Saturday, 24 January 2015

Majlis : Kenduri Kakak Zahirah - Kak Mizah ( dari KL - Seremban - KL )

Semalam 24 Jan 2015, Sabtu

Kak Miza
  Ada majlis perkahwinan kakak Zahirah, Kak Miza. Sebenarnya nak pergi kenduri Zahirah ni tak confirm sebab semalam baru confirmkan dengan Mirul nak pergi Seremban ke tidak. Then Mirul cakap dia tak kisah, dia okay je. So aku ajak Fariq dengan Janah. Confirm kan balik jadi ke tidak nak pergi rumah Zahirah dekat Seremban. Then Fariq okay Janah okay. Aku cakap dekat Mirul, Mirul datang ambil kteorang kat tempat biasa. Owh kenduri hari sabtu sebab suami kak miza orang Johor, Johor hari ahad dah kerja gittew.

     Macam tak sangka kejap je masa berlalu. Rasa macam aku baru form 3 and baru je kenal dengan kak Miza ni. Aku tak rapat sangat dengan kakak Zahirah ni. Aqila rapat laa. Aku pon macam tak percaya umur aku kejap je dah 23 tahun. Tua weh. Aku tak ready nak bayangkan masa depan aku macam mana, future husband aku siapa, macam mana keadaan aku pada masa akan datang.. emmm. Sekilas jugak aku terfikir diri sendiri, haha. 

Lepas kekenyangan selfie duluuuuu

     Thanks Zahirah jemput makan kenduri akak kau. Thanks dekat Janah and Fariq sebab join sekali pergi rumah Zahirah dekat Seremban ni haa. Dan paling terima kasih dekat Mighul Gemoks bajet sado, hahaha (saja cari pasal) sebab drive dari Cheras ke Seremban. Tak kira duit tol dengan minyak pulak tu, haha. Panda yang lain tak dapat jumpa lagi ntah bila dapat jumpa Anish and Bedah. Nak jugak kumpul ramai-ramai macam tahun lepas :(

Yang tengah2 tu Zahirah, pokpekpokpek banyak. Haha

     Semalam Mirul baik je dengan aku. Selalu pukul-pukul aku laa jugak kalau jumpa . Sekarang ni dah kurang cari pasal dengan aku tapi standard ahh Amirul kan kalau tak bahan orang tak sah. Mungkin sekarang ni dia dah dewasa laa kot kalau tidak perangai macam pfffttt, haha. Dia maki ke, dia kutuk ke, dia cari pasal ke semua aku dah lali dengan dia sebab dia pun jenis tak kesah kena maki, kutuk and perli dengan aku, mwahaha. Sama-sama balas dendam.

Nah. Belanja :P



Zahirah menyampah dengan Mighul senanya tapi Zahirah cute ^^

Mighul acah-acah comel, bluwekkk haha

Aku happy sebab dapat kawan-kawan yang gila dan sekepala macam dorang. Kalau aku diberi pilihan sama ada aku kena pilih kawan atau kekasih pasti aku pilih kawan. Ya, aku pilih mereka. Mereka lebih kenal aku dan faham aku daripada kekasih hati aku nanti, mungkin laa. Kalau dia faham aku lebih dari mereka itu adalah bonus untuk aku sebab bukan senang orang nak faham aku :)


Untuk awak:

Awak, please jangan kongkong saya untuk luangkan masa bersama kawan-kawan saya ni. Awak janganlah terasa hati atau marah dengan saya kalau saya rapat dengan dorang lagi-lagi budak duaorang ni sepatutnya ada lagi sorang tapi tak dapat datang. 

Okay, sambung balik.

Sebelum saya kenal awak, saya kenal dorang dulu. Awak jangan risau. Dorang ni memang tak akan jadi lebih daripada kawan. Memandangkan saya dah pilih awak tak ada apa yang perlu awak risaukan. Saya tahu apa saya buat. Saya harap awak dapat faham situasi saya. Tolong ea awak, jangan sebab benda ni saya jadi jauh dengan awak :) InsyaAllah, rapat mana saya dengan dorang ni hati saya tetap dengan awak okay? Janji jangan cari pasal dengan saya, hahaha.


Habis filem aku -.- sokeyh bukan selalu :)

The End

Thanks semua, #muahciked
- Abell



No comments:

Post a Comment