Monday, 8 February 2016

Segmen Pencarian Bloglist 2016 by LE.JH


First time seumur hidup aku join segmen-segmen macam ni dan yang penting segmen ini paling senang gila nak join. So, tak rugi. Last nak join adalah hari ni 08/02/2016, 11:59 PM. Alhamdulillah, masih sempat lagi aku nak join ni.

Korang yang nak join, just KLIK banner yang comel dekat atas ni okay? Good Luck u'olls :D

Tipu 01 : Dua Tahun

"Kau okay?"
"Tak. Aku tak okay"

"Kenapa?"
"Sebab dia"

"Kenapa dengan dia?"
"Dia tipu aku selama dua tahun ni"

"Apa yang dia tipu?"
"...banyak"

"Cuba cerita"
"Malas"

"Hmm"
"Bodohkan aku?"

"Kenapa pula?"
"Sebab aku percayakan dia selama ni"

"Bukan salah kau pun"
(senyap)

"Dia yang buat kau percayakan dia"
"Hm entahlah"



Sunday, 7 February 2016

Teman Tapi Mesra

Assalamualaikum,

Hai sudah lama aku tidak mengupdate, adehhh mana kata-kata janji manisku terhadapmu haha. Okay stop sudah mengarut tu. Mari kita teruskan. Apa yang korang tahu dengan term untuk "Teman Tapi Mesra" ni atau lebih dikenali sebagai TTM secara ringkasnya. Korang rasa teman tapi mesra ni sama ke dengan "SKANDAL"? Bagi aku dan mengikut pandangan aku TTM dengan skandal adalah satu maksud yang berbeza.

TTM ini mungkin dikenali sebagai hubungan tanpa status terhadap dua pasangan berlainan jantina tetapi masing-masing masih single. Dan term untuk TTM ni "quite friendly" laa berbanding dengan SKANDAL, hoho. Maksud skandal dari fahaman aku pula, dua jantina yang salah seorang daripada mereka yang sudah mempunyai pasangan tapi masih berlaku curang dengan pasangan sedia ada. Kiranya skandal ni main "pasang-pasang" laa gittew.

Okay, mesti ramai yang pernah rasa TTM ni kan kan kan? Hubungan tanpa sebarang declaration as a partner or couple. Kebanyakan, mereka ni mempunyai perasaan satu sama lain tapi takut untuk meluahkan untuk pergi ke stage seterusnya kerana mereka kurang berkeyakinan. Ya, macam aku laa kot hahaha. 

Aku tak tahu laa hubungan TTM aku ni kekal sampai kejinjang pelamin ke tidok. Sebab sekarang ini aku pun tengah terjebak dengan hubugan TTM ni wakaka. Orang cakap TTM ni cuma sementara janganlah kau berharap lebih. Aduhhh, pedih aku mendengar kata-kata itu. Sebenarnya TTM ni macam kawan je cuma mesra lagi dari kawan. Hubungan ni tak akan berpanjangan sampailah pasangan TTM ni menemui cinta hati. 

Beza ke KAWAN dengan TTM ni?

Kawan tu kawan laa. Kawan macam kau berkawan dengan Ali dan kau berkawan dengan Ahmad dan kau tak ada perasaan lebih daripada tu dengan diorang. TTM ni special sikit dari kawan sebab tu dia gelar TTM. Mereka tu act like a real couple tapi sebenarnya mereka tak couple pun. Relationship ni bermula dari perkataan TERTARIK/ SUKA/ SAYANG dan mungkin CINTA. Diorang tertarik antara satu sama lain dan mula jatuh sayang tapi mereka tak berani nak expose diri mereka ke stage seterusnya. 

KENAPA?

Sebab kenapa bagi aku.. mungkin sebab mereka ni fobia dan takut nak bercinta. Ataupun mereka ni mempunyai pengalaman yang pahit dalam bercinta dan atau mungkin mereka ini first time nak bercinta. Kedua, mereka masih mencari soulmate oleh itu kalau diorang dah jumpa cinta hati yang lain masa TTM so diorang takda laa rasa bersalah sangat nak putuskan hubungan. Mungkin lepas ni mereka boleh menjadi kawan biasa? hahaha

TTM ini sakit kalau kau betul-betul fall in love dengan partner kau. Then tetiba partner kau dah jumpa partner baru dan masa tu dia akan tinggalkan kau begitu sahaja. Yela, kau tu TTM dia je bukan girlfriend/boyfriend dia pun. So, buat apa dia nak kisah dengan kau. Bersabarlah duhai hati. Ntah, aku sayang TTM aku dan aku memang nak naik ke stage ke seterusnya tapi apakan daya. Dia suruh kawan-kawan je dulu. Aku redha aku teruskan jugak dengan hubungan TTM ni wuuuu sedihhhh.

<3 WMA
- Abell


Wednesday, 27 January 2016

Planner 2016 Abell

Review : Planner 2016

Yeay! Planner kite dah sampai, huhu. Walaupun lambat start beli planner tapi tak apalah awal lagi baru Januari sempat nak update planner ni. Harga pun berpatutan. Susah taw nak cari planner yang cool dan murah dekat Malaysia ni, Kite ada usha gak luar negara punya, cun gila kottt tapi susah nak cari. Kalau ada pun mahal gila ratusan ringgit jugalah harga ni. Maaf sis tak mampu nak beli mahal-mahal. 
Taraaaa! Tebal gak taw planner ni.

Bagus taw planner ni, mengingatkan kita kat Allah. Planner ni macam planner Islamic jugalah

Ni calender dalam planner ni. 

Ada ruang untuk Ramadhan juga. Macam-macam boleh plan nanti masa Ramadhan.


Ini monthly expenses. Korang belanja tiap-tiap bulan boleh rekod dekat ruang ni. Dalam planner ni juga ada untuk tiap-tiap hari punya saving taw. Setiap hari just tick je bila kita start saving.

Ruang Tazkirah. Gittew. Islamic kannn? Tak rugi laa beli. 

Nak tahu kita beli dekat mana? Kita beli dekat Kak Kinah. Nak usha boleh usha dekat instagram dia : @plannerhut tapi kannn.. dia dah tak restock dah planner ni. Dia buka sampai second batch je. Kite pon dari second batch dia. Nasib baik sempat join. Nak tahu harga dia? Murah jee.. RM30 postage RM6 tapi kan kalau beli 3 planner dapat free postage.

Kite harap hujung tahun ni dia buat lagi laa Planner untuk tahun 2017 pulak. Boleh repeat order lagi, huhu. Planner korang pulak macam mana? Boleh laa share dengan Bell dekat sini. 

- Abell


Thursday, 14 January 2016

SL1M Unipeq Second Batch

Hai korang...

Hari ni aku nak cerita pasal SL1M yang aku join tu. Excited tak nak tahu? Huhu. Okay, meh aku cerita yee.. program yang aku join sekarang ni adalah program under Khazanah Malaysia Berhad bersama UKM Unipeq gittew.

Mana aku tahu pasal program ni? Sebenaranya, Janah yang tolong carikan pasal SL1M ni dekat facebook. So, aku pun bacalah syarat-syarat nak masuk program ni semua-semua tu laa Aku dengan Janah call office Unipeq macam mana nak join and bla bla semua tu laa. Lepas tu, kteorang fikir masak-masak sementara tak dapat kerja lagi ni.. kteorang pergi interview SL1M ni dekat Bangi.

Nanti masa interview diorang akan terangkan pasal program ni. InsyaAllah, kalau korang setuju and berminat dengan program ni mesti korang terpilih punya. Aku dengan Janah pon terpilih laa untuk join SL1M ini untuk batch yang kedua. So, selama sebulan aku stay dekat Bangi untuk kelas. Seronok kelas dia walaupun memula tu kau rasa agak kekok. Macam-macam korang belajar nanti. Sebulan je weh, bukan lama. Kejap jee awaaa hihi.

Okay laa, nanti aku sambung lagi cerita pasal ni ek? Hehe baboiii
- Abell

Wednesday, 13 January 2016

Cara Nak Tukar blogspot.my ke blogspot.com

Haaa... korang perasan tak url blogspot korang tu apa? Dot.Blogspot.Com ke Dot.Blogspot.My? Korang perasan tak? Ke aku sorang je yang baru perasan? Hehe. Okay, ada cara dia kalau korang nak tukar balik jadi dotblogspot.com. Ini cara dia:

CARA NAK TUKAR DARI BLOGSPOT.MY KEPADA BLOGSPOT.COM

Kacang je, ikut step ni ye sayang haha

1- Template >> Edit HTML >> Ctrl + F
2- Search atau taip code ini <head>
3- Copy add script dekat bawah ni paste dekat atas atau sebelum <head>

<script type="text/javascript">
var blog = document.location.hostname;
var slug = document.location.pathname;
var ctld = blog.substr(blog.lastIndexOf("."));
if (ctld != ".com") {
var ncr = "http://" + blog.substr(0, blog.indexOf("."));
ncr += ".blogspot.com/ncr" + slug;
window.location.replace(ncr); }
</script>

Kalau pening tengok gambar ni...
Taraaa siap dah! ^-^ suka tak? Yeayyy!
Good Luck korang, haha
- Abell

Hi 2k16!


Hai, 

Lama dah aku tak update blog dekat 2 bulan rasanya. Bukan sebab malas ke apa tapi memang sebab malas la, huhu. Tapi kan.. bulan lepas memang aku busy sampai tak sempat laa nak update blog ni. Kecian blog kite berhabuk.. pfuhh pfuhhh *tiup habuk*

Boleh tak lagi aku nak wish "Happy New Year"? Haha. Sudah berjaman baru kau nak wish, kah! Permulaan tahun baru aku tak berapa nak "happy" sangat, haha. Mesti korang semua ada azam kan? Azam aku... emm masih sama tapi aku upgrade sikit. Takleh cakap dekat sini. Boleh cakap dekat buku diary huhu. Hmm, tahun baru aku just terbaring dekat rumah sambil berwasep, fesbuk.. lifeless gila rasa. Line wasep malam tu slow gila babeng pulak, aku ingat aku sorang je. Eh, dah jauh aku merepek ni..

Hmm, aku sekarang ni dah jadi graduan. Graduan yang tidak punya kerja lagi. Apa nak jadi dengan aku ni. Masa belajar kemain azam nak kerja tinggi. Sekarang ni.. haihhh laaa. Kemon Salsabila! You can do it! Actually, aku dah sebulan join SL1M (Skim Latihan 1Malaysia). Tak ramai tahu aku join SL1M ni. Nanti aku cerita pasal SL1M aku ni ea.

Okay, korang...
Nah belanja muka "penanam anggur" yang berjaya! Kah!
- Abell