Tuesday 8 September 2015

Random : "Bibir"

Setiap manusia diciptakan dengan cantik sekali oleh Allah. Tidak semua orang dilahirkan dengan sempurna. Lagi-lagi bab fizikal ni. Ramai yang sanggup bedah sana bedah sini untuk cantik. So, hari ini aku nak cakap pasal bibir. 

Cantik ke tidak? Huhuhu

Ada orang semulajadi bibir dia nipis. Ada orang semulajadi bibirnya tebal. Tak kisah laa bibir korang tu nipis ke tebal yang penting korang tetap cantik dimata Allah. Aiceh, kemain aku berkata-kata hahaha. Jujur aku cakap, pada mulanya aku pon bukan suka sangat bibir jenis macam aku ni. Yela, siapa tak sakit hati bila orang ejek or bahan kau bibir tebal laa, bibir lebar laa, bibir macam negro laa. Seriously, aku tak suka dan aku rasa rendah diri sangat. Tapi fikir dari sudut positif ramai lagi yang nak bibir tebal dan mungil bagai ni, tak faham betul aku. Ke aku sorang je yang perasan?hahaha. Tapi lain orang lain citarasa kan? Bila fikir balik, aku ni macam tak bersyukur dan redha pula. So, abaikan kata-kata binasa dari mulut orang. Biasalah manusia, hoho.

Dan ramai yang nak or gilakan bibir macam Kylie Jenner dengan Angelina Jolie, serius laa tak faham aku -.- 

Haa ambik cermin tengok bibir korang yang mana satu?

Ni alat untuk bibir takyah nak cucuk sana sini tapi tak laa aku nak pakai enn, menjonget lagi mulut aku ni hahaha.

Kesan negatif kalau korang ikutkan sangat #kyliejennerchallange kalah mulut ikan nanti engko dapat, hahahahahaha


Apa-apa pun bersyukurlah apa yang korang ada.
Kerana kesempurnaan itu hanya milik Allah SWT
:)

- Abell

2 comments: