Saturday 13 June 2015

Praktikal : Latihan Industri IV

Assalamualaikum wbt

Hai readers kesayangan hati beta. Apa kabar korang semua? Alhamdulillah, aku pun sehat jugak tapi gusi tak berapa nak sehat laa wuuuu :( *mengada* Macam mana dengan praktikal? Alhamdulillah, setelah 4 minggu bertarung jiwa dan raga aku dah makin biasa dengan suasana tempat kerja and dengan orang sekeliling aku.

Aku pun buat kerja makin cepat taw haaaa *berlagak* tanpa aku tak jalan sangat laa kerja yang berlambak tu makin berlambak-lambak lagi adalah, hahaha *berlagak lagi* Huishhh, aku buat kerja cepat memang la cepat tapi kalau aku buat silap sikit habis aku phewwwww itu paling menakutkan aku, hahaha.

Aku bahagian pembahagian harta pusaka, so aku kena careful check document dari waris-waris yang hantar application form tu. Kerja aku dari pagi ngadap tu je laa.. kekadang kena hantar memo ke department lain tapi kalau dorang suruh hantar memo mana-mana department memang aku suka, suka berjalan-jalan. Penat sangat laa duduk lama sangat bosau kang montot eden, hehew :3

Minggu lepas ada kenal-kenal dengan budak praktikal lain department sama dengan aku tapi level berlainan. Masa tu makan meje setable dengan dorang sebab table takda. Dorang bertiga kteorg (aku,janah, man) so share laa table. Dorang dari Uniten kalau tak silap aku laa, haha. Nama dorang Tia, Rahman dengan siapa entah nama budak ni Shaari ke apa tah dia ni sorang aku lupa nama dia sebab macam susah nak sebut, hehew. Dorang sebenarnya berempat sorang lagi Nad, dia ni jarang turun makan tapi muka Nad ni macam kawan kteorg Acu (Yana, Unisel).

Jumaat lepas Bat dengan Azie last. Alahai seksyen aku dah takda budak praktikal yang tinggal aku dengan man je, hmmm. Entahlah, walaupun aku jarang lepak and borak dengan dorang tapi rasa tak syok ahh sebab tak ramai budak praktikal.

So, sekarang ni aku tinggal lagi 14 minggu, huwaaaaaa mak tak kuat hahaha. Chayok Salsabila! Pejam celik pejam celik habis dah 3 bulan kau. Kerja ikhlas kerana Allah wehh kau kena kuat okay, InsyaAllah semua baik-baik saja :)

Okay, laa tu je nak cerita.
Babaii
- Abell