Monday 28 November 2016

THE JUNNI MALAYSIA


Hai, korang pernah dengar THE JUNNI???
Yang tak pernah dengar mesti korang rasa apa pelik ark?

Alright, meh kite nak kongsi.

     THE JUNNI dikenali sebagai TJ. Okay, TJ merupakan satu produk skincare yang diperbuat daripada sumber bahan asli dan ianya 100% FREE daripada merkuri dan hydroquinone. So, dalam produk TJ ini tiada langsung bahan yang berbahaya yang boleh memberi kesan buruk kepada pengguna. Jangan risau guna TJ sebab kite pun guna, eh? Haha


THE JUNNI terdapat empat jenis barang. Buat masa ni, TJ telah mengeluarkan Normal Set/ Basic Set, Acne Set dan juga Whitening Lotion.

A) SET NORMAL
Set ni ramai orang suka ambil sebab set ini lengkap. Dalam set ni terdapat 3 jenis item iaitu, Pinkish 2in1 Cream, Pinkish Soap dan Day Cream. Harga untuk satu set ni? Murah jer dan sangat berbaloi. Susah tau nak jumpa skincare yang harga bawah seratus ringgit. 

B) SET BASIC
Set ni ramai adik-adik sekolah suka, student student IPT ke kolej ke ramai sangat yang suka set ni. Sebab ianya lagi murah daripada SET NORMAL. Belajar lagi, mana ada duit banyak sangat nak beli produk mahal-mahal. Dalam set ni ada Pinkish Soap dan Pinkish 2in1 Cream. Dia sama je macam set normal cuma tiada day cream. Sesetengah orang kan dah ada day cream sendiri. So, pakai yang basic pun dah cukup.

C) SET ACNE
Set acne ni sama macam set basic. Perbezaan dia adalah sabun dia. Untuk set acne kite ada letak Acne Soap iaitu sabun bunga cengkih untuk merawat jerawat awak yang degil-degil tu, hiks. Bagi yang ada jerawat teruk tu kite akan suggestkan pakai set acne ni.

D) LOTION WHITENING
Yang ni lotion untuk tangan dan badan, sesetengah orang muka cantik, flawless, putih lepak-lepak sekali tengok leher, tangan, kaki? Alamakkk! Takkan laa nak muka je putih, tangan hitam? yedak. Jadinya, untuk dapatkan kulit yang sekata sama macam muka gunalah Lotion The Junni. InsyaAllah dengan pemakaian kerap warna kulit akan putih dan sekata.


Next post, Bell akan update setiap item kasi korang faham.

Alright, dah tahu kan apa tu THE JUNNI? Kalau nak tahu lebih details ke, boleh je tanya kite. FAST RESPOND gittew. 

Whatsapp:
017-3552997
017-3552997

WeChatId:
@isabylaa
@isabylaa

InstaShop:
@isabylaa

TJCodArea:
Bandar Sri Permaisuri, Cheras

SEMAKAN KEPUTUSAN PEGAWAI TADBIR DIPLOMATIK M41

Hari ni adalah hari semakan result untuk peperiksaan online PTD bagi sesi Nov2016. Exam PTD haritu pada 23hb November 2016, Rabu. Bagi aku soalan dia memang betul-betul tough. Siapa yang lepas exam online ni, dia betul-betul hebat laa. Haritu aku jawab dekat rumah fifie. Mama papa yong yang tolong aku jawab soalan PTD tu. Walaupun tiga empat orang yang tolong aku... hmmm


Dengan dukacitanya, Salsabilah Binti Mashuri. GAGAL!


Aku redha je, aku dah agak. Aku tak pun berharap sangat yang aku akan lulus ujian ni. Mungkin belum rezeki dan mungkin aku kurang bersungguh kot. Anyway, terima kasih sangat-sangat dengan family Fifie. Siap belanja aku dengan adik aku makan, minum bukan tu je.. siap jemput dengan hantar aku balik rumah lagi. Serius terharu weh. Fifie yang selalu bagi aku semangat. I love you fie <3


Bagi sesiapa nak buat semakan boleh pergi ke link sini.

Bagi yang berjaya, Tahniah. Yang gagal teruskan semangat jangan putus asa okay :D

- Abell

Sunday 27 November 2016

DASHBOARD BLOG BERWAJAH BARU

Hai korang, lama dah Bell tak aktif blog. Rindu pulak dekat korang. Buka-buka je, dashboard blog dah baru. Terkejut kite. Korang dah lama ke perasan? Bell baru je haa. 


Bell rasa dashboard baru ni lebih friendly kot, yeka? Korang rasa macam mana? Apa pendapat korang dengan dashboard baru ni? Mesti ada rasa macam awkward sikit kan? Hahaha. Sama laa macam Bell.

Btw, korang tahu tak mana nak tengok follower kite ek? Bell cari tak jumpa laa. Reading list following kite, tapi followers kite belah mana ek? Hehehe

Kalau korang tahu share laa dengan Bell ;) hiks

- Abell

Sunday 6 November 2016

KELEBIHAN JOIN SEGMEN, GIVEAWAY & CONTEST

Hari ni aku nak share sedikit mengenai kelebihan join segmen, giveaway dan contest. Sebenarnya, bukan setakat ini je yang ada bila kite dah mula blogging. Macam-macam jenis contest, segmen yang para blogger buat. Contohnya, segmen exchange link, follow and followback lebih kurang gitulah. Bagi blogger yang baru jinak-jinak tu mesti diorang akan join. Jom aku cerita apa kelebihan dia yang aku nampak bila join semua ni.


1- Dapat berkenalan dengan blogger-bloger
Kalau kita rajin join segmen yang dibuat oleh blogger-blogger lain. Kita dapatlah berkenalan dengan mereka. Sambil tu kita dapat bertukar-tukar pendapat, berkongsi maklumat, berkenal-kenalan dan dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim. 

2- Dapat penuhkan entri semasa ketiadaan idea
Ni memang betul. Bila dah lama sangat tak update. Mulalah kekeringan idea untuk update sesuatu. Ini salah satunya cara aku nak kekal aktif berblogging. Yela, mana taknya. Rajin blogwalking tapi entri tahun lepas punya entah berapa bulan/tahun tak update. Macam mana nak tarik minat blogger lain datang ke blog kau, yedak?

3- Dapat tingkatkan bilangan follower
Yang ni aku setuju. Sebelum ni, follower aku dua tiga orang je, serius tak tipu. Sejak aku join segmen, giveaway baru-baru ni. Followers aku dah naik jadi lapan belas (HAHA). Serius, lapan belas je. Sebenarnya, ini blog baru aku. Blog lama aku, aku dah delete. Bak kata orang, kenangan lama usah dikenang. Sekarang ni tengah rajin nak blogwalking dekat blog-blog orang lain. Kalau free/rajin join laa segmen-segmen diorang. Dari situ kite boleh support diorang, yedak? hehe

4- Dapat tingkatkan trafikblog 
Kalau korang betul-betul rajin join segmen blogger-blogger lain, serius trafikblog korang akan naik. Lagi-lagi korang yang kuat blogwalking tu. Serius tak tipu. Rajin-rajinlah tinggalkan jejak korang then join macam-macam segmen, giveaway and contest. Tak rugi punyalah! haha

5- Dapat hadiah/reward
Kalau betul masa tu rezeki korang kan.. korang akan terkejut yang korang akan dapat hadiah. Aku bersyukur gila kalau aku join segmen blogwalking/bloglist kan lepas tu tiba-tiba blog aku tersenarai jadi blogwalking diorang. Alhamdulillah, rezeki gak tu. 

Okaylah. Kalau korang tak caya cuba korang buat lima-lima dekat atas ni. InsyaAllah berjaya, huhu. Thanks sudi membaca. Kalau korang nampak kelebihan lain, bolehlah share kelebihan tu dekat komen bawah ni okay. 

- Abell

Saturday 5 November 2016

CARA NAK FOLLOW BLOG SESEORANG

Sebelum ni ada blogger lain yang tanya Bell macam cara untuk follow blog Bell dekat ruangan chatbox. Okay, disebabkan permasalahan ini timbul. Bell rasa Bell nak buat tutorial laa bagaimana cara untuk follow blog seseorang (blogger). Hal ini berlaku mungkin disebabkan template blog Bell baru dan mungkin mereka tidak menjumpai button untuk follow blog Bell. Sayangnya, Bell lost follower Bell. 

Ini tidak mengapa. Hal ini boleh diselesaikan. Sebenarnya, step ini sangat berguna untuk follow blog yang dikehendaki. Ini juga merupakan perkara basic berblogging apabila kita mahu follow blogger lain. Baiklah, mari mulakan.

1. Pergi ke dashboard >> Cari butang "ADD" bahagian kiri yang telah dia petakkan >> dan tekan butang "ADD" tersebut.



2. Selepas tekan butang tersebut. Akan keluar ruangan kosong dan isi ruangan tersebut dengan url/link blog yang dikehendaki. Alamak, Bell lupa nak tunjukkan contoh url tapi Bell rasa korang tahu kot. Contohnya, korang masukkan link/url blog Bell : https://pwincessabell.blogspot.com

Lepas dah masukkan url/link tersebut, automatik dia tersenarai dalam reading list kita. 


Berikut adalah salah satunya. Bagi sesiapa yang hendak follow blog Bell ni. Boleh lihat gambar dibawah, nampak tak "Follow This Blog"? Kalau nampak tekan/klik dekat situ. Selepas itu, automatik jadi following awak.


Faham tak apa yang Bell ajar ni? Kalau tak faham. Jangan segan-segan Cbox Bell ataupun tinggalkan komen diruangan komen yang telah disediakan. InsyaAllah, Bell guide dan tolong korang. Terima kasih sudi membaca. Maaf kalau kurang faham dengan tutorial Bell.

Babaii korang :D
- Abell

Friday 4 November 2016

Tersenarai dalam bloglist KINAH!

Assalammualaikum.

Yeay! Alhamdulillah. Tak sangka tersenarai dalam "Segmen Pencarian Bloglist Bulan November 2016 by KINAH". Sebenarnya tak perasaan ingatkan satu segmen je terpilih, rupanya segmen yang Kinah buat pun blog Bell terpilih. Alhamdulillah tenkiuuuuuuu huhuhu

Tak sangka boleh terpilih. Sebenarnya lama juga blog ni tak aktif. Baru-baru ni idea banyak pulak dan tiba-tiba je rajin. So, ini yang dikatakan rezeki. Hihihi. Buat laa segmen lagi nanti kite join. Teheee :D

- Abell

Thursday 3 November 2016

Yeay! Terpilih jadi bloglist SVIORS


Alhamdulillah.
Banyak-banyak segmen yang aku join. Ini first segmen yang aku bertuah. Selalu join je tak pernah tersenarai hihi. Dapatlah jadi bloglist dari Nov-Dec 2016. Yahoo!

 Yeay! Aku yang nombor 17 tu. Yahoo!
Happy sangat dapat tersenarai, ini yang dikatakan rezeki. Rezeki pelbagai bentuk. Tahniah bagi yang tersenarai tu dan tahniah juga buat pemenang bertuah, 

- Abell