Tuesday 28 July 2015

Sunday 26 July 2015

Petua : Ubat Semulajadi di Rumah

Nah, memandangkan aku tak boleh tidur meh aku nak update sikit petua. Semua ni aku ambil dari Facebook. Hadoii, menyesal pulak aku tertidur petang. Nah sekarang memang tak lena kalau nak tidur. Okay, nah amalkan. Heee







To be continue...
- Abell

Thinks about future



Faham tak maksud gambar ni? Aku setuju dengan caption budak ni bagi. Seriously, bila fikir balik umur aku yang sekarang ni.. aku tak rasa yang aku boleh lagi untuk main-main dengan soal hati dan jodoh, acewah.

Aku rasa dengan umur yang sekarang ni, aku kena pilih dan stick dengan seseorang yang boleh jadi suami aku suatu hari nanti. Aku taknak laa bercinta kemain nak rak tup tup dia kahwin dengan orang lain. Tak ke kau rasa percintaan korang tu macam sia-sia. Yela, masa dan ringgit bermain masa kau bercinta. Rugi gila kot rasa kalau calon kau tu bukan future kau. Aku tak kisah sebenarnya orang yang aku suka sekarang ni tak ada kerja ke, gaji sikit ke, at least aku tahu yang dia suka dan sayang dengan aku. Aku taknak laa aku ni syok sendiri dan menunggu sesuatu yang tak pasti.

Tapi kalau suka and sayang tak guna jugak enn. Kau mestilah nak orang yang boleh terima kau dan family kau, itu memang susah sikit aku nak jumpa. Entahlah, aku kurang keyakinan laa nak share hal-hal family ni. Tapi one day memang aku kena jugak share, aku tahu tu. InsyaAllah, kalau ada yang cuba memahami hati dan perangai aku :)

Eh, cakap soal hati pulek. Okay laa esok kijo. Tidur dulu dehhh.

Assalamualaikum
- Abell

Tutorial : Vscocam Filters Collection I

Hai, hari ni aku share korang macam mana nak edit gambar kasi cantik dan perfect macam pengguna iphone. Takda iphone pon takpa.. asal kau pandai ambil gambar dan edit. Okay, let's start it!







Haa, nanti aku share yang lain naa. Ambil laa belajar sikit sikit, slow slow huhu. Okay babaii.
- Abell






Perempuan tak reti or pandai memasak?

Perempuan tak reti or pandai memasak? So? Menjadi satu masalah kalau nak jadi bini? Hey kemon. Lelaki sekarang nak perempuan perfect je. Kau orang dah cukup perfect dan sempurna ka nak perempuan pandai masak, kemas rumah, mengaji, ada knowledge and bla bla bla.

Yaa, semua orang nak perfect siapa yang taknak semua tu kan. Tapi kau kena ingat, perempuan ni banyak kelemahan dan kerenahnya. So, kau sebagai lelaki.. kau kenalah mendidik bini kau orang dari yang tak pandai memasak kepada pandai memasak. At least, dorang cuba juga dan rajin mencuba. Haha nasib korang laa kalau dapat bini ketegaq takmau dengar cakap kau.

Bagi aku yang ini fakta, fakta untuk aku je laa kot. Korang aku tak tahu laa, huhu.

Jujur aku cakap, aku seriously tak pandai masak. Alaa takat yang goreng2, campak2 tu aku boleh ahh. Lagi satu kehebatan aku adalah masak spaghetti hehew :3 hopefully bakal suami aku ni tekak matsalleh laa, hahaha. Aku percaya if one day nanti aku dah jadi bini orang, aku memang akan sendiri pandai masak. Aiceh pandai laa sangat.. haha. Takda laa, sebab mak aku pun masa muda macam aku laa juga tak pandai memasak. Tapi kau tengok laa sekarang sedap je masakan mak aku, hoho.

Mak aku ni jenis tak kisah aku tak masuk dapur. Dia cakap, nanti kalau aku dah kahwin pepandai la aku masak untuk laki aku adehhh ibu ibu. Aku pernah sekali sebelum raya tu potong daging nak buat rendang. Entahlah macam mana salah potong, terhiris jari sikit. Dia punya sakit entahlah boleh buat aku pengsan tetiba. Satu rumah terkejut tengok aku terlentang macam nak kena sawan -.- hahaha. Rupanya lahaiiii jari sikit je terpotong. Mulai saat itu la mak apak aku tak kisah aku tak masuk dapur, hoho. Manja kan aku? Hihi

So... ada tak lelaki camgini? Kalau ada aku on jaa, Mwahahahaha


Ada tak ciri-ciri lelaki macam gini? Kalau ada meh cepat-cepat isi borang. Mana laa taw borang habihhh kang.. melepas laa nanti, hahaha.

- Abell





Sunday 19 July 2015

Praktikal : Latihan Industri V

Wahhh, dah masuk fasa ke-V dah pasal praktikal ni. Itu pun aku jarang pulak nak update. Okay, memandangkan entri - entri lepas aku ada cakap pasal tempat praktikal aku kan. Haa, ini pulak aku nak cerita pasal kawan-kawan office and budak-budak praktikal yang lain.

Haa, ini department aku dekat tingkat 8. Sekarang aku dah tukar section dekat bawah tingkat 7 tapi aku xda pulak gambar dekat tingkat 7. Maklumlah aku ni pemalu nak pegang fon dekat depan office, hehew :3

Taraaa, meh aku kenalkan budak sebelah aku ni. Nama dia Khalida dan umur dia 20 tahun. Dia budak Politeknik Shah Alam. Dia budak praktikal pertama yang aku rapat gila kamceng sampai sekarang, aicewahh cakap macam dah lama rapat je kannn. Budak ini baik orangnya. Selalu senyum, sengih kambeng sama perangai macam aku. Memang senang sangat nak "masuk" kepala dengan dia ni. Boleh jadi gosip partner aku laa juga. Aku suka bercakap dan berkawan dengan dia. Dia buat aku selesa dengan tempat kerja aku ni, hahaha

Meh aku kenalkan yang ni pulak. Yang tudung pink tu nama dia Arika kawan kepada Khalida. Dorang satu kolej so dorang ni memang rapat laa. Boleh tahan jugak laa si cika ni, mulut dia macam jemah jugak, kahkahkah! Jangan marah naaa. Yang belakang tu tudung hitam tu nama dia Najiah. Umur dia 21 tahun budak Kolej Mara rasanya, alamakkk aku lupa pulek :P hehehe. Jiha budak baru jugak nak dibandingkan Khalida dengan Arika ni. Masih malu Jiha ni biasalah budak baru kannn, huhu. Dorang semua dekat department atas tingkat 8. Sekarang ni aku yang kena turun bawah tingkat 7. Alahaiii, baru nak rapat dengan dorang ni.

Okay, ada 3 orang lelaki yang aku tak pernah kenalkan lagi. Yang pakai spek depan tu kawan aku Rahman satu Unisel dengan aku so pedulikan dia, hahaha. Sebelah Rahman tu nama dia Fahmi. Kategori "abang" jugalah tapi mmg tak laa aku nak panggil abang, huhu. Dia ni kelakar dan suka sangat cari pasal dengan aku. Kerja dia datang tempat aku kacau aku pastu gelak je tahu, mudah terhibur mungkin.

Sebelah "Abang" Fahmi tu nama dia Hilmi. Dia kawan dengan Fahmi dari praktikal dekat PNB ni dulu. Dia tinggi orangnya macam galah owhh. Kau nak cakap dengan dia confirm kena dongak. Dia ni pon baik orangnya dan yang penting anak mak dan ayah sangattttt, hahaha. Sebelah Hilmi tu Wan. Nama panjang dia aku tak tahu. Dia orang Sabah, aku fikir dia orang cina sebab pelat dia, hahaha kejam aku :P Dia datang KL seminggu je lepas tu dia kena kerja balik dekat ASNB Miri kottt kalau tak silaplah, hohoho. Walaupun baru kenal tapi dia sporting dan banyak sangat cakap dia punya sabah bah, hadoii buat aku gelak je.

Abaikan muka aku yang macam apa tuh. Khalida stay cun macam tu, huhuhu. Haa Fahmi, Hilmi dengan Wan tu staff tetap PNB taww haaa kau jangan memain. Masa aku rapat dengan dorang ni.. makcik-makcik ni cakap "Fuhyooo, Sal berkawan dengan bakal Pegawai" Perghhhh tak menahan. Aku ingat dorang training je.. rupanya staff. Ada masa depan ni, mwahahaha :P Apa-apa pun aku harap bila dorang ni dah jadi pegawai besar nanti janganlah sombong dengan budak-budak praktikal ni. Be nice and rapatlah dengan dorang ni. Bagi ilmu tunjuk ajar ke kannn.. hahaha. 

Ada lagi budak-budak praktikal lain yang aku kenal tapi aku tak rapat sangat. Kenal pon gitu-gitu je, hohoho. Nanti kalau ada aku kenalkan ek.

Okay, bye
- Abell 

Happy Eid Mubarak

Hamboi kau tajuk entri kemain matsaleh, hahaha.

Hari ni dah masuk hari ke-4 Syawal, kojap je aihhh maso berlalu. Dalam banyak-banyak hari.. aku kurang suka ialah hari raya. Ya Allah, apa kau cakap ni bell. Tak maksud aku bukan aku benci raya, bukan. Cuma entahlah, sejak arwah nenek aku dah tak ada raya aku dan keluarga macam tak raya. Suasana dia hambar je.. buat aku nak kawen cepat-cepat dengan orang jauh yang ada kampung, hahaha.

Aku jenis rela puasa berbulan-bulan tanpa raya bagi aku laa kan seronok lagi puasa berbanding raya. Serius, aku jealous dengan orang lain. Dengan kengkawan aku, senior and junior sekolah aku, dengan kengkawan sekolej.. haihhh jealous laa. Lagi satu yang paling aku tak suka bila nak raya orang tanya aku..

"Eh, dik raya tak balik kampung ke?"
"Eh, dik kampung kat mana?"
"Mak ayah orang mana?"

Herhhh, aku stress dengar soalan-soalan dorang tu. Kalau boleh aku nak nyorok lari jejauh tak pun cakap "pakcik makcik kakak abang adik, boleh tak jangan tanya soalan sensitive tu dekat kite? Sakit taw hati kite ni... wuwuwu ~"

Aku rasa aku nak plan sesuatu untuk tahun depan laa. Orang beraya aku pergi bercuti, syok gak tuh. Tapi aku kena cari geng yang macam aku. Orang keyell yang tak ada kampung, siapa nak join aku? Meh text aku cepat-cepat, boleh kita plan awal-awal hahahaha.

Raya ni just, makcik aku datang rumah aku, aku datang rumah dorang hahahaha -.- seronok sangat.

Tahun ni aku bagi duit ghayerr dekat orang. Eh, aku bagi dekat mak bapak aku dengan adik-adik aku jaa. Hahaha. Okay laa tu, sekali skale berbakti dekat family bila lagi nak bagi? Guna duit elaun je kira duit gaji pertama laa gittew, hahaha.
Dan ini adik-adik aku yang perempuan. Sorang aku panggil baby (shawl putih) dan Ara (shawl pink). Yang paling banyak aku bergaduh dengan si baby ni, memang baby betul perangainya hahahahahaha -.- dan yang si kecil tu.. anak buah aku. Kalau kengkawan aku mesti terkejut "OMG, Sal dah ada anak buah? Adik yang mana kawen?" Herhhh tu lagi satu soalan yang paling menyampah aku nak jawab dan ceritakan, hahaha. Kauorang tak perlu tahu dan tanya aku kot pasal aku dan family aku sebab aku tak suka. Melainkan korang nak jadi sebahagian daripada family aku, hehew :3
Haaa yang tu ibu aku, ibu mentua awak laa hahaha. Awak jangan takut dengan bakal ibu awak ni. Ibu kita ni gengster and rocker sikit macam anak dia, hahaha. Jangan takut ibu kita ni sporting orangnya dan dia jenis pendiam dengan orang baru macam kita laa jugak lebih kurang je, hihi. Dulu memuda ibu kita ni lawa bergaya laa jugak tapi makin berumur ni dia jadi malas nak berdandan semuanya sempoi ajee. Itulah ibu kita, nak kenal lagi kenal dengan anak dia dulu hohoho.

Dan ini bapak mentua awak, haha. Yang ni berlawanan dari ibu. Garang taw sampai anak dia dah 23 tahun dia still control anak dia macam apa je. Cuma biasalah anak dia degil macam bapak dia, hahaha kena laa tu "anak bapak" hohoho. Dah ready ke nak jumpa bapak mentua awak ni? Hahahahahahaha
Dan inilah rumah saya. Saya duduk dekat Pangsapuri je awakkk. Mak bapak kita ni orang biasa je wak. Orang sederhana tak macam mak bapak awak, ada rumah besar, rumah bawah.. untunglah awak. Ini je laa yang saya ada wakk.. kalau awak dapat terima saya dan keluarga saya, saya dah kira bersyukur dah wakk. Kalau awak dah ready dengan semua ni, cepat-cepat laa datang jumpa mak bapak saya, hihiks itu pon kalau sudi memperkeluargakan saya eh. Hahaha

Okaylah,
Salam Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin.
Salam kosong-kosong yee.
- Abell