku pon bukan suka sangat bibir jenis macam aku ni. Yela, siapa tak sakit hati bila orang ejek or bahan kau bibir tebal laa, bibir lebar laa, bibir macam negro laa. Seriously, aku tak suka dan aku rasa rendah diri sangat. Tapi fikir dari sudut positif ramai lagi yang nak bibir tebal dan mungil bagai ni, tak faham betul aku. Ke aku sorang je yang perasan?hahaha. Tapi lain orang lain citarasa kan? Bila fikir balik, aku ni macam tak bersyukur dan redha pula. So, abaikan kata-kata binasa dari mulut orang. Biasalah manusia, hoho.

Dan ramai yang nak or gilakan bibir macam Kylie Jenner dengan Angelina Jolie, serius laa tak faham aku -.- 

Haa ambik cermin tengok bibir korang yang mana satu?

Ni alat untuk bibir takyah nak cucuk sana sini tapi tak laa aku nak pakai enn, menjonget lagi mulut aku ni hahaha.

Kesan negatif kalau korang ikutkan sangat #kyliejennerchallange kalah mulut ikan nanti engko dapat, hahahahahaha


Apa-apa pun bersyukurlah apa yang korang ada.
Kerana kesempurnaan itu hanya milik Allah SWT
:)

- Abell

Friday, 28 August 2015

Praktikal : Akhirnya II "Sayang awak"

Memang seronok nak habis tapi rindu itu pasti,eh huhu. Walaupun hadiah tak banyak tapi terharu gila kot.. ada juga yang menghargai aku.. ada juga yang perasaan yang aku ini wujud, huhuhu

Yang paling surprise budak-budak ni raikan aku yang nak tamat praktikal ni. Terharu gile bab ni wehhh. Siap kasi hadiah.. ini buat aku sayang nak tinggalkan dorang ni, acewahhh.

Pandai gak budak-budak ni buat surprise. Si cika tetiba datang tempat aku.. aku ingat dia nak bergosip ke pastu siap cakap dengan pacek-pacek tu "pinjam Kak Sal kejap ea.." aku pon dok follow je budak ni masuk tandas. Motipppp sangat teman dia buang air -.- tak expect langsung kot ada surprise. Bengong punya Cika. Then balik dekat tempat duduk terkejut ehh... speechless kau tahu aku speechless. Baca si khalida punya ayat nak meleleh jugak air mata ni tapi aku cover sebab pacek-pacek tempat aku tengah cakap dengan aku.

Tengok laa muka panda ni sedih je. Mana aku tak sedih. Lagi satu kemain kerek si Khalid ni layan aku nak habis intern ni. Haihhhh geram gaklah rasa, huhu.

Alhamdulillah. Dorang belanja KFC dekat Ampang Park Mall. Dok makan borak borak gelak gelak bahan sana sini. Kelakar laa budak-budak ni. Lepak dengan dorang buat aku jadi diri sendiri weh tu yang aku suka tu. Wehhh korang kalau nak Lepak-lepak nanti ajaklah kak sal ni, InsyaAllah kite join aweks aweks ni semua. Sebab korang semua seronok. Aku suka kawan dengan korang, huhu.

Sayang korang wehhh
Rindu korang wehhh

Lepas makan jalan-jalan dekat Ampang mall tu. Pusing sana sini. Gelak sana sini. Dah puas Cika ajak lepak KLCC aku okay je cuma Nabila je laa tak dapat join. Cika nak beli aiskrim apatah khalida tak bagi sebab dia geli tengok bentuk aiskrim tu.. then kteorang pun lepak laa dekat DALKOMM. Harga dia pun terkeluaq halkum, hahaha takda laa.

Tadaaa mampu belanja ni je. Aku suka tengok orang gembira bila aku belanja, sejak bila laa perangai aku macam ni. Sejak dah besar mungkin. Dorang happy aku happy, huhuhu 

Masa nak balik dorang salam-salam peluk muah muahciked. Alaaaaa sedihnya. Thanks korang luangkan masa bersama. Lebih-lebih lagi Cika yang susah nak keluar, huhuhu. Terharu iolls huhuhu. Korang jaga diri, good luck, belajar elok-elok and all the best. Dah berjaya nanti jangan jadi sombong okay? Huhu. Ada rezeki ada jodoh kite jumpa lagi yee, jangan lupakan aku yaa. Muahciked huhu

Thanks for the gifts. Kite suka and hargai sangat. Sayang korang ketat-ketat. Jaga diri semua. Rindu-rindu laa Ioulls ni.. huhu. Babaii muahciked.

- Abell

Praktikal: Akhirnya!

Alhamdulillah. Akhirnya tamat sudah Latihan Industri aku dekat PNB. Perasaan? Bercampur baur. Gembira sebab dah habis. Sedih sebab aku tinggalkan adik adik aku, cewah. Baru je rapat dah kena berpisah hmmm. Sedih juga sebab nanti rindu suasana PNB. Aku tak habis explore lagi PNB. Yela, aku mana laa rapat dengan orang sebab aku ni pemalu hahaha.

Ini report untuk PNB, siap jugak akhirnya. Supervisor aku ni jenis straight susah gak laa nak kawtim tapi dia baik sangat. 

Ini farewell jumaat lepas. Masa ini Akmal last. So UTORD buat makan-makan sikit untuk kteorang betempat, aku man mal dengan jiha. Jiha 25hb depan baru dia habis praktikal.

Ini akak-akak dengan pacek dekat unit sijil. Dorang ni baik-baik. Kak Su yang peluk aku tu pelawak suka buat lawak, yang tengah tu kak shirazah garang tapi sebenarnya dia okay dia saja nak test aku gegerang tu, sebelah yang duduk tu kak Zatiah, belakang kak Zatiah tu Lin sama umur dengan aku, belakang tu kak siti dengan kak Fatimah. Yang sorang pacek tu encik Rosli. Encik Rosli ni PIBG sekolah aku, dia laa yang paling baik dengan aku. Bagus betul encik Rosli ni. Belakang baju putih tu boss, aummm hahaha.

Baju hijau tu encik Bathiar paling care dengan budak praktikal. Nak cakap dengan dia pon tak rasa takut cuma rasa segan je, huhuhu.

Hihi bos kasi hadiah, encik Kamarul. Yang baju biru tu HOD. Crush aku dengan Jiha. Jiha panggil abang Sham, Mwahahaha. Aku rasa encik Azuddin Sham paling segak dekat department tu.

Nabila, Arika, Khalida, Azreen, Jiha, Aisyah, Aku
Akmal, Rahman, Syafiq

I'm gonna miss you all, muahciked
- Abell

Friday, 14 August 2015

Praktikal : Latihan Industri VII "Jamuan Hari Raya UTO"

Pejam celik pejam celik sekejap je dah 3 bulan. Dulu rasa lama sangat. Sekarang ni rasa sekejap je. Alhamdulillah lagi 2 minggu je lagi nak habis. Report tak siap lagi, hahahaha

Okay, last week PNB buat open house kan.. minggu ni department aku pulak yang buat jamuan hari raya hoho. Bahagia rasanya. Tiap-tiap minggu ada je makan free. Suka sangat lagi-lagi ada satay, huhu. Entahlah, sebab ada geng kot tu yang aku rasa seronok nak makan. Dulu takda geng nak makan tambah pun malu-malu. Kali ni tak lagi.. hohoho

Ni je mampu aku tayang. Maklumlah aku lupa nak tangkap gambar makanan dulu sebelum makan. Excited kott nak makan sodap and konyang hoii haha

Ini laa budak-budak praktikal yang duduk tingkat 8. Kau tengok ahh ramai kot kat atas, serius jealous kot aku. Aku sorang je tercampak tingkat 7 tapi takpa aku rasa bersyukur kot. Takpa laa bahagia tingkat 8, lagi bahagia aku sorang-sorang dekat bawah, hahahaha *sedapkan hati*

Buat kiri kanan aku ni sporting kadang kerek nak mampus, geram aku. Tapi takpa, dorang laa peneman aku dikala kesunyian acewah. Hero-hero dekat belakang, choose one! Haha

Belakang ; Azreen (UiTM), Aisyah (UiTM), kak Mid
Depan ; Sigendut, siComel, sibambam
Hahaha jangan maghahhhhh
Kak mid ni laa mama kesayangan Maman. Dia baik dengan kteorg jugak, teheee

Satay, laksa, lemang, kek SR, bihun sup, sup kambing, kuih, nasi apa tah dan lain-lain. Banyak wehhh makanan. Kenyang aku, Alhamdulillah.

Haaa, ini laa nasi dia. Nasi apa ek dia panggil? Hehehe

Okay laa, Salam Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin dari kami yang gebus, geboomm, kedebabom!

Akmal 21hb ni habis dah. Aku dengan Rahman 29hb nanti. Warga-warga PNB abang, kakak, pacek, macek, pakwe, makwe, skandal, buah hati, peminat, sekalian jangan  rindu adik comel ni. Cuma kenang daku dalam doamu, hamboi. 

Haaa, lagi satu... jangan lupa bawa and bagi hadiah kat kite minggu last nanti. Kenang-kenangan yang boleh buat kite ingat kat awak-awak bila rindu, Apa? Nak bagi hati?  hahaha pom bole awaaa janji ikhlas. Apa? Nak jadi cinta hati? Hewhew itu cerita nanti-nanti. Jangan lupa pm number kah, merepek.

Okaylaa, adios.
- Abell

Wednesday, 12 August 2015

Petua : Ubat Semulajadi di Rumah II

Nah petua kesihatan untuk korang part II. Kalau rajin amalkan yee :)





Part I ada dekat sini
- Abell


Friday, 7 August 2015

Tutorial : Vscocam Filters Collection III

Continue part III pulak,











Ehh ada lagi ni..
Kalau korang nak partI dengan partII boleh tengok dekat situ
- Abell