Okay, ini adalah sambungan dari entri aku yang lepas dekat sini. Selesai pergi ke Taman Eko Rimba KL, aku dan kawan-kawan aku pon singgah ke tempat seterusnya iaitu Air Terjun Sungai Gabai. Meh aku cerita pengalaman aku eh. Sebenarnya, ini kali kedua aku datang sungai gabai. Sebelum ni aku pergi dengan housemate aku lepas kteorang naik Broga kteorang ke Gabai.
Jalan sebelum nak masuk ke Air Terjun Sungai Gabai perlu melalui jalan kampung. Jalan kampung ni agak kecil dan sempit. So, janganlah bawa kenderaan tu laju-laju sangat sebab kat sini jalan dia berliku-liku gittew. Di sebabkan kteorang pergi pada hari Ahad, jadi ramailah manusia yang datang ke sungai gabai ni. Parking agak penuh dan dikenakan bayaran sorang RM1.00 sebelum masuk ke sungai gabai. Orang cakap air terjun ni bertingkat. Makin naik atas makin menarik dan orang cakap bahagian atas ni dalam dan sesuai untuk orang yang pandai berenang.
Taraaa, ini tangga dia. Tinggi tak? Hahaha. Kecian weh aku tengok orang-orang tua dok gigih nak naik atas. Kalau aku bawa family aku yang kebanyakkan orang-orang tua. Air terjun ni memang aku reject awal-awal. Tangga dia bukan rendah-rendah weh. Nak tercabut kepala lutut kau nak panjat. Aku yang muda ni pun dah lelah apa lagi orang tua yang kurang sihat tu. Kecian.
Mula-mula kteorang ingat nak mandi bawah tapi apakan daya. Orang dah ramai lepas tu banyak family yang bawa anak-anak kecik je mandi bawah tu. Air dia pun cetek macam air kolam kat KLCC tu je, hahaha.
Gigih nko nak ke seberang dengan bawa makanannya, hahaha.
Bila dah lepas tangga tu nak cari port kemain susah weh. Orang ramai sangat sampai kau tak tahu kau nak duduk celah mana, haha. Mostly, kat atas-atas ni ramai gile lelaki. Kteorang gigihkan diri panjat atas sikit lagi nak cari port yang lebih privacy acewah. Nasib baik ada. Takda laa kena panjat lagi, dah laa atas lagi ramai puak lelaki, rimas hakak! haha, Aku rasa kalau ada orang tua kat atas ni tak dan ahh dia nak panjat atas lagi sebab bagi aku nak panjat atas ni pun takut-takut weh. Seram, sempit, curam, licin dan agak bahaya ye kalau waktu hujan. Acehhh aku ni.. Alahhh, ini pandangan aku. Kalau korang tak tahu laa. Korang pi rasa dulu macam mana. Lain orang lain pendangannya, yedak? hehe
Kteorang tak bawa baju untuk kteorang tukar kat atas tu. Sambil nak turun ke bawah balik baju kteorang pun dah kering sikit. Kalau bawa baju tukar pon tak tahu nak tukar dekat mana dengan nak daki tangga yang panjang nak mampus tu, kahkah! Panjang takpa ni tinggi nau nak naik satu anak tangga ke satu lagi anak tangga.. rasa macam melebih-lebih lak aku bercerita haha.
Masing-masing muka kepenatan hahaha. Kesimpulannya, aku tak berapa nak suka sangat laa air terjun kat sini. Bukan apa aku rasa macam tempat dia tak menarik ahh. Kat bawah tu air dia macam kotor dan berbau. Kat atas, aku tengok banyak sampah. Yela, orang yang dok bawa makanan tu bukan tahu nak bersihkan masa nak balik. Habis alam sekitar. Lagi satu yang tak bestnya, bilik persalinan, tandas dan surau tidak memuaskan. Kteorang mana tukar baju kat sini terus balik rumah je.
Dan paling tak bestnya, aku terpijak tahi ke apatah. Woi tak sanggup weh aku nak bau ke tengok kaki aku tu, Geli weh hampir termuntah aku, hahaha. Nasib baiklah air dekat terus aku terjun sungai basuh kaki sambil kesat-kesat kaki kat pasir-pasir dalam sungai, haha. Malang betul aku hari tu. Sabar je laa,
Esok tu kaki kteorang pon sakit-sakit. Yela, lama tak exercise. Memang liat lew otot tu, huhu. Thanks ler sudi membaca blog sis yang biasa-biasa ni, hee. Adios amigos, muahhhhh!
Note: Gambar-gambar sis, semua sis edit guna VSCO okay. Jangan complaint gambar sis gelap ke apa hokay! Haha. Sayang semua. Babaii~
- Abell
No comments:
Post a Comment