Hai korang,
Lama tak update blog, sis busy sangat sampai tak sempat nak reply komen-komen dari pembaca sis. Okay, kali ni sis nak cerita pasal interview untuk SL1M Unipeq. Sis tengok ramai juga manusia yang cuba google pasal SL1M ni, hihi.
Meh sis cerita sikit walaupun sis ingat-ingat lupa, hihi. Okay sebenarnya macam ni, korang yang nak join SL1M under Unipeq ni sebenarnya senang sangat. Serius, sis tak tipu hihi. Seingat sis dulu, sis pergi dengan kawan baik sis, Janah. Yela, kitaorang ni kan fresh. Apply sana sini tak panggil-panggil pun. Last-last jumpa laa iklan pasal Unipeq ni. Memula kteorang memang tak tahu apa-apa pasal Unipeq, dari mana asalnya Unipeq haha teruk betul. Kteorang pun macam korang gak, cari pakcik google. Disebabkan Unipeq ni baru ada 1 batch so, memang tak dapat banyak info.
Okay, mengarut pula panjang-panjang. Meh, sis cerita cara nak pergi sana dengan menaiki perkhidmatan awam. Sis dengan kawan sis Janah naik KTM dari Salak Selatan (sebab rumah kteorang dekat situ) lepas tu kteorang turun ke KTM Bangi. Kalau korang dari mana-mana bole transit ke KL Sentral lepas tu ambil KTM ke Bangi. Lepas sampai ke KTM Bangi, korang kena ambil teksi atau bas ke tempat temuduga untuk SL1M ni tapi kan sis tak sure laa bas tu turun tak kat tempat korang nak tuju tu, hihi.
Sis dengan Janah masa tu blur-blur juga nak cari tempat. Maklumlah, masa ini kteorang takda kenderaan nak pergi sana kalau tak boleh je waze cari tempat tu. Tempat interview kteorang masa tu dekat UKM MTDC, Bangi. Sama tak tempat korang nak di temuduga tu? Haa kalau sama betul laa tu. Sis dengan Janah ambil teksi je dalam RM5 je macam tu, jangan korang kena kencing dengan pemandu teksi situ sudahlah dorang tak guna meter weh -.-
Lepas kteorang sampai tempat tu, kteorang kena isi borang dan bagi segala detail yang Unipeq nak. Haa, yang ni korang standby laa apa-apa yang diorang nak. Kalau tertinggal ke apa mungkin dimaafkan. Sebelum kteorang ditemuduga ada jugak budak-budak lain yang nak join Unipeq ni. Kteorang ditemuduga dengan Encik Nazri. Memula ni kteorang cuak gila nak jumpa encik Nazri ni, hihi. Tapi sis nak cakap korang takyah laa cuak sangat masa interview ni sebab biasa-biasa je dia tanya, hihi. Memula macam biasalah perkenalkan diri korang in english. Lepas tu dia cerita pasal Unipeq dan pasal program SL1M ni. Korang ambil tahu laa sikit-sikit info pasal Unipeq ni, dia akan tanya jugaklah. Alhamdulillah, kteorang lepas. Sis rasa semua orang lepas kot hihi.
Sis nak cakap awal-awal dengan korang ni. Kalau korang betul-betul berminat untuk join food and beverage (F&B) korang boleh join. Untuk korang yang macam takda kerja then tak minat pasal F&B dan taknak praktikal dekat restauran better korang tak payah laa join. Korang akan menyusahkan diri korang sendiri dan menyusahkan orang-orang Unipeq, haha. Rugi kalau korang join then nak quit macam tu je. Nanti korang kena bayar pampasan dekat Unipeq. Korang memang akan ditempatkan di restauran, kalau tak minat takut kerja penat, tak ada rehat, kerja pagi petang siang malam, susah dapat cuti.. better korang fikir betul-betul okay? Orang cakap mostly budak-budak yang praktikal dekat F&B kebanyakkan akan dapat tetap. Antara nak dengan taknak je. Kuat dengan tak kuat je. Kalau korang okay, nanti korang terus dapat kerja tetap (kot) pangkat assistant manager F&B nak tak? Haa, kalau nak kena kuat okay?
Okay laa, sis gerak dulu. Nanti apa-apa sis roger lagi. Thanks korang yang gigih membaca sampai habis. Adios amigos!
- Abell
No comments:
Post a Comment